"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

14 Disember 2006

Momiji

Hari itu. Lewat musim luruh. Yang merontokkan daun-daun momiji. Satu satu. Bertabur menjadi hamparan warna-warni. Dan. Logikapun terkunci.

Kiko beritahu. Handphone yang aku hadiahkan itu. Sudah tak cantik lagi. Pada pandangan matanya. Jadi, dia mahu beli yang lain!

Aku beritahu Kiko. Dia perempuan yang tak tahu menghargai. Tidak seperti aku… kasut suede hadiah darinya tiga tahun lepas tu, walaupun sempit, aku tetap pakai sehingga sekarang! Tidak seperti dia… Aku lelaki yang tahu menghargai. Aku beritahu Kiko.

“Hah? Kenapa tak beritahu aku? Bodoh sungguh kau ni…” Mata sepetnya terbeliak. Tetapi, tetap saja tidak bulat. Kemudian, kembali menyepet; membentuk garis lurus. Senyumnya kembang, kemudian.

Logikapun terkunci. Dan. Bertabur menjadi hamparan warna-warni. Satu satu. Yang merontokkan daun-daun momiji. Lewat musim luruh. Hari itu.

29 Comments:

Anonymous Tanpa Nama said...

Dude, kamu bukan ke berselipar jepun yg cute tu?

Disember 15, 2006 1:51 PG

 
Blogger tuan tanah said...

kiko.

hehe.
founder jenama kiko ke?

Disember 15, 2006 3:18 PG

 
Blogger Cat Cat said...

Kiko tu girlfriend amoi jepun Abang Naga ke?

Sedap namanya. Mesti cantik & comel.

Cath

Disember 15, 2006 3:20 PG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

teringat akiko thompson, jaguh renang dari sebuah negara pembekal telemuvi di sukan sea dulu.

Disember 15, 2006 3:45 PG

 
Blogger June said...

cis! entri beremosi!

kau marah siapa ni?

Disember 15, 2006 7:50 PG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

alaa.. alasan poket kering! hahah

Disember 15, 2006 10:59 PG

 
Blogger Unknown said...

bro! taktik zaman jepun tu.. sib baik lu cakap ngan kiko kalau ckp ngan wa... ha ha

Disember 15, 2006 11:20 PG

 
Blogger Ron97 said...

benar benarnya,
kasut tu masih ok lg kan?
cuma hang cari asalan saja kan?

Disember 15, 2006 12:17 PTG

 
Blogger Tok Rimau said...

Kau lebih memerlukan telefon baru. Ya telefon berkamera.

Disember 15, 2006 12:34 PTG

 
Blogger dugongsenyum said...

betul kata tok rimau tu, sokong lapan ratus peratus haha

Disember 15, 2006 2:18 PTG

 
Blogger Lan Rambai said...

lepas senyuman dia jadi kembang.. apa lagi yang kembang.

ps - ko punya pasal aku tgk wayang cerita melayu - nasib baik ok haha

Disember 15, 2006 3:17 PTG

 
Blogger ontahsapo said...

setuju dgn kiko...

Disember 15, 2006 4:09 PTG

 
Blogger cik puan daun said...

perempuan mmg memandang materi. :) termasuk la saya.

tokrimau: telefon berkamera tanpa creadit untuk call out dan balas sms pon tak berguna jugak. :P

Disember 15, 2006 4:09 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

Mungkin sebab kau pakai kasut tu waktu tengahari. Kaki tengah mengembang. Cuba kau pakai waktu malam. Waktu kaki tidak mengembang.

mmmmmmmm.

haha

(ini mungkin komen berulang. sebab aku dah tulis tadi, tiba-tiba ia hilang)

Disember 15, 2006 4:30 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

Telefon camera saja tak cukup. Kena ada MMS sekali. Baru boleh ambik gambar bersama peminat dan MMS pada Tok Rimau hehehe

Disember 15, 2006 4:36 PTG

 
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Daun Momiji tu daun apa ekk....?

Disember 15, 2006 5:03 PTG

 
Blogger dugongsenyum said...

blackpurple,

jom cari kat google / yahoo image

Disember 15, 2006 5:15 PTG

 
Blogger Rie said...

ayat romeo memang cam tu. aku tau kau punya akal. hohoho

Disember 15, 2006 5:21 PTG

 
Blogger Pegawai Khalwat said...

Naga dibodohkan?

Ciss! Nak kena ni!

Disember 15, 2006 6:48 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Pakcik,
Kasut tu sempit. So, kena pakai selipar Jepunlah.

Tanah,
Nama dia panjang lagi. Panggil KIKO sajalah.

Cat,
Kalau tak comel kalau tak cantik - mana boleh jadi GF aku. HA HA.

Molus,
"Mana ada marah? Aku nasihat jee..." Kata P. Ramlee.


Kelam,
Telefon tu baru lagi, elok lagi, kenapa nak tukar baru?

Kalau orang lelaki kata, "You ni dah tak cantiklah bagi pandangan mata I. I ingat nak tukar yang barulah!"... kau rasa, orang perempuan marah tak? Ha ha.

Amora,
Kalau wa yang cakap kat lu - lu nak apa2kan wa? HA HA.

Ron,
Kasut tu memang sempit!

Rimau,
Ya. Dan, masuk yang terlatest ni - dah 3 handphone dah aku belikan untuk dia. 1. Dia hempas kasi punah, 2. Jatuh dalam lubang jamban. 3. "Jangan belikan yang sama dengan yang jatuh dalam lubang jamban tu ya... Nak yang lain!" Kata dia.

HA HA.

Dug,
Sokong? Sokong membawa rebah??

Ram,
Ha ha. Tak ada apa2 yang kembang. Sakura kembang bulan April. :)

Ontah,
PEMBELOT!!!!
Ha ha.

Daun,
Jangan! Berdosa... :) Kat neraka tu tak ada airkon!!!

Kirana,
Oit2! Kasut panjat gunung aku - HiTech - masih elok lagi. Aku simpan ooo... Kenangan tu... Banyak jasanya ooo...

Faent,
Aku tunggu peminat datang dan kata, "Enche Naga, nak amek gambar peluk2 dengan enche, boleh?" HA HA.

Purp,
Aaa.. ia, aaaa... ia macam daun jugalah! HA HA.

Esis,
Aku bukan Encik Kasanova ke, dude?

Khal,
Ha ha. Takpe takpe, doa orang teraniaya ni makbul, dude!

Disember 15, 2006 10:34 PTG

 
Blogger Unknown said...

Seronok dengar celoteh kau yang penuh RIAK tu...hehehe. Terima kasih temankan, bayarkan lunch aku...next time aku 'melanja' lu eh!

Disember 16, 2006 11:26 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Gal,
HA HA. Dalam Hikayat Hang Tuah - Raden Galoh pernah jadi sultan Melaka dan pada ketika itu Melaka jatuh ke tangan Benggali Putih. Ha ha. Moralnya? HA HA...

Disember 16, 2006 2:09 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

dapat kasut baru tak?

Disember 16, 2006 10:59 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

pakcik naga ni bercinta ngn org jepoon ke???????? jeles lakkk

Disember 16, 2006 11:38 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

Antara filim-filim rahim Razali, ahmad yatim, khalid salleh dan engkau.

Shot artistik filim 'Cinta' kau lebih menakjubkan sementelah di ambil dari corong lubang jamban.

Ha ha ha ha

Disember 17, 2006 5:40 PTG

 
Blogger Keluarga Zulkarnain said...

And then? Bagaimana Pak?

Kau dibelikan kasut lagi oleh Kiko?

Haha

Bunda SHafiya

http://keluargazulkarnain.blogspot.com

Disember 17, 2006 9:11 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

Bagus betul Kiko tu.

Disember 18, 2006 7:27 PTG

 
Blogger MHidzir aka Embun said...

Orang kata, lelaki kaki besar mempunyai.. err.. tak sesuai lah aku tulis di sini.. Aku bisik je la ye?

Disember 18, 2006 9:21 PTG

 
Blogger rasso said...

kasut puma saya itew dah 4 tahun digunakan... semakin besar... terpaksa memakai stoking untuk menampung muatan...

kalaulah boleh pakai selipar jepung ke kuliah akan saya pakai juga

Disember 20, 2006 5:56 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home