Skabies
Petang itu. Ketika atmosfera tepu dengan jerebu. Dan. Hujan turun tak banyak membantu. Aku ada urusan ‘import eksport’ dengan Mat Jan. Di perkarangan stesen lrt Masjid Jamek.
Sedang kami bersantai-santai ilmiah… Ada seorang gadis cantik merapati. Dan. Beri kami air mineral dan buah kurma.
“Hai! Kami dari bank Hutang-Piutang Cara Islam. Ambillah! Percuma!!” Dia membahasakan dirinya ‘Kami’. Aku rasa macam nak jerit, “Wow!”
“Errr… esok giliran bank mana pula ya?” Kata aku.
“Entah! He he… Encik ni nakallah!” Kata dia.
Aku dan Mat Jan berpisah sementara, kemudian. Kerana Mat Jan perlu berbuka puasa dengan buah kurma di dalam keretapi bawah tanah. Aku? Aku tidak! Ha ha. Dan. Hanya pada ketika aku mahu melintas jalan… aku bertembung dengan dia. Seorang kawan lama. Ketika zaman ‘kutu’. Dulu.
“Aku dah tak ‘layan’ rock, dude! Aku ‘layan’ ska. Aku dah setup satu group. Belum bernama lagi.… Kau ada idea?” Kata dia.
“Aaa… Skabies!!!??” Kata aku.
Pada anak mata hitamnya – aku nampak warna api.
Kuning. Dan. Biru.
19 Comments:
aku rasa,
kawan lama kau itu,
memang berharap sangat
lagi lama tak akan jumpa kau
Oktober 13, 2006 2:57 PTG
Ron,
Oh! Iye ke, dude?
Oktober 13, 2006 3:03 PTG
ko musnahkan harapan murni dia. waaaaaaa
Oktober 13, 2006 3:09 PTG
mmg dia menyesal ty soalan tu kat lu bro ! ha ha
Oktober 13, 2006 3:16 PTG
Encik ni memang nakal la... hehe
Mana boleh ciplak nama tu...? hehe
Oktober 13, 2006 3:22 PTG
Did you mean scabies ?
Ahahahahahahahahaha
Oktober 13, 2006 3:29 PTG
Esis,
Harapan kawan aku? Atau. Harapan gadis mineral water dan buah kurma? Atau. Harapan Mat Jan?
Amora,
Ha ha. Aku nyesal tak bagi business card kat awek bank tu.
Purp,
Ciplak nama mana pulak ni?
Dug,
Scabies = English. Skabies = Melayu. Rujuk kamus Melayu - Melayu DBP!
Oktober 13, 2006 4:34 PTG
eh skabies tu kan, macam nama penyakit gatal2 time aku asrama dulu.hehe
Oktober 13, 2006 4:37 PTG
aku macam tak ingat sangat apa itu skabies. haha.
tapi macam menggeli kan. haha jugak.
Oktober 13, 2006 5:54 PTG
gua 'google' skabies. lu lambat bro. dah ada orang guna nama tu.
Oktober 13, 2006 6:15 PTG
skabies...? itu nama penyakit yang sering menyerang anak-anak muridku suatu ketika dahulu...
penyakit berjangkit. nasib baik aku tidak dijangkiti.
Oktober 13, 2006 10:23 PTG
Juna,
Ha ha.
Mulan,
Ha ha.
Ayis,
James Sarupi dah tak skabies!
Book,
Tal geli. Tapi gatal. Ha ha.
Gitartongtong,
Oh! Iye ke? Ha ha.
Amien,
Ha ha.
Oktober 14, 2006 12:22 PG
skari kepala ikan la sedap.
Oktober 14, 2006 7:56 PG
Ahh... Naga-san ni memang nakal la! hik hik hik :P
Oktober 14, 2006 8:35 PG
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Oktober 14, 2006 9:48 PG
kenap? kenapa? sedap apa skabies.
ha ha
Oktober 14, 2006 10:09 PG
Rock= haepi
Blues=sedey
Yo..ada kenangan sedey ke kalau dengar rock?;P
Oktober 14, 2006 1:00 PTG
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Oktober 14, 2006 1:00 PTG
Op,
Frankie Wanna Watch a Skary Movie pun ok gak! Ha ha.
Kirana,
Antara Aku, Jig, Bukunota dan OP -> Op lagi nakal! Ha ha.
Gurl,
Dulu-dulu punya blues bley la sedey.... Sekarang punya blues banyak hepi ooo... Serupa orang telan itu ubat warna cokelat gelap + ada rasa berangin!
Ha ha.
Oktober 14, 2006 1:10 PTG
Catat Ulasan
<< Home