"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

26 Oktober 2010

Hantu Kak Limah Balik Rumah, Bahagian 1

‘Bila kita ingat orang – orang akan ingat kita!’

KOMA

“Bu~shed (Bullshit)!!!” teriak Hussin (lakonan Awie Wings).

Kadang-kadang, orang banyak merasakan, apabila kita tidak lagi menjadi kita – a’hah, itu lambang ‘kita lebih maju setapak dari orang lain’.

Kadang-kadang, orang banyak merasakan, apabila kita bertutur dalam bahasa Inggeris, walau entahkan betul entahkan tidak bunyi sebutannya –itu prestij, itu lambang kita lebih maju dari orang lain (ironinya kita amat percaya – kita tidaklah akan lebih maju dari orang Inggeris itu sendiri). Ya, hal ini terlalu benar bagi Hussin.

Bagi Hussin, memperolehi SPM pangkat tiga (Abang Mamat Khalid beritahu: Hussin dapat SPM pangkat tiga. Tapi, saya syak: Hussin hanya dapat Sijil Am Pelajaran sahaja) tidak akan menjadikannya lelaki lebih baik (a better man).

Bagi Hussin, nak mengorat pun – sekurang-kurangnya perlu ada SPM. Apatah lagi, jika dia ingin menyunting perempuan pujaannya untuk dibuat bini; bernikah dan berkenduri kendara selama tiga hari tiga malam; seterusnya mempunyai anak setengah dozen; seterusnya dicalonkan untuk menjadi Ketua Cawangan; seterusnya dicalonkan untuk menjadi Ketua Bahagian; seterusnya dicalonkan untuk menjadi Majlis Tertinggi; seterusnya… “Udoh le tu, Yeop! Bagi oghang lain le jadi Naib Presiden… cukup-cukuplah teman jadi AJK Cawangan, ye…!”

Hussin sedar, dalam dunia politik ada banyak wayang, dalam dunia politik ada banyak orang main silap mata. “Kalu idok oghang kite – oghang demeh yang suke main-main akrobatik ni! HA HA!”

Hussin juga sedar, dalam dunia politik ada banyak hantu, dalam dunia politik ada banyak magis. “Jadi ‘oghang atas-atas’ ni susoh bebeno nok kene ‘buatan oghang’. Sebabnye, ‘oghang atas-atas’ ni makai pendindinggggg…. power, ngalohkan pawang, ye...! Pernoh dengar Presiden kene santau? Hah! Mane pernohnyeeee!!!!”

Bagi Hussin, hanya yang menjadi pelopor dan menjadi yang berada ‘di atas’ sahaja akan dimuliakan orang; orang akan memandang ‘tinggi’ kepada kita, orang akan mendengar pendapat dan cakap-cakap kita, orang akan mengingati kita sampai bila-bila.

[Sesetengah orang percaya: Bila dia jadi pelopor – orang banyak akan ingatkan dia – bila dia mati nanti – orang banyak akan doakan dia – maka, lubang kubur dia akan lapang dan terang selalu.]

Ya! Hussin nak menjadi pelopor, Hussin nak menjadi orang yang berada ‘di atas’. Tetapi, Hussin nak menjadi orang ‘di atas’ yang sentiasa ingatkan orang ‘di bawah’! Bila orang ‘di atas’ ingat orang ‘di bawah’ – nescaya, orang ‘di bawah’ akan ingatkan orang ‘di atas’ juga - hah, barulah orang nak mengundi kita! *ahaks*

‘Bila kita ingat orang – orang akan ingat kita!’

Maka, untuk itu - (untuk mengambil SPM berkali-kali – Hussin dah tak mampu) Hussin mengambil keputusan untuk bertualang. Hussin ke Singapore. Bekerja. Menyimpan duit. Membeli motosikal besar. Dan bertutur dalam bahasa Melayu berselang Inggeris.

“Bu~shed (Bullshit)!!!” teriak Hussin.

9 Comments:

Blogger Unknown said...

first!

Oktober 26, 2010 5:47 PTG

 
Blogger Corey said...

3rd?

Apasal takde sekelumit pun nama kak Limah dalam entri.Keluar Tajuk hussin ni.Agaknya memang SAP kot.Entri lu memang ada unsur gila kuasa ni bang..keh keh keh

Oktober 26, 2010 8:17 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Kori,
Kena tunggu sambungan bahagian seterusnya.

Oktober 26, 2010 9:24 PTG

 
Blogger Unknown said...

bila nak kuar zombie nya?

Oktober 27, 2010 9:51 PG

 
Blogger fadz said...

ni bukan ulasan yob! buat penat mata je menyeka!

Oktober 27, 2010 2:50 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Yeop Fadz,
Filem belum tayang - tak boleh nak bertanding FFM23 kategori 'box office' pun - well, takkan nak ulas ala-ala spoiler! HA HA.

Kita bagi 'runcit-runcit' 'je dulu. :)

Oktober 27, 2010 5:07 PTG

 
Blogger amirnazrin said...

husin balik dr singapore baru jmpe mak limah kan.haha..
'mak limah, x tgk akademi fantasia ke.takkan x minat ac mizal...'

Oktober 28, 2010 12:20 PG

 
Blogger Bukan Sepet said...

... husin, husin.

kamu kabor kat usin:

Saborler usin.. demer org atas, kamu tu org bwh. tapi jangan kamu luper usin, org bwh ni untung. pasal takder lagi durian runtuh ke atas. pakat kebaaaaawaaahhh belaka! cuma kamu ler kener belajor ilmu mengelak... idok ler kamu tu nanti terpenyek jadi tempoyak!

Eh, jom kiter ke kedai pak munawer?

.

Oktober 28, 2010 9:59 PG

 
Blogger cik puan daun said...

Ni bukan cerita zombie.. yang dulu tu pun miscommunication aje... ahahaha

Disember 14, 2010 3:49 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home