Babi cepat lupa
Sebelum malam. Kami berjalan kaki. Dari Istana Pulau Santap. Ke satu-satunya kedai runcit. Di hujung simpang. Mahu beli ubat nyamuk.
Umang kata, Babi cepat lupa! Kalau babi kejar kita – tiba-tiba ia berhenti…Sebab? Sebab, babi lupa dah apa yang ia tengah buat tadi.
Aku kata, ooo….
Tiba-tiba. Umang berhenti.
Umang tanya, kita nak pergi mana ni?
Aku jawab, aaa... kita nak pergi beli ubat nyamukkan? kan? kan?
23 Comments:
ini siri cerita-cerita berbingkai babi kan? kan?
November 09, 2006 9:19 PG
Hahaha.... Boleh buat perumpamaan baru ni, "cepat lupa macam babi..."
Dah 3 entri pasal babi ni. Dedikasi buat babi ke ni bang..? hehehe...
November 09, 2006 10:29 PG
atau dedikasi buat Umang?
November 09, 2006 10:36 PG
"babi" binatang yang selalu budak2 guna menanda kemarahan. huaehuehue.kenapa? senang nak sebut.
November 09, 2006 10:45 PG
Kesian ba alif ba ya. Kena jadi bahan ketawa di blog Abang Naga...
How are you Abang Naga..?
November 09, 2006 11:54 PG
hahahaha!!
sabar jelah..
November 09, 2006 12:09 PTG
babi cepat lupa,
sebab babi selalu eksiden, terhantuk dan mengalami kecederaan otak.
ada kaitan tu.
November 09, 2006 12:19 PTG
Po,
Ha ha. Ada ada sajalah kau ni.
Purp,
Bukan dedikasi buat pemimpin 'state' ke?
Doff,
Betul jugalah tu.
Cat,
Aku ok.
Arianna,
He he.
Amin,
Agaknyalah. Ha ha.
November 09, 2006 12:54 PTG
aku selalu marah anak aku sebut babi.......
"Babi betul kereta depan ni...."
"Ibu.. ayah cakap babi!"
Arghhh..... kalau ada entri pasal babi lagi kat blog ko ni naga.... mau aku tersebut babi dalam tidur ni wei.. nanti anak aku marah aku lagi!
November 09, 2006 1:38 PTG
mesti babi menyumpahnyumpah..sinaga selalu menceritakan akan halnya dlm blognya..maka mencarutlah si babi itu "babi betul la"
November 09, 2006 2:10 PTG
analogi:
babi lari lurus: org yang bila buat sesuatu perkara, tak tahu nak undur belakang. tiada kompromi. apa nak jadi jadilah. dia tak peduli.
babi cepat lupa: org yg suka mengkritik org lain sehingga lupa bahawa dulu dia juga melakukan perkara yg sama. malah lebih teruk lagi.
amaran dari kerajaan malaya: membabikan org lain membahayakan kesihatan anda.
November 09, 2006 2:17 PTG
umang kene badi babi la tu.
*wa sebut babi dlm ati je*
November 09, 2006 2:35 PTG
*babi cepat lupa*
teringat satu masa dulu ada orang tua ni cakap pasal bangsa dia pun sama...
babi sungguh...
November 09, 2006 4:27 PTG
Ram,
Ok ok. Lepas ni dah tak tulis pasal babi lagi. Ha ha.
Kemat,
Ha ha. Aku bukan cerita yang buruk-buruk pasal babi. Sepatutnya babi tak boleh marah-marah aku.
Zz,
Ha ha. Janganlah selam entri aku hingga ke lapisan paling bawah!
Amora,
Apa pula taboonya menyebut 'babi'? Ha ha.
Kak Eton,
Kalau terlupa password - daftar 'username' yang baru. Ya ya, aku tahu akak memang tengah gatal tangan nak komen blog aku! Ha ha.
Usop,
Ya ya. Naga mana boleh lupa. Kalau babi... lainlah! Ha ha.
November 09, 2006 4:32 PTG
:@) :-)
November 09, 2006 4:34 PTG
kau tengok filem bilut ke?
kalau tengok gazet kat tivi, adalah gajah naik minyak. tapi tak nampak pula babi yg mengamuk kat kebun.
atau ni cerita apa sebenarnya?
November 09, 2006 5:21 PTG
ZZ, at last, ada juga yang pandai baca antara 2 garisan..
errr.. babi pernah sakit jantung tak?
:-)
November 09, 2006 6:41 PTG
maknanya tidak perlu lari zig zag kalau dikejar babi? sebab babi cepat lupa...!
November 10, 2006 7:53 PG
Nota,
dengar cerita, Bilut main sekejap sangat di panggung. Tak ada orang tengok ke?
Mulan,
Kalau macam ni lah gayanya - tak lama lagipun, aku kena makan siput juga ni. *sob*
Spyz,
Untuk info kau; babi sakit jantung pun aku benci, babi sakit hidung pun aku benci. Ha ha.
Hana,
Kena lari zigzag zigzag juga... Sebab? Sebab kita memang suka lari zigzag zigzag. Ha ha.
November 10, 2006 8:53 PG
Bila orang marah selalu sebut ba alif ba ya...kenapa tak sebut nyamuk ke...lalat ke...hahahaha
November 10, 2006 9:04 PG
Emila,
Aku. Apabila marah. Tak sebut 'babi'. Aku sebut, "*tak gunaaaaaaa!"
*kata carutan di atas telah diterjemahkan oleh Vovin. Ha ha.
November 10, 2006 9:28 PG
ba alif ba ya ... eee geli sungguh dgn menatang ni
November 10, 2006 2:20 PTG
he he, memacam je idea.. en naga nih.. buat lar version lain, tapir ker? he he
November 10, 2006 4:12 PTG
Catat Ulasan
<< Home