"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

13 November 2006

“Tomorrow never happens. It's all the same fuckin’ day, man.” Janis Joplin

Umang suruh; pergi pakai boots, ambil parang, ambil tali, ambil lampu suluh. Kita lalu-lalang depan peserta, buat-buat sibuk, konon-kononnya kita kena masuk hutan malam ini juga. Biar mereka ngelabah, biar mereka tak dapat tidur malam ni, biar mereka fikir – nanti, babi-babi akan makan mereka tak? Ha ha.

Aku kata; ok!

Ketua fasilitator, Encik Menet, beritahu kepada para peserta; hah, tengok tu, ‘budak-budak’ saya kena masuk hutan malam ni… esoooooooooooook (pagi) baru mereka sampai di atas bukit sana! Esok, pagi-pagi, kamu kena masuk hutan juga. Pagi masuk, malaaaaaaam baru sampai ke sini semula. Ada empat puluh empat checkpoint kesemuanya, muntah hijaulah nanti, gasak!

Para peserta kata; haaaaaaaaaaaaaaaaaah???

Aku. Umang. Mengekek. Malam itu, kami tak masuk hutan pun… Umang keluar makan malam lewat. Aku masuk tidur awal.

“Goodnite Encik Naga! See you tomorrow!”

“Uih! Umang tahu cakap London ke!?”

“Sikit-sikit! He he. Umang belajar ilmu sains dan matematik untuk reti bahasa Inggeris. Kalau tak belajar kira campur kira tolak, mana nak reti bahasa Inggeris!? Kalau tak belajar matahari terbit dari timur, mana nak tahu bahasa Inggeris!? Kan? Kan? Kan?”

“Ooo?”

NOTAKAKIBANGKU: Hari ini, Umang masih di Janda Baik. Masih menjerat burung, katanya. Alahai!

32 Comments:

Blogger Pa'chik said...

hehehe...

tapi kalau umang tak pandai bahasa penjajah tu, dia mesti tak tau yang cikgu dia kata matahari tu terbit dari timur...

Q: bebudak tu tak kena makan ngan babi ke? bebudak tu tau lari zigzag?

November 12, 2006 8:05 PTG

 
Blogger BooK said...

gila apa.
tak mau belajar tambah tolak dalam bahasa penjajah.
macam mana nak pandai?

November 12, 2006 8:14 PTG

 
Blogger pakwan said...

blaja tolak tambah dalam bahasa penjajah akan menjadikan kita lebih pandai bahasa penjajah daripada penjajah sendiri! ha-ha. orang jepun cipta periuk nasi tak pandai bahasa penjajah pun.

November 12, 2006 10:20 PTG

 
Blogger Lan Rambai said...

woiii.. ko janji takmo sebut babi lagi! ko lupa! tak guna.... hahaha

November 12, 2006 11:08 PTG

 
Blogger artisticklytouch said...

Sekurang-kurangnya seisi Tanah Melayu sudah tahu yang tolak (-) dalam Bahasa Inggeris-Matematik adalah MINUS bukan PUSH... ha ha

November 12, 2006 11:34 PTG

 
Blogger Amiene Rev said...

bagi aku tolak itu reject

one reject one = crush

November 12, 2006 11:53 PTG

 
Blogger Pa'chik said...

pakwan,
org jepun dulu pun penjajah jugak ape?

November 13, 2006 2:30 PG

 
Blogger kingbinjai said...

janis joplin? macam pernah dengar. penyanyi rock tu kah?

November 13, 2006 5:33 PG

 
Blogger Sayuti said...

yang penting bukan bahasa, tapi budi bahasa.

apa saya merepek ni?

November 13, 2006 6:56 PG

 
Blogger The-Mulan said...

pernah pegi janda baik tu. pernah buat aktiviti burung hantu. dengar suara pompuan mengilai2 masa camp-fire. mmg tmpt yang sangat aman damai peace and best!! cuma namanya aje yang kureng best!! alahai!

November 13, 2006 8:46 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Pakcik,
Babi kat Janda Baik baik-baik belaka. Mereka tak makan bebudak. Ha ha.

Book,
Zaman sekarang; Bahasa Inggeris - tak ada kena mengena dengan bahasa penjajah. Bahasa Inggeris ialah bahasa Inggeris. Memikirkan bahasa Inggeris itu bahasa penjajah - adalah pemikiran orang tak merdeka. Ha ha.

Pakwan,
Kita patut belajar bahasa Sepanyol (walaupun Sepanyol tak pernah jajah kita).

Ram,
Ha ha. Ok ok. Last-last!

Art,
Kalau kat jumap perekat PUSH di tepi pintu - jangan kau tarik pula! Ha ha.

Tolak dude, tolak!!!!

Amin,
Ha ha.

Jai,
(Mendiang) Janis Joplin bukan penyanyi rock. Ha ha.

Sayut,
Kau memang kaki merepek. Ha ha.

November 13, 2006 8:49 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Mulan,
Kau prajudis! Apa hinanya menjadi janda (atau duda)? :)

November 13, 2006 8:51 PG

 
Blogger blackpurple said...

Janis Joplin tu orang inggeris ke..? Apasal nama dia macam jawa...? hehehe..

November 13, 2006 9:42 PG

 
Blogger bajukurung said...

"tomorrow never happens. its all the same fucking day man" said joplin to his friend, Joned.

"but u got 'cirit-berit' yesterday and i saw u in-out of toilet like 7 times?" said joned.

"oh. ithu shebeb shaye shudah maken ithu nashi himpit at naga's house"joplin told joned with malay slang.

"then, how come you said it is a same day?" joned says

"because tonite naga still invites me to his open-house for 7 days in one week!"

....without hesistation Joned call naga via his RzaR motorola the slinkiest mobile.

"naga, u held open house but didnt invite me?"

"errrrrrrrrrr....."

mr naga kantoi...

hehehe - harap maklum this is a story of nagalingam takde kena mengena ngan en. naga origami iii

hohohohoho

moral - org putih dok sibuk nak belaja B.M kita plak "i feel stupid if i speak malay" kekeke

November 13, 2006 11:36 PG

 
Blogger esis said...

oh ada kesinambungannya lagi cerita babi dan bahasa inggeris...

dan umang juga. uhhhh berat entry nih.

November 13, 2006 12:01 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

nape asyik pasal babi je?

nak terer english kena blaja english, nak tere sains ngan math, kena la blaja math n sains.

November 13, 2006 1:11 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Bajukurung,
Mana kau tahu aku cirit birit pada hari sabtu dan semalam? Ha ha.

Budak-budak aku syak - sirap tu yang jadi penyebab. Entah.

Esis,
Deep dude, deeeeeppp! Ha ha.

Amirah,
Cuba kau pergi cakap apa yang yang kau cakap kat aku ni kat menteri-menteri! Untung sabut - timbul. Untung batu - tengelam. Lagi pun... kau perempuan! Menteri suka orang perempuan. Ha ha.

November 13, 2006 2:27 PTG

 
Blogger spyz said...

what a coincidence,
minggu ini ada rancangan biografi janisjoplin di saluran 16 ass-telur..

November 13, 2006 2:34 PTG

 
Blogger Amiene Rev said...

aku nak belajar bahasa umang-umang.

November 13, 2006 4:10 PTG

 
Blogger zOO11 said...

semlekum pakcik naga !


sekali melangkah jgn toleh kebelakang...nape takut dengan BI..
Hilang kah jati diri melayu kalo belajo guna BI..
Hilang ke melayu kalo ada bangsa Malaysia? (DAP ?? PAP??)

1st time tulis komen..selalu dok membaca jer..

salam kenal..
zOO11

November 13, 2006 7:01 PTG

 
Blogger Nizam Rusli said...

entah. malas nak komen.

November 13, 2006 7:16 PTG

 
Blogger zizie ali said...

tak guuuna!
dragonball kalau diterjemah mungkin jadi 'bolanaga'atau 'telurnaga'
takkk guuuuna!

November 13, 2006 9:41 PTG

 
Blogger Giemns said...

kena belajar bahasa Russia baru boleh melepasi angkasa bumi!!!

November 13, 2006 10:14 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Spyz,
Ada tak diceritakan dia (Janis Joplin) kena rogol? Aaa... dia kena rogol sebelum dia jadi flower child ek?

Amin,
Kau patut dengar Janis Joplin nyanyi lagu Summertime. :)

Zoo,
Boleh kalau nak belajar English... Tapi, 'state' kena teluslah. Kalau yang problemnya 'berkomunikasi dalam English' - PPK kena cari jalan yang terbaik untuk memperbaiki kelemahan inilah. :)

Zz,
Telur naga = naga's eggs.

Giem,
Buat apa nak pergi ke angkasa lepas kalau nak buat pdf pun tak reti. Muerekekekkekeke..

November 14, 2006 12:00 PG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

uncle naga...
kalau saya ni ada peluang memang dah lama saya nak cakap dengan menteri2 tu, tapi tak pernah ada peluang.

Uncle naga ni, ayat 'menteri suka perempuan' tu agak 'offence' lah..

November 14, 2006 8:02 PG

 
Blogger Pegawai Khalwat said...

Babi?

Penjajah?

Ada kaitan ka?

November 14, 2006 9:15 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Amirah,
Ha ha. Tapi, itu real, kan?

Khal,
Dari satu segi, penjajahan pun memberi manfaat jugakan?

November 14, 2006 10:00 PG

 
Blogger bajukurung said...

mana ada melayu takut B.I la...kalo takut masakan Pak Lah pg jumpa Bush rilek je speaking B.I...

tapi masalahnye kite kena belajar B.I dulu pastu baru belajar sains ngan math dalam bahasa B.I. tapi problemnye....terus belajar sains/ math dlm B.I tapi tak paham B.I makin jadi tak paham la bebudak tu.

tak paham B.I satu hal, tak paham Sains/math dlm B.I lagi satu hal.

B.I kalo diselitkan huruf a dan b diantara ruang2 huruf itu akan terhasil = B.a.b.I.

tapi kalo diletakkan huruf j, a, dan k selepasnye akan terhasil = B.I.j.a.k

hah, pandai tak aku berbahasa dengan bahasa ibunda aku sendiri naga?

hohohohoho

moral - tindakan menghasilkan cara

November 14, 2006 10:11 PG

 
Blogger Romantis Selatan said...

sedangkan semua negara yang berada di tangga teratas adalah negara yang menggunakan bahasa negara masing-masing dalam pendidikan matematik dan sains.

Malaysia telah mencontohi negara-negara yang lebih teruk dari Malaysia sendiri dalam usaha pembangunan negara.

Pemimpin Malaysia dan Menteri-menteri yang berkaitan memang terang-terangan bodoh. Berani bereksperimentasi dengan rakyat. Rakyat bukannya tikus belanda.

November 14, 2006 11:49 PG

 
Blogger .:HalogamoRa:. said...

2morrow will happen if we hv guts to face the pain and u may give a good bye kiss to the same old fuckin' day - halogamora

* ha ha...pernah guna nickname janis...duluuuuuuu*

November 14, 2006 1:52 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Moral,
Ha ha. Dah dah. Kita lupakan saja tentang 'masa depan anak-anak kita'. Ha ha.

Roman,
Ya ya. Kalau bukan Tikus Belanda, sudah tentulah kita ni Tikus Melayu. Ha ha.

Amora,
Pisau bukan di tangan kita... Ha ha. Berani ke timun nak bersuara? Tak takut kena sebat? Ha ha.

Kalau ada banyak duit - berhijrahlah. Kalau tak ada banyak duit - tulis blog. Ha ha.

Dah dah dah. Aku tulis entri lain ek!

Kepada Encik Mohd Ridzuan Harun (MPR),
Bila kami boleh buat rombongan ke ASWARA? Tapi, kami takmoh le pergi ke Wrting Dept. saja... Nak aaa juga pergi ke kelas menari. Bha ha ha.

Wan,
Abang tak sangka kau ada bakat menari. Masa MPR dulu - kau buat show apa ek? Baca sajak? Menari? Pentomen? Ha ha.

Eh, itu 'Petai' - mana dia sekarang?

November 14, 2006 2:05 PTG

 
Blogger zOO11 said...

Pokcik naga

hehehe... setuju2 tp kalo tak buat gitu ramai ke yg nak ber 'B.I' ? kelemahan kena atasi..tp bukan menidak peluang utk kedepan. pakcik naga pinjam ruang sikit...:)

BajuKurung.. B.I.j.a.k berbahasa bahasa ibunda. mula berbahasa BI mmg payah nak paham..kena belajo tp kan elok serampang 3-4mata dlm belajo Math/sains paham bahasa penjajah...

mari bakar semangat di pwtc..hehehe

November 15, 2006 1:29 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home