Kekalahan yang telah dijangka, makanya saya tidaklah gelisah seperti yang lain-lain
Ini Mesyuarat Agung PENA yang ketiga kali (jika tidak salah saya) pernah saya hadiri.
Yang pertama kali - ketika saya tiba, mesyuarat telah tamat, dan orang banyak sedang menyenduk nasi.
Yang kedua kali - ketika saya tiba, Tan Sri Jins Shamsuddin sedang membuat ucapan pengulungan (jika tidak salah saya), Zalila Isa sedang menyandar di bingkai tingkap dan kletek kletek menbidik kamera, dan Dr. Ahmad Razali datang bertanya, "Kenapa lambat?" Saya jawab, "Baru bangun tidur, Pakcik!"
[Orang banyak di PENA memanggil Dr. Ahmad Razali - Ayahnda. Tapi, saya memanggil beliau - Pakcik. Sebab, 1. Bekas kekasih saya (yang bersekolah di Sains Raub itu) - anak saudara beliau. 2. Anak-anak beliau - kawan baik saya. 3. Ketika remaja, saya selalu tidur baring makan minum di rumah beliau di Morib - sudah terbiasa memanggilnya Pakcik.]
Yang ketiga kali ini - saya tanam tekad, saya bangun awal pagi, bersiap-siap hendak ke Rumah PENA, dan saya titipkan pesanan ringkas kepada Setiausaha Agung PENA, 'Otw. Dah ada yang baling-baling kerusi ke? He he.' Beliau membalas, 'Cepat! Pagi-pagi dah ada yang nak merusuh ni! He he.'
Saya tiba di Rumah PENA 30 minit awal, bersalaman dengan beberapa orang, bersarapan pagi (minum kopi o dan makan karipap), dan mencongak-congak calon yang hendak saya undi.
Mesyuarat dimulakan, saya mengawal punat PA System, Datuk Baha berucap, Pak Anas K. Hadimaja membelasah tum tam tum tam, SM Zakir menjawab antara entahkan menahan marah entahkan gugup entahkan apa, dan Nazmi (BH) menaip laporan dengan begitu panjang lebar.
Proses demokrasi berlangsung, saya dicalonkan untuk dua jawatan: AJK dan Pemeriksa Kira-kira, ahaks. Apabila nama Zalila Isa dipotong (kerana tidak hadir), Nazmi menarik diri (kononnya, atas alasan 'conflict of interest'), saya pun mengambil langkah yang sama - untuk tidak bertanding jawatan AJK, he he.
Maka, untuk menjaga air muka tuan rumah dan orang yang mencalonkan saya (saya tidak tahu siapa), cewah, saya hanya bersetuju untuk bertanding bagi jawatan Pemeriksa Kira-kira sahajalah (dengan anggapan, alaaaah, check akaun, kerja enteng sahaja ni, he he).
Tap! Saya lupa, walaupun Wak Saring tidak mempertahankan jawatan Pemeriksa Kira-kira pada kali ini - lawan saya yang lain-lain bukannya calang-calang orang: 1. Bang Azrar (menjadi Pemeriksa Kira-kira PENA untuk sekian lama), Wan Zaida (menjadi Setiausaha Kerja Pertemuan Penyair Nusantara), 3. Rajeswari (AJK PENA). Makanya, saya sudah jangka yang saya memang sudah tiada peluang, ha ha. Berkongsi rasa 'sudah jangka' saya itu - Nazmi, si wartawan BH yang asyik mengekek-ngekek sejak dari tadi. (Sebagai rekod: Nazmi pernah menganggotai Sindiket Sol-Jah. Saya buang dia sebab 'gol' perjuangan kami tak sama, HA HA). Maka, saya tidaklah merasa gelisah di sepanjang pertandingan empat penjuru ini. Cewaaaaah!
Dipendekkan cerita - saya hanya mendapat 10 undi dan saya kalah. Apabila saya congak-congak kembali kawan-kawan PENA yang betul-betul saya kenal ketika Mesyuarat Agung ini berlangsung, (10 orang sahaja jumlah kesemuanya), dan jika saya turut mengundi nama saya sendiri - maka, saya syak bahawa Nazmi tidak mengundi saya! HA HA HA HA HA. ["Tak gunaaaaaaaaa!" kata Shin Chan.]
Akhirnya, saya dan Nazmi pergi makan lemang, rendang, ulam jantung pisang cicah sambal belacan, dan lauk ikan. "Tak makan nasi ke?" tanya Pengerusi Tetap PENA. "Diet!" jawab saya. Dia tak tahu yang saya sudah banyak 'round' dok belasah makan ulam jantung pisang cicah sambal belacan tu! Syyyy....
Tidak hairan ungkapan yang saya ulang termasuk kepada Sinaganaga (yang kami jenakakan hanya dikenali 10 ahli meskipun setiap bulan berhempas-pulas mengadakan Maskara) bahawa: “Ada pemimpin yang meskipun menang, dia tetap kecewa. Tapi Baha Zain, meskipun kalah, dia tetap lega.” tulis Nazmi Yaakub dalam 'Pasca-pemilihan PENA: Baha Zain yang tetap tenang'.
5 Comments:
cuba undi guna online tengok... x kira ahli atau tak...
sure lu menang nyer! hahaha!
(boleh ke?)
10 kira baik ler tu dari tak ada.
Oktober 05, 2010 5:12 PTG
Errr... borang pencalonan pemeriksa kira-kira kena hantar ka?
tap! tap! *tepuk dahi
aku ingat nak kena buat akaun, imbang dulu, baru hantar
kalau masuk yg patut aku hantar, ko dapat 11 undi
kah kah kah
ps - bro, buat maskara sebulan sekali, baru dapat 10 undi. maknanya kena buat sebulan dua kali, kasi up 20 undi.
satu lagi cara pintas, ko masukkan pengundi hantu. 20 geng yg baca maskara, ko dah boleh tumbangkan saleeh rahamad tiga tahun lagi! kah kah kah
Oktober 05, 2010 5:21 PTG
berat ko tulis ni. tak ramai berani nak mengulas. kih kih kih
Oktober 06, 2010 10:21 PG
Betullah. Serius sangat ni.
Oktober 06, 2010 12:01 PTG
errr gua tak nak ulas; gua maintain lagi kekal ahli tidak bersekutu. Kalau gua datang, pengundi hantu sah ada sorang. Ahaks!
Oktober 08, 2010 11:16 PG
Catat Ulasan
<< Home