"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

08 Disember 2010

Dulu-dulu, orang Melayu ni miskin. Part 2

Dulu-dulu, kalau orang Melayu nak pergi ke Singapore - tak perlu tukar duit di pengurup wang dulu. Dulu-dulu, orang Melayu pergi ke Singapore bawa duit Melaysia. Dulu-dulu, duit Singapore dengan duit Malaysia sama nilai. Seringgit duit Melaysia sama nilai dengan sedollar duit Singapore.

Dulu-dulu, laici di dalam tin tu barang mewah; bukan senang nak dapat. Dulu-dulu, habis banyak pun, orang Melayu minum aiskerim soda dan minum/makan nenas di dalam tin sahaja. Kalau baru dapat gaji - bolehlah dapat minum Green Spot (Masa ni, Fanta Grape pun belum wujud lagi, ha ha).

Dulu-dulu, kalau orang Melayu nak merasa minum/makan laici di dalam tin - kena kumpul duit dulu - kena tunggu mana-mana bini polis buat rombongan ke Geyland dulu - kemudian, barulah boleh kirim barang setin dua. Bila dah kirim beli laici di dalam tin - makanya, tuala gebu dah tak cukup duit nak kirim dah lah, ha ha.

Bila bini polis dah balik dari rombongan - baruuuuuu dapat minum/makan laici. Itu pun, kena catu. Boleh makan satu biji laici per sekali makan sahaja. Sekali mengadap untuk sekeluarga - lima biji laici gone! Satu tin laici cuma boleh tahan dua tiga hari sahaja. Itu pun, kadang-kadang, dalam satu tin laici tu ada sebiji dua laici yang kenit dan kecut.

"Apo takdo buah laici dalam tin ni, Mak longggg?" Aku tanya, sedikit mengamuk. Memang di dalam tinnya tak ada buah, yang ada cuma air sahaja.

"Mak long toboli laici jus... Mano nak tahukan, dah kek lua tin tu sumo eh ado gamba buah laici... Mak long pun main boli 'jo la!"

Dulu-dulu, kalau tersalah beli laici di dalam tin - kena tunggu bini polis buat rombongan ke Geyland sekali lagi. Itu pun kena tengok dulu sama ada bini OCPD ada masa ke tidak nak organise rombongan.

Mmm, tahun depanlah jawabnya baru dapat minum/makan laici buah, alahai!

19 Comments:

Blogger zan said...

Gila azab nak makan laici dulu2.. mak aku citer (dengan eksennya) yang dulu2 dia kalau nak shopping tak pergi KL, terus turun Singapore. Beli cadar tilam mahal2 (kalau harga KL) dengan suku harga jaa di Geylang road.

Mak aku citer dulu2 la..

Disember 08, 2010 10:29 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

dulu2. nak tgk tv. tgk jiran sebelah punya.haha

Disember 08, 2010 10:50 PTG

 
Blogger basikal said...

kenanya nk bini ngidam nk makan laici dlm tin time tu..kes naya tu

Disember 08, 2010 10:52 PTG

 
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Luxury sungguh laici masa itu ekk...

Disember 08, 2010 10:57 PTG

 
Blogger leez said...

dah ada sinalco dan kickapoo belom?

Disember 08, 2010 11:04 PTG

 
Blogger Mat Jan said...

Geyland tu tempat gay ke?

Disember 08, 2010 11:35 PTG

 
Blogger KeMatZ said...

dulu abah aku selalu kalau gi sana belikan aku mainan.... ialahh.. time tu nilai matawang sama...

skrang jangan mimpi... aku nak gi sendiri pun tak sampai sampai.... sedih...

Disember 08, 2010 11:51 PTG

 
Blogger Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

Gua pun nak tanya macam Mat Jan juga.

Disember 09, 2010 12:25 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Zan,
Azab. Bila orang dulu dah jadi orang sekarang - kadang-kadang mereka lupa dengan azab dulu-dulu tu. :)

Mat,
:)

Hij,
Hai bebeh, lama tak jumpa kau ye. Well, kalau bini mengidam nak makan laici - kena replace dengan langsat sahajalah gamaknya. Eh, dulu-dulu, duku langsat tak ada tau!

Purp,
Ya.

Leez,
Kickapoo & Sinalco dah ada. 7 Up baru nak start ada, belum popular sangat, masih guna botol cenonet.

MJ,
Entah. Rasanya ya. Well, aku pun tak pernah sampai sebenarnya. Paling jauh aku sampai - Arab Street. :)

Kem,
Tahun depan Baca@LRT nak gi Singapore rasanya. Join la.

PP,
Dulu-dulu tak ada gay! Pondan pun cuma ada seorang dua je. Kah kah kah!

Disember 09, 2010 8:42 PG

 
Blogger tasekM said...

dulu2 biskut osborne adalah nikmat. lu tau tak biskut tu bang...?




.

Disember 09, 2010 12:15 PTG

 
Blogger SolitudeInMind said...

Masa kecik dulu saya tak nak puasa kalau mak saya tak beli laici tin tu untuk berbuka puasa. Very demanding tu. anak tak sedo diri tul. :)

Masa tu laici tin tu banyak dah kat KL cuma laici tin tu kire cam brg mewah gak ah masa tu.

Kalau bab silap beli jus laici tin tu biasa. "Lain kali baca jangan tengok gambar laici je beli". Tapi nak buat macam mana masa tu saya 4 tahun membaca tak reti lagi. mak sedara pula rabun. Bukan rabun mata tapi rabun tak kenal huruf. hik!

Disember 09, 2010 12:15 PTG

 
Blogger Ahsuez said...

Hahaha..

Tapi Mak Long dah berusaha.

-http://ahsuez.blogdrive.com-

Disember 09, 2010 12:22 PTG

 
Blogger Anonymous said...

bang..laici dalam tin kuning tu dah tak halal.

Dulu-dulu mana tahu.

~po

Disember 09, 2010 1:24 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Tsek,
Aku makan biskut lagi hina daripada itu lagi - biskut bantal yang keras macam batu tu - cicah kopi o pun tak boleh lembut-lembut. Oh oh, two more - biskut Mary dengan biskut jem. :)

In,
Ngeh ngeh.

Suez,
Ngeh ngeh.

Po,
Demeh bubuh apa dalam laici di dalam tin tu? Air kencing babi?

Disember 09, 2010 1:53 PTG

 
Blogger Hambali ® said...

Sekarang Temasek dah ada laici sendiri. Dia borong rembutan mesia banyak², dan tinkan jadi Singapore Laici ....

Disember 10, 2010 10:25 PG

 
Blogger SolitudeInMind said...

biskut bantal tu yang bulat tu ke bro? kalau tu orang perak panggil roti kape (kapal). boleh patah gigi kalau makan cantu bro.
Biasa roti kape tu masak dengan santan campur gula baru le lembut.

Disember 10, 2010 10:40 PG

 
Blogger kepollica said...

Aku dah tak pergi Singapore sejak Zionis buat kunjungan hormat ke sana... sampailah sekarang tak pernah jejak lagi bumi singa tu.

http://kepollica.blogspot.com/

Disember 10, 2010 10:49 PG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

pembetulan.... geylang, bukan geyland (gayland jauh sekali!). tu tempat yang majoritinya masyarakat melayu sampai sekarang (kot)...

Disember 14, 2010 7:06 PTG

 
Blogger YAMANIBRAHIM said...

ha ha ha... aku ingat peristiwa2 ni.... ha ha ha ha

Disember 22, 2010 10:49 PG

 

Catat Ulasan

<< Home