Fragmen
Dipakainya sehelai pakaian warna putih, kemudian. Kuntum-kuntum merah muncul seperti magis pada kain yang tadinya polos. Tanpa akar. Tanpa batang. Tanpa dahan. Tanpa daun. Tanpa kudup. Tanpa ulat beluncas. Lama kelamaan kuntun-kuntum merah itu mengembang mekar, mencantum, sehinggakan tiada lagi tanah putih yang tertinggal. Dia menggeleng-gelebgkan kepala. Lagi.
"Macam ini punya teruk pun... aku tak mati-mati lagi?"
Kudeta, Ronin, Sinaganaga; (Sindiket Sol-Jah) KL Dua Ribu Enam
22 Comments:
misteri nusantara.....kekadang kita ingat detik tu dah sampai...tapi rupanya tida...masih ada masa...haha
November 19, 2006 5:02 PTG
kenapa pakai putih, kan dah susah nak cuci tu.
cuba guna serbuk pencuci yg budak² plkn tu guna selepas disyorkan oleh mak dia.
tapi rasanya entri ni iklan utk buku kudeta yg limablas inggit tu kan.
November 19, 2006 8:03 PTG
Gambar kau masa RAPAT GJ dah ada...sila lihat..hahahaha
November 19, 2006 8:19 PTG
kudeta itu, kalau pembeli luar negara bagaimana?
atau semua sudah sold out?
November 20, 2006 5:20 PG
Nak mati?
November 20, 2006 9:01 PG
sol-jah, aku sudah baca semua. engko punya jer lah.
kesian sungguh ronin tu..
yeah kudeta...!
November 20, 2006 10:10 PG
2Amirah,
Kadang2 kita rasa 'masa' belum sampai... rupa2nya tidak. :)
Pakcik,
Kerana; putih warna kejahatan. :)
ND,
Terima kasih!
Dude, email kat aku gambar aku tengah makan tu. Aku suka. Dan, aku cemburu sebab tak dapat sekuntum mawar merah dari kau. HA HA.
Tanah,
Hampir SOLD OUT! Buku2 masih ada pada Amir Mukhriz. Mungkin kau boleh hubungi dia.
Khal,
Kalau cerita ni kau ambil buat teater... aku akan berbesar hati. Bha ha ha.
Esis,
Kau... bunyi macam nak join Sindiket Sol-Jah je. Ha ha.
November 20, 2006 10:47 PG
putih warna kejahatan...r u sure pakcik naga????
November 20, 2006 10:52 PG
Amirah,
Sure! Ha ha.
November 20, 2006 10:54 PG
Amirah lagi,
... dunia dah tak macam dulu.
HA HA.
November 20, 2006 10:55 PG
apa beza seppuku dgn harakiri?
November 20, 2006 11:07 PG
pak cik hensem, nak satu!
November 20, 2006 11:27 PG
Spyz,
Sama je.
Vin,
Kau kata nak bagi kudeta kepada 'N'. Pagi tadi aku jumpa Awie; dia lompat2 macam baru lepas 'kena' ganja sambil sorak2, “kudeta, kudeta, yeah yeah, kudeta kudeta!"
Kau bagi dia tengok, lepas tu kau lupa nak amek balik ya?
Ha ha.
Kalau ada orang nak beli - minta kat Amir Mukhriz. Stock aku dah SOLD OUT!
November 20, 2006 11:35 PG
Siapa nak Kudeta, e mail aku:
amirmukhriz@gmail.com
nyatakan lokasi dan aku tetapkan cara yang paling mudah untuk kita berurusan. urusan jual beli barang maksud aku. apa kau fikir?
November 20, 2006 12:14 PTG
pernah tgk cite ronin...sedih arrr tp x puas hati pun ada gak. isk.
November 20, 2006 12:33 PTG
Dah beli tapi belum baca.
Itu yang lebih penting bagi korang, kan?
"aku suruh kau beli, bukan suruh kau baca. beli la banyak-banyak"
haha.
November 20, 2006 1:53 PTG
sol jah,
murekekekekekekeke. otak ko memang tajam.
November 20, 2006 4:59 PTG
Aku tak ada lagi..Kalau dah habis aku fotostat jer la... hehehe...
November 20, 2006 6:58 PTG
aku pun, hanya sempat membelek kulit saja.
cadangan, apa kata cerita2 korang ini di rakam dalam CD dan kita hanya mainkan sahaja di pemain CD utk mendengar ceritanya (dalam kereta pun boleh dengar). sesuai utk mereka yang malas membaca.
November 20, 2006 7:09 PTG
Purp,
Ha ha.
GitarTongtong,
Mana nak cari suara perempuan merengek-rengek kalau aku buat audio cd/drama radio tu?
November 20, 2006 8:26 PTG
aku sudah khatam 2 kali. bukan ramas itu feveret aku ha ha ha ha
November 21, 2006 8:15 PG
sinaganaga,
kau nak gambar eh...kasi email...atau email je kat aku irwandy@gmail.com
nanti aku reply dgn gambar...
Kau nak bunga jugak?..bolehh..tahun depan kau dtg dgn baju yg sama tapi dengan skirt labuh sama design dgn baju...hahahahhahahahaha...macam baju kurung Kedah!
November 22, 2006 11:26 PTG
Catat Ulasan
<< Home