"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

28 Oktober 2006

Aku ingin menjemputmu pulang

"Nanti, kalau kuih habis?" Lelaki itu.

"Tak apa... bihun ada. Kita gorenglah untuk tetamu!" Perempuan itu.

"Nanti, kalau bihun pun habis?" Lelaki itu.

"Tak apa... tepung ada. Kita buat jemput-jemputlah untuk tetamu!" Perempuan itu.

"Nanti, kalau jemput-jemput pun habis?" Lelaki itu.

"Tak apa... nanti kita jemputlah tetamu pulang!" Perempuan itu.

Di tivi, ada iklan orang tua (Haji Helmi - mantan DBP) tengok kucing tengah makan frieskies. Lepas tu dia buang tray asrama, buang kole ayan.

Kata Ebiet; Du du du du dudu....

NOTAKAKIBANGKU: Kalau di asrama, Haji Helmi buat perangai macam tu - memang sengaja cari nahaslah! Ha ha.

32 Comments:

Blogger Cat Cat said...

Cat suka iklan Petronas Haji Helmi tu. Sungguh bermakna.
Oh.. dia suka mencarut ya. Oh..

How was Hari Raya Abang Naga?

Oktober 28, 2006 6:24 PTG

 
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

En Naga jangan lupa pakai pampers tau...hehehe

Oktober 28, 2006 10:09 PTG

 
Blogger BooK said...

buat style potluck sudah. nak makan apa. sendiri bawak.

Oktober 29, 2006 8:42 PG

 
Blogger Anonymous said...

tapi lagu ebiet itu memang menusuk ke dalam kalbu-kalbu mereka yang menderhaka.

seharusnya iklan itu ber'background'kan lagu Adam - Jatuh.

he he he

Oktober 29, 2006 8:46 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Cat,
My Hari Raya - ok!

Purp,
Nanti, bila kita tua-tua, aku pi melawat hang kat tanjung, lupa nak bawak spare, aku minta kat hang, "bak mari pampers hang satu... aku nak pinjam. Tadi, kat Tanjung Malim, lupa nak beli!"

Pakwan,
Kalau kat asrama; dia baling kepala menantu dia dengan tray - kompom, kena cuci jamban tuh!

Book,
Ha ha. Cadangan yang baik.

Po,
Lagu background iklan PNB - dipetik dari lagu kumpulan Jamrud.
"Hari ini, hari yang kau tunggu..."
Tajuk lagu: Selamat Ulang Tahun. Kalau tak salah aku.

Mulan,
Pemikiran kau dengan aku - sama je. Aku pun suka iklan PNB, "Hah? Mana baju????"

Oktober 29, 2006 10:47 PG

 
Blogger zizie ali said...

semua ready. bila headboy berteriak: "lingkuppp.." sebahagian besar tray terlingkup di atas meja. aku tak sampai hati nak lingkup. namun kuah gulai dah terpencik ke baju aku. rosli lingkup traynya atas tray aku.
itulah tunjuk perasaan pertama yg aku sertai. hanya sebagai peserta pasif.
salute kpd headboy kami. kesannya agak positif. kekerasan terpaksa kami gunakan bila segala usaha diplomasi menemui kegagalan. sejak hari itu mutu makanan di dewan makan lebih mematuhi spesifikasi yang telah ditetapkan.

Oktober 29, 2006 12:04 PTG

 
Blogger Keluarga Zulkarnain said...

Hi Pak..

How's hari raya :-)

Bunda Shafiya

http://keluargazulkarnain.blogspot.com

Oktober 29, 2006 3:13 PTG

 
Blogger Anonymous said...

naga..kau tengok iklan Inai Kiara?

Oktober 29, 2006 3:14 PTG

 
Blogger tuan tanah said...

saya tak dapat tengok iklan raya PNB. tapi iklan Petronas itu, saya rasa akan rasa lebih sedih kalau ia bukan berdasarkan cerita email.

eh, ini cerita pasal iklan atau cerita pasal juadah untuk tetamu?

Oktober 29, 2006 6:34 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Giem,
Berapa banyak pula isteri yang appreciate suami? Ha ha. Ya ya, soalan aku sangat nakal.

Zizie,
Ganasnya headboy sekolah kau! Ha ha.

Buk dokter,
Biasa-biasa aje, buk!

Po,
Inai Kiara? Iklan untuk hari natal ke, dude?

Tanah,
Tak tak. Kami sedang bercerita pasal TRAY ASRAMA. Ha ha.

Oit2! Aku reply SMS kau - ada terima tak?

Oktober 29, 2006 6:59 PTG

 
Blogger tuan tanah said...

naga,
ya, saya terima SMS kamu. yang tentang raya di kampung itu. terlalu pilu rasanya sehingga tak terbalas.
hohoho.

Oktober 30, 2006 2:24 PG

 
Blogger Abu Irfan said...

naga berpilu-piluan dengan tuan tanah?

Oktober 30, 2006 2:36 PG

 
Blogger Rie said...

haji helmi suka kentut kuat yeee.. aku suka adengan tu.

hik hik hik kelako...

Oktober 30, 2006 9:42 PG

 
Blogger jiGOMorrison said...

Kat sini kau boleh kentut kuat-kuat!

Oktober 30, 2006 11:15 PG

 
Blogger Kemat said...

iklan petronas aku suka gaya cakap suami tu..memang berjaya menimbulkan kebencian org yg menontonnya..
iklan PNB juga menampilkan aksi kelakar dan bersahaja sang suami..
aku kira thun ini, pelakon sumi hebat2..

Oktober 30, 2006 11:18 PG

 
Blogger Ron97 said...

aku suka iklan kanak kanak berhati hati menarik upih

Oktober 30, 2006 11:41 PG

 
Blogger Unknown said...

mujur saya tak sempat berasrama di sekolah menengah.. maka tak jumpalah TRAY ASRAMA

Oktober 30, 2006 11:57 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Amir,
Bukan aku dengan tuan tanah sahaja. Kami threesome dengan Spyz juga. Mu ha ha ha ha!

Esis,
Kalau kau pun suka kentut; ...jangan lupa pakai lampin, tau! Ha ha.

786,
Homework dah siap? Ha ha.

Kemat,
Ha ha.

Ron,
First time agency kerajaan buat iklan yang best.

Gitar,
Baguslah kalau kau tak masuk asrama. Ha ha. Menderita dude, menderitaaaa...

Oktober 30, 2006 12:36 PTG

 
Blogger spyz said...

3some?
isk isk isk...
t'tanah, sediakan pampers utk org tua sorang ni.. ha ha..

*prottttttt*
:-)

Oktober 30, 2006 2:46 PTG

 
Blogger Abu Irfan said...

:)

Oktober 30, 2006 6:04 PTG

 
Blogger el-Maaniq said...

patut la gwa call tak angkat telepon. tengah 3some rupanya..

Oktober 30, 2006 7:13 PTG

 
Blogger tuan tanah said...

oit2!
selekeh betul!

Oktober 30, 2006 9:17 PTG

 
Blogger abdullahjones said...

ah chummmm!

p/s: jangan jawab komen ini beb. sebab aku lain bulan baru baca. minggu-minggu dulu. di tanger, budak islam nampak pusat pelok aku. dia tidak kirim salam kamu. hah!

Oktober 31, 2006 1:14 PG

 
Blogger artisticklytouch said...

Iklan kurang meriah ler...idea kering kot..aku suka JANGAN RAYA TANPA RIA...

Oktober 31, 2006 2:16 PG

 
Blogger Amyz! said...

aku pun suka iklan pnb.. mana baju? mana baju?? uhuhuhu....

Oktober 31, 2006 11:26 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Manik,
Lu ada called wa ke? Laaa...

Jones,
Mana cd BLUES GANG? Laaa...

Art,
Kau kena 'masuk' dalam orbit pembikin-pembikin iklan tivi laa!

Amyz,
Mana anak baju? Mana anak baju? Ha ha.

Oktober 31, 2006 12:10 PTG

 
Blogger Abu Irfan said...

ini pautan untuk iklan petronas:

http://202.71.107.161/petronas/bm/tvc2.asp

Oktober 31, 2006 1:05 PTG

 
Blogger Lan Rambai said...

Prottt.. excuse me..

di asrama aku, tak pernah aku jumpa orang buat perangai cam haji helmi tu. Kami bersyukur atas segala yg diberi haha

Oktober 31, 2006 2:28 PTG

 
Blogger kunci hilang said...

dude, iklan raya petronas masih juara lagi?

November 01, 2006 12:23 PG

 
Blogger Unknown said...

Naga! actually first time wa tgk iklan tu wa nangis tauu...x tau la kesian sgt..

tp apa lu ckp tu betul kalau wat kat asrama ada yg x dpt mkn seminggu ha ha

November 01, 2006 9:18 PG

 
Blogger kingbinjai said...

ooo ooo hj helmi ke tu?! patutla tak kenal. ha ha

November 01, 2006 9:34 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Ram,
Kau asrama mana?

Buk dokter,
Asrama = kalau dalam bahasa Indonesia - apa ya?

Kunci,
This time - iklan PNB juara! Ha ha.

Iklan PETRONAS = klise! Tapi, M. Nasir pernah kata, "tiada kata yang tak klise..." Ha ha.

Amora,
Lu ni - asyik asyik nangis asyik asyik nangis... Apasal? Lu lupa pakai pampers ke? Ha ha.

November 01, 2006 11:07 PG

 

Catat Ulasan

<< Home