Dulu-dulu, orang Melayu ni miskin
Dulu-dulu, mana ada PNB (1978). Dulu-dulu mana ada ASN (1981). Dulu-dulu, mana ada ASB (1990). Dulu-dulu, mana ada Along Bukit Beruntung (90-an - present). Dulu-dulu, kalau nak pinjam bank - kena ada penjamin, kena letak sandaran - dan, orang Melayu ni tak ada tempat nak bersandar, apatah lagi tempat nak bergantung harap.
Abah nak bina rumah 'haram'. Tapi, macam orang-orang Melayu lain - abah miskin, tak cukup duit, pencen sol-jah berapa sen lah sangat. Mak kata, "Tu la... dulu suruh mintak Felda - tak mau! Kalau tak... kita dah senang dah, dah ada rumah sendiri dah!" Abah campak rokok Gold Leaf ke tanah, putungnya masih berasap, bengganglah tu, konon.
Suatu hari, abah bawa aku pergi makan angin ke Leboh Ampang. Abah masuk ke dalam satu kedai. Di dalam kedai tu ada pangkin-pangkin kayu. Di atas pangkin-pangkin kayu tu ada orang-orang India sedang duduk. Satu pangkin kayu untuk satu orang India duduk. Ada sekitar empat lima orang India di dalam kedai tu. Mereka duduk bersila macam tok pekong!
Abah duduk di atas lantai. Maknanya, abah duduk satu level lebih rendah daripada orang India itu duduk; macam cerita raja-raja dengan panglima zaman dahulukala. Di hadapan mereka ada satu rehal. Di atas rehal tu ada senaskhah buku besar (sebesar buku Panjar Wang Runcit, ha ha). Orang India tu dan abah pun tulis sesuatu di dalam buku besar itu. Dan, selepas itu orang India tu beri abah duit. Abah ambil dan kami pergi makan roti canai.
Abah kata, "Belen ni nanti abah nak beli beroti, papan, zink, batu blok, simen, paku, ensel, minyak hitam terpakai... abah nak bikin rumah untuk kita!" Aku tercekik. Abah tepuk-tepuk belakang aku. Abah suruh aku makan molek-molek sikit. Lepas tu abah pesan Green Spot satu botol lagi. Aku cakap aku nak tudung botol tu. Sebab di sebelah dalam tudung botol tu ada pelapik getah yang kalau kita kopek - ada lukisan kartun macam-macam.
[Bila dah besar baru aku tahu 'orang India' yang abah jumpa tu sebenarnya ceti ('orang Chettiar'): - loan shark, lintah darat, semacam along Bukit Beruntung-lah juga kaedahnya. Tetapi, dulu-dulu, ceti ni legal lagi rasa-rasanya, he he!]
KOMA
Dulu-dulu, orang Melayu ni miskin.
Ceti juga digambarkan sebagai lelaki India yang berkain putih dan mengelek payung hitam ke hulu ke hilir.
21 Comments:
dan sekarang masih lagi
November 29, 2010 11:49 PG
Takpe, perlahan-lahan kita jadi kaya...
November 29, 2010 11:56 PG
aku suka part tudung botol....ada pelapik getah..nampaknya, zaman lu dgn zaman gua tak jauh bezanya...kah kah kah..
November 29, 2010 12:07 PTG
tapi sekarang, orang yang pinjam ah long tak nampak miskin tau...
malah nampak sgt segak bergaya.
:)
.
November 29, 2010 1:14 PTG
pelapik getah tuh adalah arangan rarae, kalau jual kat bundle mesti laku, aku dulu suka kumpul pelapik getah F&N punya.
ceti kat lebuh ampang dah tutup kedai dah skang
November 29, 2010 1:17 PTG
Kopek pelapik getah belakang tutup botol tu nostalgik sungguh ah.. sampai sekarang saya ada pelak kopek pelapik getah belakang tutup botol tu bro... ahaks..!
November 29, 2010 1:21 PTG
Pelapik getah tu adakalanya adalah syarat untuk masuk peraduan.
Orang panggil tudung botol lemenet.
November 29, 2010 2:11 PTG
Keh,
:)
Ku,
:)
Cikgooden,
Lu mudah satu dua tahun sahaja daripada gua. :)
Tasek,
:)
Dirt,
Semalam lalu di Leboh Ampang - kedai ceti dah tutup = dah diganti dengan rsetorang mamak.
In,
Simpan. Fosil tu. :)
Khal,
Gua pernah menang peraduan 7 Up - pelapik getah gambar binatang-bintang. :)
November 29, 2010 2:35 PTG
Green Spot, indah kenangan itu.
November 29, 2010 3:19 PTG
perghhh green spot.
mmg dinasour abis..kah kah kah
tapi melayu dulu dhaif kan, tapi masih boleh hidop aman damai sekeluarga bahagia.
skang kaya bagai nak mamposs pon tal lena tido malam.hhehe
November 29, 2010 5:37 PTG
part kopek tudung botol green spot ada gambar kartun tu memang aku ingat sangat hahaha.
November 29, 2010 5:53 PTG
Sebelah dalam tudung botol ada pelapik getah yang kalau kita kopek - ada lukisan kartun macam-macam.
Lambat jugak benda tu pupus rupanya.
Aku dah klik 'like' untuk entri ni di Google Reader.
November 29, 2010 7:20 PTG
Kitaorang dulu-dulu tutup botol tu kitaorang leperkan buat main 'ceper'... hehehe..
November 29, 2010 10:40 PTG
dulu2 tudung boltol ni kami leperkan, kemudian digunting jadikan shuriken. baling2 kat pintu dan papan.
November 30, 2010 1:30 PG
Jah,
Weh, dah lama orang Okinawa tak datang menyinggah ni. :)
Jar,
Dah jadi fosil. :)
Pye,
:)
Hana,
Fosil tu. :)
Purp,
:)
Dug,
:)
November 30, 2010 8:34 PG
dulu-dulu, memang miskin dan nilai 10sen banyak boleh beli :) oh gula-gula, coki-coki, keropok..
dulu-dulu, mewah jugak jadi budak-budak :)
November 30, 2010 9:13 PG
woi..apa mencarut sebut kopek-kopek nih?
sekarang ni air Kickapoo pun dah dalam botol plastik.
~po
Disember 01, 2010 1:02 PTG
Dulunya ceti tak simbah cat merah, tak bunuh orang.
En. Bapak Mush juga pernah jumpa cheti..cerita emaklah
Disember 01, 2010 5:07 PTG
Dulu-dulu, 60-70an dulu, di area Kuala Perlis / Pantai Kurong Tengaq, orang kampung pinjam duit ceti, cagaq tanah bendang dekat dengan laut.
Ceti banyak hepi.
Lepas beberapa lama, orang kampung lari malam. Tak bayaq utang.
Ceti banyak hepi.
Ceti p tengok, tanah tu dah jadi laut. Dah dimakan laut. Kunci Tali Air masih ada di tengah laut, area tengah tu ha. Sampai ke saat komen ni ditaip.
Ceti tak hepi lagi dah. Nak kejaq pun, tahun 60-70an. Dulu-dulu, Perlis-KL pun bleh makan sampai satu hari baru sampai ...
Disember 01, 2010 5:35 PTG
kat teluk intan (perak), sampai sekarang masih ada ceti ni.
Disember 04, 2010 1:53 PTG
Mak dulu kurang berduit, tapi nama pun perempuan, nak juga beremas kat tangan dan leher.
Mak beli emas pada dak Kudung. Bayar bulan-bulan. Kalau kira-kira semula, harga ansuran tu dua kali ganda dari harga asal! Tak pe lah, investment kot.
Hari tu saya nampak dak Kudung naik motor cabuk nya. Round-round sekitar kampung. Saya tanya mak, "Mak, dak Kudung tu berniaga emas lagi ke?". Mak kata, "Tak. Dah tak de orang nak beli emas bayar ansur-ansur. Mahal. Boleh beli kat shopping je ni jam. Sekarang dia buat bisnes bagi pinjam duit pulak.."
Saya tepuk dahi.
-http://ahsuez.blogdrive.com-
Disember 06, 2010 4:40 PTG
Catat Ulasan
<< Home