"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

13 Disember 2006

Beret

“Beret kau macam beret tukang masaklah, squad! Selekeh!” Kata Sarjan Leman.

“Jadi, nak buat macam mana, jan?”, Tanya aku.

“Kau pergi masak air panas! Kemudian, kau celur beret tu! Kasi angkat keluar… kasi perah! Kemudian, (dalam basah-basah tu) kau acu beret tu kat atas kepala. Kasi lurut ke kanan... (setelah terbentuk cantik) kasi tanggal perlahan-lahan. Kemudian, kau jemur beret tu!” Kata Sarjan Leman.

“Ok, jan! Nanti saya buat, ya!” Kata aku.

“Oit-oit! Mana nak pergi tu?” Tanya Sarjan Leman.

“Nak kena pergi (ke) cookhouse, jan! Kena denda kopek bawang!!!!!” Kata aku.

Dari hujung mata, aku nampak Sarjan Leman sedang mengaru-garu celah kelangkangnya yang tak gatal, “Oit-oit! Aku tak habis cakap lagi ni….”

14 Comments:

Blogger Anonymous said...

ko tak habis2 dengan bawang dude!

Cerita lain la pulak...lengkuas ke, daun sadri ke, pucuk pegaga ke, kembang semangkuk ke, bunga kantan ke, halia ke...

pucuk putat ke...

Disember 13, 2006 4:14 PTG

 
Blogger Anonymous said...

dahlah ko mencarut lagi dengan bawang tuh...

Disember 13, 2006 4:15 PTG

 
Blogger irdhi_hayati said...

dia pinjam dgn chef kut..x pun ngan chef wan hehehe

Disember 13, 2006 4:39 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Po,
PUCUK PUTAT? Ape kebarangnya tu?
Ha ha.

Irdhi,
Beret baru memang macam tu - tak boleh dilentur. :)

Disember 13, 2006 4:56 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

bukan ubi kentang?

Disember 13, 2006 11:12 PTG

 
Blogger ontahsapo said...

pegi kopek bawang pun pakai beret ker...?

Disember 13, 2006 11:51 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

mana en naga tau tempat sajan leman tu garu tak gatal?

baru tu bawang merah barang putih ye, hari ni KOPEK (bukan kupas ke)bawang pulak. Bwg yg mana satu?

Disember 14, 2006 2:23 PG

 
Blogger . said...

mana tau tak gatal?hehe.

Disember 14, 2006 8:09 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Bin,
Bukan. Bawang! Ha ha.

Ontah,
Kena pakai. Kaau di luar bangunan kena pakai. Dah masuk cookhouse - baru buka.

Pakcik, Nizi,
Aku syak saja. :)

Disember 14, 2006 11:20 PG

 
Blogger Unknown said...

bawang apa lu kupas bro. bawang merah ke putih...kunyit x de ke? he he..

Disember 14, 2006 11:53 PG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

aku kopek bawang mesti nangis.

entah. :P

Disember 14, 2006 4:26 PTG

 
Blogger Rie said...

aku suka kopek bawang besar je. senang.

Disember 14, 2006 7:50 PTG

 
Blogger MHidzir aka Embun said...

Aku suka kopek bawang. Tak kisah la besar atau kecil. Asal kopek.

Disember 14, 2006 10:45 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Amora,
Bawang merah jambu, rasanya, entah! Ha ha.

Kelam,
Usaha lagi! Perbanyakkan latihan. Ha ha.

Esis,
Aku pun suka bawang BESAR! :)

Emp,
Ha ha. Aku pun suka kopek juga.

Disember 14, 2006 10:58 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home