"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

27 September 2006

Ice cream soda?

Aku beritahu dia; Kau kena tukar fail RGB tu jadi fail CMYK dulu bla bla bla… Kalau tidak – masa kau buat pisah warna nanti – filem untuk Black saja yang akan terhasil bla bla… Kau kena siapkan kerja penyudah tu hari ini juga bla bla bla… Haji K dah nak pergi Frankfurt bla bla… Kau tahulah Haji K tu – sekali dia jegil mata bla bla bla….

“Hah? Ais kerim soda? Mana?” Dia tanya.

Diam. Agak lama. Dan. Aku garu-garu sideburn.

Aku tanya aku; Bila masa pula aku cerita pasal ais kerim soda ni?

Kabur.

19 Comments:

Blogger BooK said...

kawan. 'rambut kau lembut'.
aku. 'bukan takat syampu, conditioner pun aku pakai'.
kawan. 'cappucino?'

duh!

September 26, 2006 9:09 PTG

 
Blogger Papa said...

aku suka aiskrim susu hokkaido....

September 26, 2006 10:43 PTG

 
Blogger kunci hilang said...

dulu masa sekolah cikgu kawad cakap kalau mahu suara 'power' minum aiskrim soda, kemudian jerit tepi laut. Lawan deru ombak.

p/s. saya berbuka dengan air kotak perisa banana. Import dari Filipina. Ha ha.

September 27, 2006 12:29 PG

 
Blogger Amanitium Cho said...

pengajaran untuk aku, kalau bos nak sembur macam-macam, aku akan cuba cakap satu ayat yang pelik menjadikan suasana pun pelik.

Bos,"kau ni tak guna, datang lewat, buruk perangai, bla bla bla."

aku," jawapannya kosinus implikated bos!"

krik krik krik <- bunyi cengkerik.

September 27, 2006 2:00 PG

 
Blogger kingbinjai said...

ha ha ha sinaga naga terkena ayat pemati bicara.

September 27, 2006 3:04 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Mulan,
Slurp slurppp! Ha ha.

Book,
Ha ha.

Bai,
Raya kat Jepun ke tahun ni?

Kunci,
Berbuka dengan air kotak sahaja? Cuba kau berbuka puasa dengan epal Fuji pula!

Oit2, berapa Yen sebiji la ni? Y30? Y40??

Oit2, dulu, aku bokak posa dengan suika dari vendor machine. Ha ha. Hampeh sungguh hidup aku dulu ya!

Nitium,
Ha ha. Cubalah!

Binjai,
Ha ha.

September 27, 2006 8:12 PG

 
Blogger Unknown said...

puasa oh puasa....

September 27, 2006 8:28 PG

 
Blogger dugongsenyum said...

sumpah dia jadi ungka

uwop uwop uwoop... hahaha

September 27, 2006 8:41 PG

 
Blogger Unknown said...

ya. dalam bulan puasa ini kita harus banyakkan bersimpati.. ya. sabar.

September 27, 2006 9:42 PG

 
Blogger tapai said...

Kau patut lebih bersedia. Lain kali kalau kau mahu marah-marah dan dia tanya kau soalan yang bukan-bukan, kau kata kat dia, "Don't change the f**k!ng subject!!"

September 27, 2006 9:44 PG

 
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

psycho semua tu....

hehehe

September 27, 2006 10:00 PG

 
Blogger Lan Rambai said...

betul ko tak sebut? ko pun puasa jugak kan? haha

September 27, 2006 11:01 PG

 
Blogger Rie said...

aku suka sirap bandung soda.

slruuppppp slruupppppp yam yammm sedap.

September 27, 2006 11:32 PG

 
Blogger hana_kirana said...

Mana? Mana? Mana aiskrim soda? Mana? hahaha

September 27, 2006 11:51 PG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

ek eleh. ada aiskrim soda kat misai kau.

kau ni pun, sapu2 lah mulut lepas makan.

ps - ayat ni tidak membawa konotasi naga tak berpuasa. hanya minum aiskrim soda. mungkin waktu bersahur. harap maklum pada mereka yang suka menyalahtafsirkan ayat.

September 27, 2006 12:33 PTG

 
Blogger Anonymous said...

Dia amat terer...mantiknya tinggi!

Sekurang-kurangnya dia mampu membuatkan kau terkedu.

Aku syak, kakak pemandi burung itu pun sedang berguru dengannya.

Mengikut kitab aku, kau seharusnya menjawab begini " ya ..ya..indeks komposit naik hari ini bercampur-campur.."

September 27, 2006 1:36 PTG

 
Blogger ontahsapo said...

aku lagi blur ni...

September 27, 2006 1:57 PTG

 
Blogger Sayuti said...

haha.

ingatkan kenangan lama2. permainan main pijak kaki dalam bulatan 'ice cream soda'. cerita lain rupanya.

memang selalu terjadi kejadian sedemikian di bulan puasa.

September 27, 2006 2:32 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Amora,
Oh!

Dug,
Uwoop! Uwoop! Wanna gum, sol-jah? Ha ha.

Gitartongtongtong,
Dalam bulan ramadhan - kita perlu banyak macam macam....

Tapai,
Ha ha. Ya ya.

Purp,
Ha ha.

Ram,
Betul, aku tak sebut.

Esis,
Slurrrrrp!

Hana,
Tu! tu! Tu!!!!

Nota,
Air soda ta'kan meninggalkan sisa di misai. Harap maklum!

Po,
Indeks komposit naik? Kau serius ke? Ha ha.

Si Murai,
Ha ha. Burpp!

Ontah,
Ha ha.

Sayut,
Ha ha.

September 27, 2006 9:57 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home