"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

04 Disember 2006

Jangan kita terlupa untuk raikan CINTA

FILEM - Bagus, tetapi bukanlah sempurna.

SKRIP - Ungkapan, “isteri bukannya hak milik, tetapi anugerah…” bukanlah nas. Jadi, kepada perempuan-perempuan - mentaati suami kamu dan meminta izin dari suami kamu sebelum keluar rumah adalah masih releven ya! (Rujuk hadis al-Bukhari dan al-Tirmizi).

PIERRE ANDRE – Ada wartawan hiburan kata dia *stereotype. Tetapi, watak Taufiq memang dicipta untuk Pierre Andre. Malu-malu siput babi. Percayalah! Ha ha.

SYARIFAH AMANI – Bertutur dalam bahasa melayu dalam filem ini. Dan, aku masih nampak keOrkedannya. Sorry beb!

QUE HAIDAR – Semakin matang dalam lakonan.

NANU BAHARUDDIN – Melakonkan watak diri sendiri?

EIZLAN YUSOF – Siapa kata dia 'kayu'? Hah? Hah??

FASHA SANDHA – “Kalau tak sukakan lagu tu – macam mana nak kahwin dengan saya?” “Ya ya. Suka suka!” Kata tauke kedai buku tempat Azura bekerja. Ha ha.

RASHIDI ISHAK – Dia lebih satu anak tangga dari Vanida Imran pada kali ini.

RITA RUDAINI – Jadi orang jahat dalam filem ini.

RAHIM RAZALI & FATIMAH ABU BAKAR – Apa yang hendak diperkatakan lagi tentang mereka? Memang superb.

SOFI JIKAN – Dude, mana kau jumpa mamat ni? Dia memang bagus!

ORANG JAHAT – Ada lima orang sahaja (termasuk suara jantan kat dalam telefon tu).

AIRMATA – Begitu mewah dalam filem ini. Macam… kau petik saja picu – airmata pelakonnya akan mengalir keluar.

SHOT PALING GILA UNTUK AKU FIKIRKAN – Komuter dan dua LRT lalu serentak dalam satu babak. Berapa lama kau orang study pergerakan di hadapan Stingarden Abdullah Hukum tu, dude? Ha ha.

BABAK PALING AKU TAK SUKA – Dalam ERL.

MORAL CERITA - Selepas ini, semua penerbit majalah dan buku akan punya kekasih cantik macam Fasha Sandha. Awas!

TELEFON - Budak perempuan sebelah aku bercakap dalam telefon semasa tayangan sedang berlangsung. Aku kata, “Hoi babi, kau nak ke aku campak handphone kau ke luar?” Boyfriend dia tenung aku (dalam gelap mana boleh cam ha ha) dan berkata kepada dia, “Tulah you!”

TOK RIMAU - Dia kena tunggu CINTA dalam bentuk VCD.

*stereotype - bukan straight acting ya!

Vovin
Spyz
SM
Fadz

63 Comments:

Blogger dugongsenyum said...

Yeay!

Disember 04, 2006 12:30 PTG

 
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Kalau airmata sinaganaga pun ikut tumpah dek CINTA ini, aku pun nak pergi tengok lah.... hehehe

Ada 'babi' sesat masuk panggung.... ? hahaha

Disember 04, 2006 12:59 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Purp,
Airmata pelakon-pelakonnya, bukan aku.
Ha ha.

Disember 04, 2006 1:07 PTG

 
Blogger Sufian said...

Kalau disusun Rashidi, Eizlan dan Pierre Andre, mungkin boleh buat rak buku yang stabil.

p.s. babi itu bukan hakmilik, tapi anugerah.

Disember 04, 2006 1:19 PTG

 
Blogger hana_kirana said...

adik aku, dia bodek aku kata muka aku macam Fasha Sandha. hahahahaha

dan aku gembira dengan bodekannya itu. walaupun aku benci cerita Natasha.

Disember 04, 2006 1:21 PTG

 
Blogger Tok Rimau said...

Aku suka Natasha. Lelaki tua dapat kahwin perempuan muda. Best tu.

Disember 04, 2006 1:33 PTG

 
Blogger June said...

Ok. Ok. Aku akan tonton CINTA demi Que Haidar yang semakin matang tu...

Disember 04, 2006 1:35 PTG

 
Blogger Sir Mute Key Chicks said...

aku tak suka cerita cinta.dan punca melayu makin lemah adalah kerana cinta.betul.aku tak tipu.walaupun bro naga tgk juga cerita tuh.aku tetap takkan peg tgk.lagipon siapa yang suruh aku pegi tgk kan?

Disember 04, 2006 1:39 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Dubuk,
Betul. Cuma cikgu Elyas tak masuk dalam senarai kau; dia tak stabil ek? Ha ha.

Kirana,
Dah hilang hitam legam muka kau? Macam mana buat, kau tampal dengan pad herba ya? Ha ha.

Limau,
"Encik ni nakallah!"

Molus,
Aku tonton CINTA sebab ada orang nak ungkit pasal dialog Cikgu Elyas. Ha ha.

Semut,
Jangan lupa tonton Cicak-Man!

Disember 04, 2006 2:16 PTG

 
Blogger doff said...

abis tu, yang mana satu cinta enche naga? ;@)

Disember 04, 2006 2:48 PTG

 
Blogger Sir Mute Key Chicks said...

bro,
aku takkan terlepas menengoknya..jangan risau tentang itu.beleive it.

Disember 04, 2006 3:17 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

dua hari lepas, aku dan isteri mau nonton CINTA.

sampai di GSC mutiara damansara. beratur.

takde.!!!!!!!!

dia boleh cakap takde. camana?????

adakah aku bukan di tanah melayu?

Disember 04, 2006 4:21 PTG

 
Blogger bajukurung said...

aku dah tgk dah

spotan aku ckp - 2.5 bintang!

biasa je lah....tak lah best sgt pun

tapi Nanu tetap rock!

Disember 04, 2006 5:12 PTG

 
Blogger ontahsapo said...

eh naga, takder apek senario or rosyam nor ker filem ni..? boleh laku ker filem ni takder dorang tu...?

aku pun sama mcm tok rimau lah, tunggu vcd, atau aku tunggu torrent melayu..!

Disember 04, 2006 5:19 PTG

 
Blogger Pegawai Khalwat said...

Cinta?

Bukan dulu yang Aman Graseka dengan Sofia Jane berlakon, basah bersama dekat air terjun tu ka?

Eh... tu cerita lama rupanya.

Pss... boi yg awek dia tu bunyi telepon tu babi ladang atau babi hutan?

Disember 04, 2006 5:35 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Dof,
Aku mortal tanpa cinta. HA HA.

Iwanz,
Entahlah.

Baju,
Ha ha.

Ontah,
Entahlah. Ha ha. Dengar cerita, Red Kebaya dah cecah juta. CINTA, tak tahulah pula.

Disember 04, 2006 5:36 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Khal,
Boi dia ok. Awek dia je yang babi.
Ahsuez dengan Samurai pun kena... DUA babi, kata mereka.

Disember 04, 2006 5:38 PTG

 
Blogger Ahsuez said...

uncle, jiran sebelah samurai pun bebel jugak, laki bini sama jah.

tapi perut samurai tak sebesar dan seberani perut uncle untuk membabikan dua ekoq tu.

Disember 04, 2006 5:43 PTG

 
Blogger Ahsuez said...

uncle, saya paling suka juga cikgu elyas dan mak bi.

Disember 04, 2006 5:44 PTG

 
Blogger Ahsuez said...

uncle, saya pun menyampah dengan aksi dalam ERL.

Disember 04, 2006 5:45 PTG

 
Blogger Ahsuez said...

uncle, saya memang saja post banyak-banyak. tolong jangan babikan saya!! huwaaaa...

Disember 04, 2006 5:46 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Ahsues,
Ha ha. Mana mungkin aku babikan kau. Sungguh!

Disember 04, 2006 6:48 PTG

 
Blogger kingbinjai said...

aku rasa cite ni dari adaptasi cite "love actually". aku rasa la...

Disember 04, 2006 9:08 PTG

 
Blogger Irwandy said...

Aku sgt suka cerita ni. Aku tonton masa 1st day. Tak sabar nak tgk punya pasal. Hahaha. Tapi aku tak suka lakonan Pierre Andre...nampak kaku. Mungkin disebabkan wataknya kot. Eizlan pula sgt bagus. Sapa kata dia kayu hah?..haha..

Akhirnya, sebuah filem Melayu yg berkualiti. Walaupun tak sempurna, tetapi mampu buat aku tersenyum puas.

Disember 04, 2006 10:20 PTG

 
Blogger Sayuti said...

“Hoi babi, kau nak ke aku campak handphone kau ke luar?” kata encik Naga.

HAHAHA

HAHAHA

padan muka dia

HAHAHA

Disember 04, 2006 11:20 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

tak sabar tgk vcd

Disember 05, 2006 1:21 PG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

encik naga nangis eh tengok cite ni... hikhik

Disember 05, 2006 1:34 PG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

babi tu yang cakap en naga nangis..

Disember 05, 2006 1:38 PG

 
Blogger abdullahjones said...

babi? kamu kata babi kat orang? ishhh. jahat.

Disember 05, 2006 2:18 PG

 
Blogger Ajami Hashim said...

quote#1: “isteri bukannya hak milik, tetapi anugerah…” ~cikgu elyas

quote#2: “Hoi babi, kau nak ke aku campak handphone kau ke luar?” ~sinagaga

>> aku rasa quote#2 meletoppp!!! kang aku bubuh dlm skrip pelem sure lagi meletoppp!!! wakakakakakah!!!

Disember 05, 2006 4:22 PG

 
Blogger tuan tanah said...

Aaa... Pierre Andre berlakon cerita ni?

Waaaa.... kena tengok ni!

Disember 05, 2006 7:09 PG

 
Blogger Sir Mute Key Chicks said...

bro,mengikut #quote skrip oleh encik/cik bicaraskrip, #quote bro dijadikan pilihan.makanya jika sampai ke lembaga penapisan filem, maka quote itu pula akan di'babi'kan.

kan rakyat malaysia semuanya ..s.e.m.u.a... bersopan ..s.o.p.a.n... dan bersantun...s.a.n.t.u.n..

Disember 05, 2006 7:54 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Binjai,
Tak kisahlah kalau filem ini adaptasi ke hape ke... Sebab, apabila kau banyak tengok filem-filem - mahu tidak mahu, banyak shot-shot dan jalan cerita yang kau suka akan terrekod dalam kepala kau; apabila kau jadi pengarah - di bawah sedar, kau akan apply pembelajaran di bawah sedar kau.

Macam tu juga kisahnya kepada designer kulit buku. Ha ha.

ND,
Aku syak, ramai perempuan liberal yang suka kepada lelaki macam Pierre Andre tu. Kalau dia orang nak keluar pergi pub pun - laki macam Pierre Andre tak akan marah-marah. Ha ha.

“Lepas pulang dari pub nanti - belikan saya karipap, ya awak" Pierre Andre.

Ha ha.

Sampul,
Aku tak sabar nak beli soundtracknya.

Pakcik,
So far, aku pernah nangis tengok Kindergarten Cop. Part sekolah terbakar; budak2 tadika beratur keluar beramai-ramai. HA HA.

Oh ya, kami satu office (di Page Design) pernah nangis semasa tengok cerita kartun The Last Unicorn.

Jones,
Amir Mukhriz kata aku KEJAM! Ha ha.

BirCara,
Kalau jadi filem - ia akan jadi, "Tak guna! Biar aku campak handphone kau ke luar!" Ha ha.

Tanah,
Dengar cerita, CINTA akan di tayangkan di St. Mary Street, Edinburgh. Ha ha. Bertuahlah kalau dapat tayang kat situ...

Semut,
Ha ha. Ye ke? Entah!

Disember 05, 2006 8:54 PG

 
Blogger sinaganaga said...

BirCara,
KOr, ia akan jadi, "Tak guna! Errr... izinkan saya untuk campak handphone ke luar ya!"

Muerekekekekekeke...

Disember 05, 2006 8:56 PG

 
Blogger Tok Rimau said...

Bila balik dari menonton CINTA, kau dapat "anugerah" dari "anugerah" tak?

Aku rasa lanun cetak rompak memainkan peranan penting dalam mengimbangi inflasi.

Disember 05, 2006 9:38 PG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

Aku benci tapi nangis.

Kalau tengok harap2 air mata aku tak sesia cam Heart!

Disember 05, 2006 9:43 PG

 
Blogger Miss Ted said...

shoffi jikan - pelakon teater. sbb tu dia best. zul kapan dalam 'Rock' arahan mamat khalid. kau tgk tak Rock?

shot komuter dan dua lrt - diorang timing utk dua lrt je, ekceli, dan dapat rezeki komuter pun lalu sekali kat bawah tu masa shot diambil

suara jantan jahat dlm telefon - itu suara dhojee, penerbit eksekutifnya

Disember 05, 2006 9:46 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Tok Limau,
"Perempuan semuanya sama! PERIODDD! Ceh!"

AreYoung,
Taklah sedih sangat... So, don't worry, sayang!
Muerekekekekekekekeeee...

Ted,
Oooo... Mamat Rock yang 'black' tu ke? Oooo.... Baru aku perasankan dia. Oooo....

Dalam ROCK, mamat drummer yang 'black' tu - Syam, kawan aku. Ha ha.

Dalam ALI SETAN, mamat yang main gitar kat dalam keretapi tu - Razak, kawan aku. Juga. Ha ha.

Apsal kawan2 aku yang berlakon filem semuanya tak handsome. HA HA.

Ted,
'Suara' tu Dhojee ke? Muerekekekekekeeee...

Komuter dan LRT lalu - memang rezeki diaorang aaa... Kena buat kenduri doa selamat kat Crossroad tu weh... HA HA.

Aaaa, sorry sorry, kenduri doa selamat kena buat kat masjid, sorry sorry, aaaa...

Disember 05, 2006 10:10 PG

 
Blogger ayobkelubi said...

betul lah,sebelah aku pun ada oik,oik main telepon,anak beranak lak tu!.tensen aku!

Disember 05, 2006 10:21 PG

 
Blogger Ajami Hashim said...

"Tak guna! Errr... izinkan saya untuk campak handphone ke luar ya!"
~versi LPF

"Hoi babi sial lahanat! kau nak ke aku campak handphone, engkau dgn boipren kau sekali ke luar?" ~versi director's cut (hanya boleh didpti dr apek dvd haram siap ada TMO, VO director & sekeping poskad!)

Muerekekekekekeeee...

Disember 05, 2006 11:21 PG

 
Blogger MHidzir aka Embun said...

aku selalu menutup henfon (beserta bunyi ringtone penutup sekali.. heheh) sebelum wayang bermula..

oh prihatinnya aku..
dan, aku takde awek..

Disember 05, 2006 12:30 PTG

 
Blogger Unknown said...

wa mmg ske que haidar..tp x sempat tgk la...tunggu raya yek sure kluar tv.

Disember 05, 2006 2:06 PTG

 
Blogger Unknown said...

dude. org laki tak bulih nangis. x kewl. :)

Disember 05, 2006 3:03 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Yob,
Kau maki jer weh!
Kalau kau takut nak kata, "oit babi!", kau sound je, "oit gajah!"... Sure dia ngelabahnya apaila kau maki dia 'gajah'.... Sure lepas tu dia pergi klinik; mintak pil diet. HA HA.

Bicara,
Ada poskad sekali? Hairan...

Emp,
Kalau tak ada awek - pergi join Amir Mukhriz. Dia gay! Ha ha.

Amora,
Hari raya tayang filem-filem prof. madya je la awak. Ha ha.

Mulan,
Psssssssssssssssssst! Ada orang kata, nama betul dia SAIFUL. Psst pssst pssstttt... HA HA.

Kelam,
Rasulullah pun pernah menangis jugakan! :)

Disember 05, 2006 3:55 PTG

 
Blogger Amyz! said...

bab* tu tak nangis ke?

Disember 05, 2006 4:14 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Amyz,
Tak.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Hampeh luh! Ha ha.

Disember 05, 2006 5:11 PTG

 
Blogger rudy bluehikari said...

bila kau nak buat poster filem plak.. tingin tgk minda bawah sedar ko nyer punyer idea...

Disember 05, 2006 5:22 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Rudy,
Pemikiran di bawah sedar aku:
http://cowgumrubber.blogspot.com

Disember 05, 2006 5:50 PTG

 
Blogger Ajami Hashim said...

sinaganaga,

ptg ni aku nk gi tgk 'cinta' for the 2nd time! so, aku cuba aplikasikn tips men-sound dr ko itu spt berikut:

"oit! tapir! balik kandang ko!" (sambil membaling cawan coke yg sudah habis tapi masih ada bp ketul ais batu dlm tu!)

tralalalala..

p/s: poskad tuh ada pic babs* & ucapan "sila off-kan hp anda atau anda sama mcm photo ini!" >> utk diedarkn kpd pengguna hp dlm cinema.

Disember 05, 2006 6:01 PTG

 
Blogger doff said...

ooo black citer rock tu kawan enche naga ker? oooooooo kita sukaaa. selamba kelakar jer muka.

Disember 06, 2006 9:03 PG

 
Blogger Nazri said...

elyana comel siot

Disember 06, 2006 10:22 PG

 
Blogger Nazri said...

aku suka tengok elyana time dia senyum. Comel.

Disember 06, 2006 10:22 PG

 
Blogger Nazri said...

kalau dia tukar jadi tapak sulaiman, aku dah tak suka kat dia sebab tapak sulaiman tak comel.

Disember 06, 2006 10:23 PG

 
Blogger Nazri said...

tapi kalau dia bertukar jadi kucing, aku suka sebab kucing comel. Maksud aku Elyana.

Disember 06, 2006 10:24 PG

 
Blogger Nazri said...

Elyana adalah manusia yang berbakat. Dia boleh menyanyi dan pandai berlakon. Tapi kalau dia jadi kucing dia dah tak boleh berlakon kecuali dalam filem yang ada kucing macam filem Stuart Little.

Disember 06, 2006 10:25 PG

 
Blogger Nazri said...

Elyana adalah ikon kecomelan dalam industri hiburan Malaysia.

Disember 06, 2006 10:26 PG

 
Blogger Nazri said...

Tapi Selma Blair pun comel jugak, cuma dah tua sedikit. eh, Elyana comel lagi rasanya, cuma Selma Blair tu dlam kategori comel jugak.

Disember 06, 2006 10:26 PG

 
Blogger Nazri said...

Ishhhhh...tak boleh buat kerja aku memikirkan kecomelan Elyana...tata...

Disember 06, 2006 10:27 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Bicara,
Selamat mencuba! :)

Dof,
Bukan si penyanyi. Tapi si pemukul drum bagi kugiran 'black' tu.

Vovin,
Elyana macam kucing?
Tapi... Sufian Abas benci kucing. Ha ha.

Disember 06, 2006 11:00 PG

 
Blogger arianna adrizal said...

pakcik pun suka tgk cinta ya. hmm,ini membuktikan cinta mmg universal. sesuai tuk yg muda mcm saya ;p dan yang tak berapa muda mcm pakcik. hahaha!!

vovin tu nape sebut2 psl elyana? rasnya dia tak blakon dlm cinta pun... hu~ ni dah kes gila bayang :D

Disember 06, 2006 3:47 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

saya tengok 2 (sebut macam iklan yakult) kali.

segala macam binatang pun ikut tgk filem Cinta nih yer, memang sangat bagus la agaknya ataupun mereka promo sampai ke zoo..agaknya lah!

Disember 11, 2006 5:34 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

Buku teks bukannya hakmilik kerajaan tapi satu anugerah -Feel free to read my review.

Disember 17, 2006 5:34 PG

 
Blogger MHidzir aka Embun said...

Yeay!
Aku dah tgk filem cinta..
Yeay!

Disember 18, 2006 9:29 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home