"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

10 November 2006

Yang mana satu?

Tanya Dato’ AAD, kita belajar bahasa Inggeris untuk menguasai ilmu sains dan matematikkah atau kita belajar ilmu sains dan metematik untuk menguasai bahasa Inggeriskah?

Jawab aku, entah, saya cuma belajar lukis-lukis, dulu.

NOTAPANDANGAN: Cuma, apabila merenung ke dalam diri, aku rasa, masalahnya ialah - aku tak mahir BERKOMUNIKASI SECARA LISAN dalam bahasa Inggeris. Kalau baca suratkhabar Inggeris, ok! Boleh faham! Kalau tulis surat dalam bahasa Inggeris kepada Pengarah ACCU, ok! Boleh tulis! Yang mana aku tak reti - aku telefon Tok Limau. Tok Limau boleh bantu.

Jadi, untuk menyelesaikan permasalahan utama ini - kena kaji semula cara pembelajaran bahasa Inggeris akulah... Mesti ada salah cara here and there tu. Ermmmm... Bukannya, kalau aku nak mahir berkomunikasi dalam bahasa Inggeris - aku kena pinjam buku-buku kejuruteraan dalam bahasa Inggeris dari Saharilkan? Kalau aku pergi pinjam pun - aku tetap tak boleh fahamkan? kan? kan?

26 Comments:

Blogger Pa'chik said...

Sapa ek Dato' AAD? masa sekolah dulu ada la ADD.
Eloknya ajar bahasa melayu dalam bahasa inggeris, sebabnya sebelum ni, bebudak belajar bahasa inggeris dalam bahasa melayu.
melayu ke meleysia?

November 10, 2006 9:29 PG

 
Blogger Amyz! said...

Belajar Math & sci dlm inggeris, bukan bererti kita mahir komunikasi dlm bhs inggeris.

nak kuasai english kena selalu practise. practise make perfect. kan?

November 10, 2006 9:46 PG

 
Blogger Cat Cat said...

Abang Naga tak mahir berbahasa Inggeris tak apa. Bahasa Malaysia Abang Naga power. That's all it matter.

Cath nak belajar BM from Abang Naga, boleh?

November 10, 2006 10:27 PG

 
Blogger Amiene Rev said...

Matematik sepatutnya diajar dalam bahasa matematik dan sains dalam bahasa sains.

Tapirus indicus = tapir
Felix = kucing

November 10, 2006 10:34 PG

 
Blogger bajukurung said...

tiba-tiba si murid bersuara..

"tapi cikgu,if we put those things into one container, sooner or later the whole things will reacted and can cause an explosion, base on the calculation of the Magma Theory where we cant put live different organism into small space!"

cikgu menjawab..
"betul kata kamu...tapi kalau kita memaksa organisma2 ini untuk tetap berada disitu, lama-kelamaan ia semua akn berasimilasi dan mungkin boleh hidup tanpa perlu merosakkan organisma yang lain..."

"thats your OPINION, not the FACT!"

"yes! science base on experiment,try and error!"

"tapi...tadi cikgu cakap ini eksperimen pertama cikgu...."

"err....ye ke?"

hehehehe...

ha..pening tak? mcm tulah pening nye CIKGU2 kat sekolah tu nak faham B.I satu hal, nak faham Sains satu hal!

nota kaki - belajar rajin2 tau murid2 bole jadi mcm Datok AAD nanti.....!

November 10, 2006 10:51 PG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

datuk aad... ha ha ha.

sebenarnya, dorang menyesal lahir jadi melayu. alangkah baiknya, kalau dorang ni dilahirkan jadi tapir.

err... tapir boleh makan ke?

November 10, 2006 10:52 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Pakcik,
Ajar bahasa Melayu dalam bahasa Inggeris? Ermmm... sumbang saran yang baik. Tak terfikir aku... Elok kalau kita hantar memorandum kat PM ni! Ha ha.

Ami,
Cadangan awal - belajar subjek Pendidikan Jasmani, Moral, Agama Islam dan Kajian Tempatan dalam bahasa Inggeris - ok dah tu!

Fer the start, subjek-subjek teras - kita belajar dalam bahasa Melayu ke, bahasa Tamil ke, bahasa Cina ke... Amacam?

Cat,
Nak belajar bahasa Melayu - pergi belajar dengan Faisal Tehrani, Salina Ibrahim, atau Nazmi Yaakob ya! Bukan dengan aku... :)

Amin,
Mimosa Pudica = Duri Semalu.
cloro floro de bromo ethane = ??? Ha ha. Nanti aku balik tanya Aa. Bidang dia ni. Ha ha.

Bajukurung,
Oit2! Ada orang cerita; kalau kita letak gula2 mentos ke dalam air koka kola - buih boleh membuak-buak!

Dan, aku fikir; kalau kita bubuh gula-gula mentos dan air koka kola dalam implan buah dada - uuu, boleh jadi membuak-buak tu! Ha ha.

Aku fiirlah... tak semestinya betul. :)

Nota,
Datuk AAD? BHA-HA-HA!
Dua hari lepas, aku pergi ke rumah dia. Tu yang dia membebel tu...

Sepatah aku tanya dia, "Selama ni datuk buat apa?"

"Dah buat macam-macam dah..." Sepatah jugalah dia jawab aku.

November 10, 2006 11:20 PG

 
Blogger ontahsapo said...

entah... aku selalu jugak cakap inggeris dgn orang melayu... tapi melayulah bunyinya...

November 10, 2006 11:48 PG

 
Blogger dugongsenyum said...

Good morning bro Naga. Nice blog, visit mine ahahahahahahahahhaha

November 10, 2006 12:09 PTG

 
Blogger zizie ali said...

kalau kau nak handal dalam tomoi, kau kena belajar bahasa siam.
perempuan, kalau mahu cantik, belajarlah bahasa hindi. kalau tak caya, tanya aisyarwa rai.

November 10, 2006 12:16 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Ontah,
Kalau orang Melayu berbahasa Inggeris bunyi macam Melayu - aku rasa ok! Part tu, aku dengan M. Nasir dah lama setuju. Ha ha.

Dug,
Wakata! :)

Zizie,
Tapi, kalau nak belajar kempo - dah tak perlu belajar Nihongo. Sebab, dah ada jurulatih berbahasa Melayu yang mengajar kempo di Jalan Maharajalela ni. :)

Dan.

Perempuan Monggol pun cantik juga. Tak?

November 10, 2006 12:41 PTG

 
Blogger Rie said...

wow pompuan monggol perrrrgggghhh cantik.

patut belajar bahasa monggol.

dah cantik kena bom pulak. kesian....

November 10, 2006 3:11 PTG

 
Blogger Unknown said...

ha ha ha...dr pengalaman aku yg kecik ni...memahami B.I secara lisan n penulisan lain bro! isk....payah nak di terangkan disini..

*aku ingat aku dah terer bila masuk ofis baru yg rata rata expatriate...aku rasa alaaaaahai keciknye aku......byk kene belajar ni*

November 10, 2006 3:26 PTG

 
Blogger Tok Rimau said...

Sebab nama aku disebut, aku pun menjelma. Plink.

Nak belajar BI, masuk kelas BI.

Nak belajar Math, masuk kelas math.

Pun begitu, dalam kelas sejarah Cik Rokiah, lain cikgu ajar lain yang aku dapat. Nanti aku cerita bila kita berkumpul sesama lelaki sahaja. Ha ha ha.

Bahasa adalah pegantara untuk menyampaikan mesej.

ILMU bahasa adalah KEMAHIRAN bahasa adalah berlainan. Kemahiran perlu latihan. Umum tahu, lenih dari satu, tambah S. Plural. Tapi dalam penggunaan lisan umum banyak tak terkucil.

Kalau Naga tak bercakap BI maka kemahiran lisan BI nya akan kurang. Kalau budak tak main bola, kemahiran bolanya kurang.

Naga, kalau kau nak terer BI, jumpa dengan aku, kau speaking la. Ok man?!

November 10, 2006 3:54 PTG

 
Blogger spyz said...

mari kita belajar bahasa mongolia pulak..
boleh pandai main 'letup-letup'

opsss.. ini subjudice ke?

:-)

November 10, 2006 4:30 PTG

 
Blogger Tok Rimau said...

Naga,

Banyak typo dalam komen aku kat atas. :-)

November 10, 2006 4:52 PTG

 
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Kalau nak menyelam sambil minum air boleh tapi kena pastikan kena pandai menyelam.Takut-takut nanti matin lemas tak pandai menyelam, perut kembung terlebih minum air....hehehe

November 10, 2006 4:58 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Esis,
Ha ha. Macam macamlah kau ni.

Amora,
Orang Jepun panggil aku kerja kat sana (walaupun aku rabun nihongo) - dan, aku beri ilmu dan dapat ilmu juga. Tak ada masalah. :)

Oh ya, lupa... orang Jepun bayar MAHAL kat aku. Juga. Ha ha.

Limau,
Teruknya bahasa dalam komen kau!!!! *'Tak gunaaaa!' Ha ha.

Kau kata: Untuk MAHIR perlu GIAT BERLATIH. Am i right? Jadi, kita sudah ada satu hala tujuan. Yang tinggal ialah KAEDAH UNTUK BERLATIH saja lagi. Ada cadangan?

Spyz,
*'Tak guna!!!!!'

Purp,
Sebelum kita pandai 'menyelam sambil minum air' - kita kena belajar minum air dulukan? kan? kan?

Perbincangan semakin rancak... Jadi, saya cuma akan update pada hari Isnin sajalah!

November 10, 2006 5:22 PTG

 
Blogger bajukurung said...

cikgu yg malu tadi tersipu2 lari meninggalkan kelas....

"cikgu! cikgu! cikgu tertinggal kamus B.I nih!" panggil si murid tadi....

huahuahuahua...

aku cipta pepatah ni ptg tadi - bagai cikgu mengajar muridnya sains dalam B.I tapi die sendiri tak paham sains apatah lagi B.I.

aku adalah produk DEB.

hahahaha

November 10, 2006 5:52 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Bajukurung,
Aku rasa, 'state' patut baca semula Penyata Razak dan Penyata Rahman le...

Ada simpan lagi tak tu/ Ha ha.

November 10, 2006 7:45 PTG

 
Blogger Pa'chik said...

Penyata Razak?!!!... mmm... anak dia dah jual kot... :-$
eloknya, cikgu kena pandai cakap inggeris dulu, ni tetiba nak tukar, sedangkan 'paralatan mengajar' tak cukup pandai pun.
dengan ada sistem meritokrasi ke Uni, dengan sains dan math dalam bahasa omputeh, jgn ditanya ke mana hilang calon² menantu nyonya mansoor dr kaum yang mudah lupa itu...

November 10, 2006 8:18 PTG

 
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Encik Naga...kau betul... aku terbalik...belajar minum dulu baru belajar menyelam...hehehe

November 11, 2006 1:36 PTG

 
Blogger kunci hilang said...

dude, pergi tanya cik Sharifah Amani.

November 11, 2006 6:34 PTG

 
Blogger Unknown said...

kata kawan aku. kalau kita nak maki, kita kena maki dalam bahasa inggeris. sebab nampak sopan dan kewl. :P

November 11, 2006 10:50 PTG

 
Blogger Anonymous said...

"Bah! Cikgu sains cakap, batang tumbuhan tu kita panggil Stem!"

"apa punya bangang cekgu ko...stem tu kertas kecik yang kita lekatkan kat surat laa"

"oo ye ke Bah? Cikgu Zulaikha silap la eh?"

"Bah! hubungan sulit tu apa Bah?"

"err...nanti esok kau tanya Cikgu Zulaikha..abah belum belajar tuh.."

Moggol Dah Pulang -XPDC. he he he

November 12, 2006 10:31 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Pakcik,
Ha ha.

Purp,
Aku bijakkan? kan? kan?

Kunci,
Amami who? Bha ha ha?

Kelamb,
Oh, iye ke? Ha ha.

Po,
Selamat pulang Tuan Monggol!

Limau,
Labour of Love = Buruh Cinta?
Muerekekekekekekeeeee...

November 12, 2006 7:15 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home