Walakkenabeb
Aku cucuk. Aku pulas. Ke kiri. Tak boleh buka. Ke kanan. Tak boleh buka. Juga.
Aku jenguk. Uwaaa… Itu punat tepi tingkap sudah patah. Aku jenguk. Lagi. Uwaaa… Poaches yang tertinggal dekat dalam sudah ghaib! Uwaaa… Ini sudah kes berat, beb!
“Kereta kita dah kena pecah!” Aku kata.
“Poaches dah ghaib! Dalam tu ada tiket kapal terbang, ada kamera, ada duit ribu-ribu, ada bla bla bla…” Aku kata. Lagi.
Muka aku. Sudah biru. Jantung aku. Sudah dup dap dup dap. Serupa kena cucuk duri ikan pari.
Tap!
Tap!
Tap!
“Yang, kereta (sewa) kita kat belakanglah!” Dia kata.
Haiya! Siapa sudah parking kereta sama color, sama jenis, dekat-dekat ni? Haiya!
25 Comments:
Hehe, I'm the first one to comment today... WOOHOO!!!
September 06, 2006 8:29 PTG
pakcik naga, apa dah jadi ni.
September 06, 2006 11:35 PTG
sabo ajelah
September 07, 2006 4:22 PG
Haiya!Duit ribu-ribu lu simpan dalam kereta aja?
Wah! Wa rasa macam kena cucuk ikan pari wooo...
September 07, 2006 7:44 PG
berlambak kereta yang sama warna dan sama bentuk pada masa sekarang.
solusinya untuk membezakan kereta kita dengan kereta orang lain ialah dengan menampal stiker geng jurnal. pi beli kat OP hahahaha
September 07, 2006 8:42 PG
Mulan,
Oit2, OP dah repair ke drive shaft jintu tu?
Molus,
Ha ha. Kau ingat Abdullah Jones saja yang kaya? Aku pun kaya laa.... Ha ha.
Dug,
Kereta sewa. Bukan kereta aku. So, takan nak tampal dengan pelekat GengJurnal. Ha ha.
September 07, 2006 8:48 PG
ha ha ha
uwoopp uwoopp uwoopp
( aku nak jadikan ini trademark naga..bunyi ungka bersahut-sahutan)
Aku rasa la kan, setiap lelaki, sekali dalam seumur hidup dia akan mengalami tragedi sebegini.
September 07, 2006 8:58 PG
haha...lawak..lawak...
September 07, 2006 10:30 PG
kui kui kui.....
nasib ko la soljah
September 07, 2006 11:16 PG
malang sungguh aku hari ini kerana di 'brensek'kan..
September 07, 2006 11:28 PG
Kalau Bro Naga pengsan, susah orang kat situ nak buat CPR..
Ada sapa sanggup..??
September 07, 2006 11:55 PG
Kereta jenama apa tu bang..?
hehehe..
September 07, 2006 1:14 PTG
Po.
Uwooop uwooopp uwooopppp! Ha ha.
Purp,
Kereta jenama tempatan. :)
September 07, 2006 2:45 PTG
hehehe..makan banyak kismis supaya tak hilang ingatan :P
September 07, 2006 3:53 PTG
Uwoopp uwoopp uwoopp!
Duit ribu-ribu tapi pakai central lock saja?
Aparaaa kedekut.
Pakai la alarm.
September 07, 2006 4:36 PTG
nasib baikalarm kereta tu tak berbunyi....kalau bunyik...nahasss..ko lah pencuriii! huhuhuhuhu!
September 07, 2006 4:51 PTG
Bida,
Kismis? Wow, idea yang baik tu...
Khal,
Kereta sewa laa weh! Haiya! Kereta central lock pun dia orang charge rm70 satu hari woo...
(baca: orang kaya memang kedekut... ha ha)
Rud,
Alarm tarak. Bumper pun ada rebeh sikit. Itu kereta. Ha ha.
September 07, 2006 5:24 PTG
wahahhahahaha
September 08, 2006 3:24 PG
Nice, sure baru bangun tido erk..
Main redah jer.. he he
September 08, 2006 9:24 PG
ha ha aku juga begitu
September 08, 2006 3:59 PTG
sekali absober problem. sudah kasi betul. tapi skrg aku tak berani kona lipat style F1 sudah.
kat ofis aku ada satu lagi kereta jintu, kaler itam nombor 8083 jugak! harap2 tak jadi salah kereta nanti.
September 09, 2006 8:54 PG
pe kate ko jd host baru wakenabeb?
aku leh recommend ahaks!
September 12, 2006 11:40 PG
yang...lain kali tgk betul betul yek..
September 13, 2006 12:49 PTG
Ceri,
Baru lepas makanlah. Ha ha.
OP,
Dah repair? Berapa kena beb?
Lynn,
Bleh! Bleh! Siri baru: Walakkenabeb.
Amora,
Ok, yang... Next time I akan lebih berhati2, yang! Ha ha.
Nani,
HA HA. Lu lagi lawak, beb!
September 14, 2006 9:01 PG
uncle, lelaki memang macam tu. tak sabar.
September 15, 2006 10:46 PG
Catat Ulasan
<< Home