"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

21 November 2006

Sahabat PURNAMA

MAJLIS PELANCARAN SAHABAT PURNAMA

28 November 2006

di Menara DBP

8:45 Sarapan (disediakan)
9:20 Forum
12:00 Majlis Pelancaran
12:45 Makan Tengah Hari (disediakan)

SAHABAT PURNAMA ialah program keahlian sukarelawan yang dikendalikan oleh Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan remaja (PURNAMA) DBP, bertujuan untuk mendidik, mempromosi dan membangunkan kesusasteraan kanak-kanak dan remaja di Malaysia.

Keahlian adalah PERCUMA!

…sebahagian daripada aktivitinya: Penulisan, Penyuntingan, Pembacaan, Penerbitan, Psikologi, Perkembangan kanak-kanak & Remaja, Seni Persembahan, Penceritaan, reka Bentuk & Seni Lukis, Bahasa, Sastera, dan banyak lagi.

FORUM (sempena majlis):
KESUSASTERAAN KANAK-KANAK & REMAJA DAN PEMBANGUNAN SOSIAL

Ahli Panel:
Puan Saki Sasamori
(Jangan bimbang, awek ni boleh cakap Melayu)

Puan Izzah Abdul Aziz

Prof. Madya Dr. Mahzan Arshad

Untuk keterangan lanjut/memaklumkan kehadiran:
Puan Filzah 03-2148 2521
Cik Zeti Aktar 03-2148 1254
Cik Azihani 03-2148 2526

Awas! Tempat duduk terhad! Jadi, cepat cepat!

“Jangan paedophile yang datang sudahlah!” Kata Faisal T.

“He he.” Kekeh aku.

NOTA: Sinaganaga bukanlah staf DBP ya!

19 Comments:

Blogger sinaganaga said...

Oleh kerana aku claim aku ni aktivis kanak-kanak - aku akan hadir!

November 21, 2006 8:42 PTG

 
Blogger spyz said...

aku wakilkan pada kau saja
ha ha..

November 21, 2006 10:59 PTG

 
Blogger Pa'chik said...

keahlian percuma, tapi mesti ada syaratkan?

sinaganaga aktivis kanak²? dalam bidang apa ye?
jangan yg buat video tu dah la ye...
j/k lol

November 22, 2006 1:10 PG

 
Blogger Sufian said...

Sahabat PURNAMA?

Mengajar sastera pada kanak-kanak?

Kegiatan komunis jenis apa ni?

November 22, 2006 9:00 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Spyz,
Ok ok.

Pakcik,
Ha ha.

Sufi,
Ha ha, Kita jangan fikir mereka nak ajar komunis ke hape... Cuba kita fikir tentang macam mana kita boleh dapat wang tanpa perlu keluar modal!

Kalau kita boleh tanam idea - lukis gambar kau dan aku pada t shirt; PURNAMA yang terbitkan. Kita cuma dapat royalty setiap bulan.

Jeng jeng jeng!

Pap! Kalau dia orang buat action figures rupa aku dan kau pun ok gak weh! Ramai anak dara nak milikinya tu... Hu hu hu.

November 22, 2006 9:23 PG

 
Blogger tapai said...

Brader, mana nak dapat 'logo bunga padi GJ'? Aku nak tampal di blog. Minta uploadkan, senang aku download saja.

Email aku? RAHSIA KERAJAAN! Sesiapa yang memiliki email tapai (atau afro) boleh didakwa di bawah Akta Rahsia Kerajaan. Ha ha!

November 22, 2006 9:25 PG

 
Blogger June said...

ok naga, kita jumpa di DBP untuk 'chado'.

btw, aku tak kesah layan kafein free waktu pagi-pagi.

November 22, 2006 10:03 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Tapai,
Kendian boleh? Aku tengah sibuk banyak ni. He he.

Molus,
Chado? Kau kena datang pakai kimono laaa... baru best kalau nak menchado!

Psssstttt pssst! Jangan pakai tebal-etbal sangat, dan pastikan kat ketiak kimono tu ada lubang! Ha ha.

November 22, 2006 11:43 PG

 
Blogger Rie said...

bro, nombor dr. bustam aku takde. dah hilang.

kalo tak aku kasi info ni pada dia.

28 hb selasa ye. aiseyman..

November 22, 2006 1:19 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Esis,
Ok. Kau suruh Dr. Bustam telefon ke sana ye!

November 22, 2006 1:31 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

moluska pompuan ke laki?

kalo pompuan aku nak join juga!

November 22, 2006 2:10 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

(Terima kasih utk link)

Tapi.. konda kondi?

Bro, permainan tu terlalu konvensional-lah, tak thrill.

November 22, 2006 4:04 PTG

 
Blogger Pegawai Khalwat said...

Aku kat Utara.

Aku proxy kat Naga jugalah.

Kirim salam tahniah kat Faisal T andai ketemu dia hari tu.

November 22, 2006 5:05 PTG

 
Blogger Rie said...

ok bro, aku berusaha

November 22, 2006 5:12 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

AreYoung,
Kang aku ajak kau main lain - kau kata thrill sesangat lak kang. Aku ni, bukan boleh....

November 22, 2006 5:19 PTG

 
Blogger Nazri said...

Hey, jangan kacau Aida..maksud aku Areyoung!

Aku abang dia!

November 22, 2006 5:58 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

vovin atas kertas, ugut bukan main. tapi kat luar, duduk kat bucu saja.

ko macam team bola sepak malaysia pulak dah!

are young ni pompuan?

November 22, 2006 6:06 PTG

 
Blogger Nazri said...

diam memerhati gerak tari lawan

November 22, 2006 7:48 PTG

 
Blogger arianna adrizal said...

pae******* tu apa?

November 22, 2006 8:37 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home