"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

07 November 2006

Babi sondol

Di Istana Pulau Santap. Kami duduk duduk di bawah pokok. Umang ambil daun kelapa. Bukan untuk menganyam ketupat. Tapi... "Umang nak anyam jadi belalang!” Kata dia. Aku? Anyam ketupat pun tak reti. Anyam belalang pun tak reti. Aku tengok tengok sajalah.... Ha ha.

SAMBIL MENGANYAM BELALANG

Umang kata, kalau babi kejar - kita sembunyi belakang pokok. Oleh kerana babi tak reti lari zigzag zigzag - jadi, ia akan sondol pokok tu.

Aku kata, ooo...

Tiba-tiba. Umang sembunyi. Belakang pokok.

Aku tanya, kenapa? Babi kejar ke?

Umang kata, tak! Anjing! Kalau kena hidung anjing - najis! Umang malas nak samak.

21 Comments:

Blogger artisticklytouch said...

yer...aku pun sering malas nak samak

November 07, 2006 10:58 PTG

 
Blogger Pa'chik said...

abih, nyorok belakang pokok tu selamat ke? anjing boleh lari zigzag kan...

November 08, 2006 12:52 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Art,
:)

Pakcik,
Ya tak ya juga.... Ha ha.
Ok ok, nanti aku cerita lagi (kenapa jadi begitu) dalam Siri Pemikiran Umang yang lain.

November 08, 2006 8:41 PG

 
Blogger Pa'chik said...

dah agak dah, mesti cik naga akan jenguk blog dulu... baru masuk keje ke cik naga? saya baru nak masuk tido... kat mesia, tapi pakai time belanda.

November 08, 2006 8:44 PG

 
Blogger Unknown said...

ada kawan di CM yang buat kraftangan belalang dari daun kelapa juga. cantik. aku rasa dialah Umang kut.

November 08, 2006 12:01 PTG

 
Blogger Amiene Rev said...

wah, kadang kala aku terfikir seronok juga kalau sekali sekala dikejar babi hutan.

kita lari zig zag.

oh tidak. aku akan akan berlari membuat bulatan. tentu babi hutan itu juga akan membuat bulatan.

kalau aku melompat, babi hutan juga akan melompat.

kalau aku mengangkat sebelah kaki, maka babi hutan itu juga akan mengangkat sebelah kaki.

kalau aku menjerit "merdeka!"

babi hutan juga...

November 08, 2006 12:50 PTG

 
Blogger kingbinjai said...

bukan ke kalau anjing kita panjat pokok pasal dia tak reti panjat pokok.

tak pun kita pura pura mati. pasal dia tak makan bangkai. eh? ooo itu beruang...

November 08, 2006 1:11 PTG

 
Blogger Unknown said...

umang ni byk taktik la...tp enjoy yek dpt member gini.

November 08, 2006 1:57 PTG

 
Blogger Mawardi said...

heee.. tak pahamlaa apa konsep blog nih.. tapi ok jugak. takpe, keep it up!

November 08, 2006 3:19 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Gitar tongtong,
Ada seorang budak opis aku reti anyam belalang ni. Aaa... kakak si Umang agaknya, ntah! Ha ha.

Min,
Yang lari dalam bulatan - kuda belang. Babi hutan mana reti lari. Ha ha.

Mulan,
Umang memang cute. Puan Ainon pun kenal Umang juga rasanya. :)

Jai,
:)

Amora,
Kat Janda Baik tu - bukan Umang saja perkara yang enjoy. Banyak lagi... Kalau aku cerita pasal sungainya - pergh, sure dan dan ni kau ajak aku gi beli bikini. Ha ha.

November 08, 2006 3:24 PTG

 
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Anjing tu nak kencing la. Kalau tak ada batang pokok tiang lampu pun jadi...hehehe...

November 08, 2006 3:50 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Faqir,
Kalau baca blog untuk faham konsep - gi baca blog Yasmin Ahmad. He he!
Purp,
Oh, iya ke? Ha ha.

November 08, 2006 4:29 PTG

 
Blogger Rie said...

hahaha baca blog nak paham konseppp hahahahhaha.

soljah, konsep ko agaknya lebih kritikal dari blog yasmin ahmad. hahahaa

November 08, 2006 5:18 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Esis,
Blog aku mana ada konsep konsep. Ha ha.

November 08, 2006 6:22 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Usop,
Ha ha. Sekali sekali kau tinggal komen - ganas!

Esok petang jangan lupa - kita pergi minum Earl Grey dengan Ayis.

November 08, 2006 9:00 PTG

 
Blogger Romantis Selatan said...

pak naga,

pak naga telah menyingkirkan daku dari senarai blogger T.T

November 08, 2006 11:47 PTG

 
Blogger Sayuti said...

mula2 semut api. kemudian anjing. ceritanya babi.

erm... tak paham.

November 09, 2006 1:18 PG

 
Blogger tuan tanah said...

umang?

macam umang-umang.

November 09, 2006 4:03 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Roman,
Ha ha. Lepas ni aku nak singkir MatJan pula.

Sayut,
Ha ha.

Tanah,
Ha ha.

November 09, 2006 8:38 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Roman,
Oit2, blog kau dah centerlized. Ok2, nanti aku + kau semula!

November 09, 2006 8:41 PG

 
Blogger Amyz! said...

cerita bersiri babi ni buat aku gelak aje.. ahaha..

November 10, 2006 9:34 PG

 

Catat Ulasan

<< Home