"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

19 September 2010

Menjelang PRU13: Dakwah

Semenjak akhbar melaporkan Ayah Nick menyeru orang Cina [Islam] agar turut menyampaikan dakwah kepada orang Melayu - Cina Goh pun tidak mahu ketinggalan untuk turut ber'dakwah' kepada kaum ibu di Stingarden yang aman permai itu.

"Nyonya-nyonya semua ada pernah tengok filem Internal Affair tak?" Cina Goh memulakan 'dakwah'nya.

Kak Pinoi angguk. Sepiah Mata Smokey angguk. Ani Beyonce angguk. Timah Lawa yang sedang memotong keh buah pun angguk juga. Semenjak Man In The Net 'main' kat TV3 - mereka memang tak pernah miss tengok cerita Cina.

"Dalam itu filem, lo hah, samseng hantar dia punya orang masuk polis, polis hantar dia punya orang masuk samseng," pokpek pokpek Cina Goh lagi, "Ini filem serupa macam Melaysia punya senario politik jugalah, lo hoh, LEBAMATA hantar dia punya orang masuk AMNO, AMNO hantar dia punya orang masuk LEBAMATA. Hoh, hujung-hujung, kita pun tak tau siapa akan kenyang siapa akan lapar!"

Kak Pinoi angguk. Sepiah Mata Smokey angguk. Ani Beyonce angguk. Timah Lawa tanya Cina Goh sama ada dia nak tambah ketupat dan rendang lagi ke tidak.

"Sudah kenyanglah, Nyonya!" kata Cina Goh, "Tapi, kalau mau kasi tambah satu dua ketoi lagi, apalah salahnyeeeee!"

Label:

9 Comments:

Blogger Corey said...

Entri mengisahkan dua puak perdana bercakaran yang akan makan ketupat dan kuah kacang di meja yang sama ketika hari raya.Apapehal pun.Selamat hari raya..bang.

September 20, 2010 12:23 PG

 
Blogger farwalis said...

apalah salahnyaaaa ditambah ketupat dengan rendang daging untuk semua orang.

September 20, 2010 8:24 PG

 
Blogger Bukan Sepet said...

Waa... internal Affair eh?
Itu andy lau, tony leung punya bukan? tau. tau.

LEBAMATA ka AMNO ka.. eh, mana satu yg ada andy lau weh?

September 20, 2010 10:10 PG

 
Blogger Hambali ® said...

lemabata amno bulanterang loketmelah yem-ai-si yem-si-a

September 20, 2010 11:01 PG

 
Blogger araaz said...

Usha sana, usha sini,jemput lawt & follow blog araaz yerk, maklumla umur blog araaz ni baru berusia 22hr, msh baby lagi tu.he :-)

September 21, 2010 12:10 PG

 
Blogger Pegawai Khalwat said...

Habis? Parti mana kongsi gelap parti mana polis?

Tapi memang betoi, apa-apa pun semua parti kongsi makan rendang dan ketupat.

September 21, 2010 8:48 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Kori,
:) Kita juga la yang dok macam ni juga.

Wis,
Ya ya. :)

Sep,
Man In The Net still number one, ho!

Ham,
Yammmmmmmm seng! :)

Raz,
:)

Khal,
:) Kita juga la yang dok macam ni juga, mmm.

Weh, tinggal nombor handphone hang kat emel aku: sinaganaga1547 at yahoo dot com

Bila 'play' kat Kl tu? Nak kena susun timetable aku ni.

September 21, 2010 8:59 PG

 
Blogger Amiene Rev said...

rendang itik serati sedap.

September 21, 2010 6:47 PTG

 
Blogger dugongsenyum said...

makan ketika lapar, berhenti ketika tengah sedap2 makan. ada berani? haha

September 25, 2010 10:30 PG

 

Catat Ulasan

<< Home