Kasut budak sekolah pandai (hari pertama gua masuk sekolah menengah)
Malam tu. Gua kemas beg baju.
Gua bubuh: berus gigi, ubat gigi Kolgate, bedak Kutikura, (gua tak bawa minyak rambut Belkrim sebab rambut gua tak lut minyak rambut), sikat gulung, ketip kuku, sabun, shampoo, seluar dalam Spongebob, singlet, tuala, cadar, kelambu, selimut, baldi, berus sabut, sabun FAB buku, baju sekolah, seluar sekolah, baju Melayu pakai sekolah hari Jumaat, seluar Melayu pakai sekolah hari Jumaat, (dalam surat tu kata - sampin kena beli kat sekolah), baju sukan, seluar sukan, kain pelikat, baju Melayu (untuk pergi surau dan pergi prep), baju tempah, seluar tempah, beg kanvas warna lumut, alat tulis, tali pinggang, songkok, sudu, garfu, cawan, Milo, (susu, mak gua lupa bekalkan), water heater, biskut lemak, stoking, selipar, kasut Badminton Master dua pasang, dan kasut kulit bertali warna hitam satu pasang (pakai untuk apa gua tak tahu).
Pagi tu. Gua angkut beg. Masuk dalam Ford GT 2.0 abah gua. Kemudian, abah gua pecut. Ke sekolah pandai. Di Kampung Kongo.
Sampai di pagar sekolah pandai. Budak-budak tingkat dua sehingga tingkatan enam atas. Jalan beratur turun bukit. Pergi kelas.
Gua tengok. Mereka semua. Pakai kasut kulit bertali warna hitam.
Cilakak! ... Perlahan-lahan. Gua sorok kasut Badminton Master. Yang gua sedang pakai. Di belakang kasut Johnson abah gua.
Dalam kepala. Gua fikir. "Kena ada tiga pasang kasut kulit bertali warna hitam baru steady ni!"
27 Comments:
First!
Januari 05, 2011 10:08 PTG
haha. aku punya skull pun kasut kaler hitam. cis.
tapi xperlu nak kasi chalkkan kaler putih
Januari 05, 2011 10:17 PTG
3st<-ntah mane jumpa perkataan ni
Januari 05, 2011 10:27 PTG
Bedak kutikura tu bukan untuk budak yang ada sakit kulit ke? hahaha!
Januari 05, 2011 11:08 PTG
kat sekolah aku pernah ada fasa tali kasut ber'design'. menganyam tali kasut macam tikar untuk menunjukkan gaya individu masing-masing.
Januari 06, 2011 12:13 PG
spongebob mula bersiaran pada tahun 1999
Januari 06, 2011 12:37 PG
Time lu dah ada kes balas dendam lekat chewing gum kat kerusi tak bang...??
Lu try usha >>> http://expressivecore.blogspot.com
Januari 06, 2011 2:16 PG
gua g sekolah pakai "penguin" je bang... simple dan memanjang kena rampas haha
Januari 06, 2011 4:19 PG
sebut psl sek kt kg. congo br perasan yg gua pn dr sek yg same...kire lu ni super senior gua la
Januari 06, 2011 10:27 PG
Kampung Konggo skarang orang panggil Bandar Tun Razak kan? kan? kan?
Januari 06, 2011 10:42 PG
Ni silent reader nk tanya...
SMSS ada enam atas yer? Masa sy xder dah pun. Klu x, mesti banyak lg 'abg handsome'. Penat nk bg 'kom bang' (cantas dr assalammualaikum abang - tiap2 kali selisih senior...hehehe) @ kom kak. Hee
(Errr... ke sy salah sekolah ni?)
Januari 06, 2011 11:48 PG
ford gt tuh..perghh
Januari 06, 2011 12:24 PTG
Mat,
Tapi, kasut kulit bertali warna hitam kena kasi KIWI la pula.
Yee,
:)
Purp,
Bukan. Bedak untuk budak sakit kulit - kotak tin empat segi warna merah.
Amir,
Tu bukan zaman kami.
Hg,
Seluar dalam yang Spongebob pakai tu dah pupus dah sejak tahun 1999. :)
Kori,
tarak!
Fakr,
He he.
Baik,
Hah, apa lagi - gi la amek tray (nasi, lauk, buah, air) kat dewan makan; hantar ke bilik gua! HA HA HA.
Amin,
Ya. Kan, kan, kan!
Waj,
Dulu ada.Tapi, X-SMSS yang masuk Form Six tak ramai. Selalunya budak luar yang masuk. Maka, kalau mengikut seniority - budak Form 3 lebih senior drp budak Upper Six ni (kecuali X-SMSS yang masuk Form Six la). :)
Vir,
Ford GT 2.0 warna cokelat metalik wo, pergh!
Januari 06, 2011 12:31 PTG
Bang Naga (mula nk panggey uncle, tp sebab super duper senior sy, maka guna 'abg' la, heee):
SMSS - heaven.
Lima tahun yg sgt mgembirakan di situ. Klu la blh ulang... sy pastikan tanduk sy akan lbh panjang.:)
(tp tang biskut kering dewan mkn ngan 'makhluk2 x kasar' tu je yg x berapa heaven)
Januari 06, 2011 12:46 PTG
Sangat klasik dengan memori yang surprisingly masih kuat!
Januari 06, 2011 12:49 PTG
brader..gua dulu pakai kasut warrior. Semangat pahlawan.
Apa barang pakai kasut itam. Itu pengawas je.
Tapi masa tu belum ada Shuffle lagi..kalu idak harus Pallas Jazz jadi Pujaan.
~po.
Januari 06, 2011 2:34 PTG
Waj,
Kalau lu panggil gua 'uncle', lu nak panggil Enche Presiden (Rostam) kita apa? Grandpa? Ha ha.
Su,
Weh, anak dah berapa tahun dah ek? Uncle lupa dah ko beranak bila tahun? He he.
Po,
Budak-budak sekolah pandai memang beretika tinggi - tu sebab kena pakai kasut kulit bertali warna hitam. :)
Januari 06, 2011 5:05 PTG
patutnya tulis kasut kulit warna hitam bertali... :P
Januari 07, 2011 1:19 PG
taktik menulis entri dan terus menjadi pengomen pertama adalah satu taktik yang busuk saya kira kehkehkeh...
dalam nota yang lain, budak sekolah gua dipanggil "taik cicak" oleh budak sekolah KaTaK. kasut kulit hitam bertali gua hilang masa minggu orientasi. sungguh sundal.
Januari 07, 2011 9:06 PG
zaman kamu dulu dah ada seluar dalam spongebob ye??
Januari 07, 2011 12:25 PTG
seluar dalam spongebob ni la yg org london panggey seluaq katok tu ye unbang (uncle+abg) Naga?
Januari 07, 2011 2:43 PTG
cheh!
budak sekolah sains rupanya... memang gua anti sangat(dululah... :) ) haha!
(gua budak teknik - line bunuh orang nyer! tapi tu cheras - gua melaka.)
Giler kaya pakai ford Gt.
Januari 07, 2011 3:22 PTG
Lu ada kena skebis dak?
Ha ha ha.
Januari 08, 2011 10:29 PG
Cik,
Kiro halallah - kawe dok belaja linguistik. :)
Pye,
Ha ha ha.
Emira,
Awak ingat Spongebob tu cerita kartun zaman sekarang ke? HA HA HA.
Waja,
Sampai sekarang gua tak faham tentang fungsi 'tingkap/langsir' kat seluar dalam tu. :)
Sep,
Teknik Cheras dengan Sains Selangor = kamcheng.
Bij,
Ada. :)
Januari 09, 2011 6:39 PTG
hang ada rambut ka?
Badminton master tu old school oooo...
Januari 11, 2011 10:55 PG
Bro, entry lu buat gua teringat kenangan kasut AIRWALK HITAM gua dibakar di padang perhimpunan sekolah oleh Cikgu disiplin gua..,
Alasanya mudah..
Gua hanya dibenarkan memakai kasut kulit hitam sepermana yg pelajar lai pakai :)
Januari 11, 2011 11:36 PTG
Khal,
Dah makin terang.
Boh,
:)
Januari 13, 2011 9:31 PTG
Catat Ulasan
<< Home