"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

22 November 2006

Kena pupuh

Suatu petang. Jamal Etika. Telefon aku.

"Dude! Awie Wings sudah pupuh Mario Blackrose! Datang segera!" Kata Jamal Etika.

"Ok! Aku datang!" Kata aku.

Aku sampai di Kompleks Wilayah. Awie Wings dah tak ada. Mario Blackrose dah tak ada. Jamal Etika saja yang ada. Mata dia merah. Baru lepas menangis, mungkin. Ha ha.

"Dah! Jom pergi Benteng!" Ajak aku. Jamal Etika ikutkan saja.

Kami sampai Benteng. Pesan makan itu ini itu ini. Ada mamat buskin' sudah nyanyi dan main gitar kapok. Kat tepi telinga aku.

"Dude, kau campaklah satu ringgit kat dia, dude! Bagus cara nyanyian dia. Lagi pun, aku memang suka lagu Buffalo Sol-Jah tu!" Kata Jamal Etika. Aku ikutkan saja.

Kemudian, dah lama-lama, baru aku sedar, yang duit aku tak cukup seringgit nak bayar duit makan itu ini itu ini.

"Dude! Aku ada dua puluh sen saja ni!" Kata Jamal Etika. Mata dia merah. Kesan menangis tadi tak hilang lagi, mungkin. Ha ha.

"Bak sini!" Kata aku. Jamal Etika ikutkan saja.

Suatu petang yang lewat. Aku. Telefon Berg.

"Dude! Awie Wings sudah pupuh Mario Blackrose! Datang segera!" Kata Aku.

"Ok! Aku datang!" Kata Berg.

31 Comments:

Blogger Pa'chik said...

ni ala² cerita eksiden 50 orang mati, 45 cedera parah sorang kena tipu la ni.

hehehe...

November 23, 2006 1:20 PG

 
Blogger Kemat said...

sekarang, nama awie kne tukar jadi mawi utk tarik perhatian org

November 23, 2006 3:56 PG

 
Blogger Keluarga Zulkarnain said...

Halo...Pak!

I am back to Indonesia..

Lama tak berkunjung kesini...

Wass

Bunda Shafiya

November 23, 2006 5:35 PG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

dude,
2-9/12 ada busking festival sekitar ibukota,
jom lepak..

November 23, 2006 7:03 PG

 
Blogger tuan tanah said...

Eh, sepatutnya Encik Naga dan Encik Jamal Etika la membusking pula. Nak cukupkan seringgit :)

November 23, 2006 7:52 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Pakcik,
Inilah detik sejarah bermulanya Woodstock di Malaysia. Kalau tak percaya - pergi tanya Hasan dan Husin Babylon. Ha ha. Thana? Thana masih jadi cikgu lagi pada masa tu. Ha ha.

Kemat,
Masa tu - Awie pun bukan ikon. Ikon pada masa itu ialah Man Rani. Ha ha.

Buk Dokter,
Kelmarin, aku baru punya ongkos untuk beli Iwan Fals in Love.

Spyz,
Aku pun ada dengar juga. Aku dok fikir - kalau2 kita boleh dapat 1 gerai kat Dataran Merdeka tu. Bolehlah jual jeans bundel. Ha ha.

Tanah,
Jamal Etika main drum. Payah nak buskin' dengan drum ooo.... Siapa nak pikul drum set tu nanti?

Aku buskin'? Ha ha. Jadi backin' vocal untuk MJ pun kat part “whatttttttt?". Itupun MJ tuduh aku + Tok Limau + Jig = nyanyi tak ada semangat!

November 23, 2006 8:45 PG

 
Blogger Pa'chik said...

Cerita ni tahun berapa ni? Mungkin encik naga patut approach satu pengarah utk buat cerita ROCK yang lain pulak, mamat khalid punya tu, maaf la, kureng la, tak rock ooo...

tapi zaman rock saya dulu tak lama, baru tiga pat tahun rock, kengkawan dah layan thrash. Jadi tak sempat sangat nak mengapak tu. tapi kekadang layan kenny g (Rambut panjang kira rock oo)

November 23, 2006 8:53 PG

 
Blogger Amyz! said...

Jadi back up singer pun tak dengar suaranya. Ahaha.

November 23, 2006 9:25 PG

 
Blogger Tok Rimau said...

Cerita dah habis atau ada sambungan lagi? Jangan panjang2 nanti jadi Sembilu Kasih pulak.

November 23, 2006 9:43 PG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

Mujo tepon tu tak telan duit?

Si Jamal tu ada duit sket je sebok cari dam, mana tak rabak.

(Kawannya tu?)Entahlah.. hiks.

November 23, 2006 9:45 PG

 
Blogger Rie said...

ni cerita zaman rock la nih...
you rockkkk sol-jah

November 23, 2006 10:00 PG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

naga dan spyz,
dorang panggil busket (org yg buat busking tu kita panggil busket ek?) bertaraf world...

aku ingat dorang nak panggil mawi.

rupa2nya busket!

jomlah kita lepak2.

November 23, 2006 10:09 PG

 
Blogger Anonymous said...

Naga,

Mana Ajin sekarang eh? Masih 'rabak?'.

Zaman tu dah kurang kekapakan rock.

Blackrose, Fotograph, Ekamatra, Exist.

Masa aku kat Bangsar lama dulu, ada mamat buskin' lagu-lagu Dire Straits! Kagum aku! Payah nak bawak bang.

November 23, 2006 10:09 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Pakcik,
Tak payahlah. Ha ha. Biar cerita-cerita ni jadi memoir saja.

Amyz,
Suara penyanyi latar memang tak boleh lebih kuat daripada penyanyi utama. Ha ha.

Limau,
Ha ha. Taklah taklah... memang panjang takat tu sahaja.

Ayang,
Zaman tu, walaupun ramai budak rock dan telefon bimbit belum tercipta lagi - public phone okay beb! Dia orang jaga public phone tu macam dia orang jaga nyawa dia orang... Sebab? Sebab, kalau tak ada public phone - macamana nak call Ella dan Shima nanti!
Muerekekekekeke...

Esis,
Orang dalam Pengkajian Media kena tahu cerita-cerita sejarah ni, dude! Betul.

Nota,
Buskin' Robin, yok!

Po,
Kata Jig; Ajin, sekali-sekala, ada muncul di Bangsar. Mata dia masih merah. Kesan menangis tu lambat hilang, mungkin. Ha ha.

November 23, 2006 10:51 PG

 
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Rock kapak...Cayalah...!

Kumpulan Etika yang mana satu ekk...

Hehehe

November 23, 2006 12:52 PTG

 
Blogger dugongsenyum said...

jadinya si Berg lah yang kena kawtim itu ini itu ini tersebut ekekeke

November 23, 2006 2:01 PTG

 
Blogger rudy bluehikari said...

so, ko pupuh 80sen dr berg? hahahahahahaha!

November 23, 2006 2:07 PTG

 
Blogger Pa'chik said...

en. naga, payahla weh, nak jugak tengok cerita 3-piece band tu. Kalo wat poll, mesti ramai nak tengok tu.

Mintak suhaimi baba direct, mesti ada unsur seram ngan maya karin.

tak pun Yasmin, mesti ada unsur 'muhibah' ngan budak cakap melayu jadi bodo tu.

November 23, 2006 3:22 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Purp,
Kaset Kugiran Etika masih berlambak di kedai-kedai menjual kaset.

Dug,
Panjang lagi cerita tu. Lepas tu Berg pula kautim kutu lain. Akhirnya ceritanya - Benteng jadi Woodstock di Malaysia. Kami berkampung tiga hari dua malam di Benteng ooo.

Rudy,
Cerita ni macam dejavu - lepas Berg sampai, mamat buskin' tu nyanyi kat tepi telinga Berg pulak bla bla bla... Tu aku tak cerita lagi berapa orang yang kena stay sebab kena basuh pinggan kat Benteng tu... Ha ha.

Pakcik,
Soalan kau ni - Jig pun ada tanya. Aku tak join mana2 group. Group2 tu jer yang selalu ajak aku pergi mana2. Sebab, dulu aku kerja kat PageDesign (kakak kompeni dengan LINTAS) - kami yang design poster Kugiran Berperang-perang tu. Ha ha.

November 23, 2006 4:10 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

siannya korang sampai tinggal 20 sen dlm poket...ish..ish...layak zakat ni..

November 23, 2006 5:37 PTG

 
Blogger Sir Mute Key Chicks said...

Bro...maafkan aku...

November 24, 2006 8:57 PG

 
Blogger Unknown said...

sape yg pupuh sape ni? ha ha ha x bleh thn la bro wa nk gelak guling guling ni ha ha ha haaha

November 24, 2006 2:02 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Mirah,
Memang layak terima zakat ni ha ha.

Ayis,
Rubrik? Ha ha. Dah lama aku tak guna perkataan tu.

Semut,
Selamat merajuk! Buat masa ni aku kekalkan link kau di blog aku.

Amora,
Kau ketawa? Kau tak sedih ke? Aku tulis entri ini dengan tujuan untuk merebut Anugerah Blog Menyentuh Emosi, beb! Kau tak sedih ke? Kau ketawa?

November 24, 2006 2:53 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Mirah,
Memang layak terima zakat ni ha ha.

Ayis,
Rubrik? Ha ha. Dah lama aku tak guna perkataan tu.

Semut,
Selamat merajuk! Buat masa ni aku kekalkan link kau di blog aku.

Amora,
Kau ketawa? Kau tak sedih ke? Aku tulis entri ini dengan tujuan untuk merebut Anugerah Blog Menyentuh Emosi, beb! Kau tak sedih ke? Kau ketawa?

November 24, 2006 2:55 PTG

 
Blogger bluecherry @ fai said...

Mau yang datang tu pun lagi haru, ada 20 sen gak kat poket.. hak hak hak

November 24, 2006 3:23 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Ceri,
Ha ha.

Sop,
Yang aku pupuh hari tu, yang cair kuning macam air kencing tu - bukan Earl Grey. CAMOMILE! Sumaph, aku tak nak pesan Camomile lagi. Ha ha.

Adik Kucing? Ermmmm... cadangan yang menarik tu!

November 24, 2006 5:12 PTG

 
Blogger Pegawai Khalwat said...

Dude,

Awie dah buka Awie Records.

Tapi kat Astro Ria.

Aku tertipu.

Dude.

November 24, 2006 11:50 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Ayis,
Adik Kucing tak tahu ke kita panggil abang dia Kucing?

Khal,
Junior aku (perempuan) yang terbitkan Awie Records tu. Senior si Ahsuez minah tu.

November 25, 2006 8:33 PG

 
Blogger Pa'chik said...

en naga, dah 2 hari tak update, tengah buat skrip cerita rock pasal 3-piece band tu ke?

November 25, 2006 4:02 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

En Naga ... kiriman sudah terima? ...

November 25, 2006 8:00 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Pakcik,
Tak. Sibuk sikit. Ada orang upah kami buat filem. :)

Airmas,
Sepatutnya dah sampailah tu... Kendatipun, aku belum jengok lubang merpati tu lagi. :)

November 26, 2006 6:48 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home