"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

28 Disember 2010

Wet Tissue

Hah! Cuba lu orang pula tulis certot 'Wet Tissue' dan pos ke ruang komen di blog gua ni - gua nak lek-lek baca karangan lu orang pula! Manalah tahukan, kot-kot terbuka hati gua nak bukukan karya 'Wet Tissue' kita ke, hape ke...

Amacam?

26 Comments:

Blogger artisticklytouch said...

FIRST!! wet tissue gua buat lap-lap tangan. wet tissue brand watson yang ada bau-bau limau nipis.

sambil mengelap, mata gua tertancap pada PC yang memaparkan email-email kerja yang tak kunjung habis.

Disember 28, 2010 3:17 PTG

 
Blogger Fikri Misti said...

"You, bagi i wet tissue."

"Nah."

"Eh, wet-nya tissue ni."

"I baru lap air tumpah tadi. Ahaks."

Disember 28, 2010 3:33 PTG

 
Blogger Unknown said...

naga nak join sol jah tu camne?
apa kriteria yang diperlukan?
apa yang diperjuangkan?

Disember 28, 2010 4:23 PTG

 
Blogger Pokok said...

"Abang.. macam mana ni.. nak lap pakai apa?"

"pakai tisu jer.."

"em.. nanti tissue ni basah plak lepas tu dijadikan bahan bukti pulak.."

"takpe.. nanti kita buang lah jauh-jauh tisu tu"

...................................

MAK MERTUA : "ni sapa punya kerja ni buang "wet tissue" ni bersepah-sepah ni? hah !! dia buat lap kicap pulak. bersepah dapur aku.."

Disember 28, 2010 4:59 PTG

 
Blogger Firol said...

Mak Long Lijah menunggu geng Yassin Kampung Lubuk Lanjut di pondok Surau.

Mak Long Lijah selsema

Dia mengeluarkan tisu dan membuat hembusan mucus pekat likat

Mak Ngah Senah baru sampai dengan peluh menjejeh dimukanya

"Bak sini tisu tu Lijah, aku nak lap peluh" belum Sempat Mak Long Lijah tahan

Zassss..hijau peluh Mak Ngah Senah

Disember 28, 2010 7:32 PTG

 
Blogger Nizam.Ariff said...

Fikirannya menerawang jauh ke langit, berpaut pada kepul-kepul asap sigaret cap suria merah.

Puas. Hati Awang puas. Dia lunjurkan kaki bertumit kematunya, sambil itu dia terus-terus sedut sigaret cap suria merah, tinggal separuh.

Lina terpisat-pisat menggosok mata. Kelabu. Pandangannya kelabu.

"sampai hati you putuskan..."
Lina ambil sehelai tisu bibir, disapunya air yang meleleh pada pipi gebunya. Dicampak 'wet tissue' ke muka Awang.

Dua tiga orang di meja sebelah terhenti makan, menoleh pada Awang...

Disember 28, 2010 9:23 PTG

 
Blogger Anonymous said...

Tisu! Tisu!

Jerit seorang perempuan di dalam satu klip video buatan rumah (home made video).

Kelihatan pasangan beliau bangun dan tergopoh gapah bangkit dari katil dan terus mencari tisu dari dalam kotak di sebelah katil.

Si perempuan tadi terus mencapai kotak tisu itu dan menuju ke bilik air bersangkut (attached bathroom).

Dari dalam bilik air terdengar suara perempuan tadi bernyanyi-nyanyi sambil disusuli dengan bunyi pancuran air.

Kamera terus menyorot langkah-langkah si lelaki ke arah bilik air.

Kelihatan si perempuan itu sedang membasuh...

anaknya yang muntah.

Terdengar si perempuan bertanya..."I kena outstation di Bangkok, u nak ikut?"

o ya, ok ok berbalik pada tajuk.

tisuuu itu pun basah lah.

sekian, terima kasih.

Disember 29, 2010 11:14 PG

 
Blogger . said...

buka google.

taip, tisu basah.

hasil carian,

"kerana tidak mahu mengecewakan pacar, saya selalu menggunakan tisu basah "

OoOoo...idak le tau.

Disember 29, 2010 1:08 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Art,
:)

Fikri,
:)

Min,berkawablah dengan kami,
Selalu2lah datang ke Maskara, tunjukkan kesungguhan (bantu kami susun kerusi ke, hape ke,), menulislah yang best2 (sehingga berjaya menarik hati kami) - itu sahaja kot. :)

Nad,
HA HA HA. Boleh tahan dia punya twist ni.

Firoi,
Hu hu.

Aku,
Intro yang baik. Teruskan, teruskan... :)

Oni,
Intro yang best. Sila sambung....

Zam,
HA HA.

Disember 29, 2010 3:58 PTG

 
Blogger oasis said...

Pantai tu memang cantik. Memang terkenal. Itu pun bukan kali pertama mereka ke situ. Dah kerap dah.

"Boleh? Kalau tak boleh guna tangan guna..." bisik MZ.

Belum pun sempat habis ayat tu Kay dah tersemyum. Berjaya. Si manis tu sempat basahkan hujung-hujung jarinya saja.

Angin pantai semakin mesra. Selepas menghulurkan beberapa keping duit kertas pada seorang pekerja di pondok tu mereka pun beredar.
Mereka berpegangan tangan sambil menuju ke Nissan Teana baru mereka.

(tin...tin...bunyi penggera kereta dimatikan)

"Burb...alhamdulillah, kenyang betul. Sedap pulak tu." kata MZ semasa melabuhkan punggungnya ke tempat pamandu. Wet tissue yang di tangan Kay tadi sempat dicampakkan ke tong sampah yang terdekat.

Di belakang kereta...ada bersepah beberapa wet tissue yang lain.
Mereka memang selalu makan luar. Pengantin barulah katakan...

Disember 29, 2010 4:41 PTG

 
Blogger Askar MUFC said...

Imej wet tissue yang melekit-lekit dengan dna Seman bermain-main di fikiran. Daud memandang anak perempuannya, Lijah yang tengah meraung, meronta-ronta cuba melepaskan diri dari pegangan kawan-kawan. Faham benar dia akan penyesalan Lijah atas ketelanjuran mereka. Namun nasi sudah menjadi bubur. Adalah tanggungjawabnya kini untuk membetulkan keadaan. Mengikut caranya sendiri.

Daud memandang Seman, tunang anaknya yang terbaring tidak sedarkan diri. Dengan perlahan pisau diangkat, betul-betul di aras mata. Puas hati dengan ketajaman pisau, Daud menarik nafas dalam-dalam. Bersama satu hembusan nafas, mata pisau dibawa menghala ke celah paha Seman yang sudah tidak berdaya. Serentak dengan itu, anaknya pengsan.

---------------

Beberapa jam kemudian, Lijah membuka mata. Saat terpandang Daud yang tersenyum sinis, air matanya mengalir laju. Lijah bagaikan sudah dapat mengagak apa yang berlaku.

"Rileklaa Jah, operation tu berjaya. Tisu paha Seman yang koyak berdarah tu Abah dah bedah. Bagitau Leman, lenkali naik basikal dua orang jangan laju-laju, kan dah jatuh luka. Mujur kau tu tak apa-apa," nasihat Daud panjang lebar pada anaknya. Lijah pula hanya mampu mengangguk sambil menangis kelegaan.

Disember 30, 2010 12:41 PTG

 
Blogger Pegawai Khalwat said...

Kena sahut cabaran nih!

-----------------------

Sarah dan Jimmy masih terbongkang atas katil. Badan mereka basah. Berpeluh-peluh. Nafas mereka tercungap-cungap macam ikan emas terlentang atas tar.

Melissa pula berada ditengah-tengah. Terlelap nyenyak. Kepenatan juga barangkali.

"Baby, I penatlah...." bingkas Sarah.

Jimmy mengerutkan mukanya, "you nak komplen pulak? You tak suka tempat ni?"

Terkesima dengan soalan Jimmy, Sarah lantas bangun menatap redup mata Jimmy, "Bukannya I komplenlah baby. I just cakap je."

"Syyyy... jangan cakap kuat-kuat. Nanti Melissa terjaga," Jimmy membetulkan jari telunjuk di bibir Sarah.

"Ohh, time you main dengan Melissa, I tak komplen pun. You jerit-jerit dengan Melissa. I sampai tido pun tak senang."

Jimmy cuma tersenyum. Mata mereka bertentangan, bersinar-sinar.

Jimmy mendekati Melissa, menelus rambut Melissa, "You letih lagi ke?"

Sarah cuma senyum penuh makna.

Jimmy terus mengusap Melissa, "Eh, Melissa dah basah la!"

"Ye ke?" Sarah seolah-olah tidak percaya.

"Baru tadi Melissa kencing. Diapers pun dah habislah baby. You tolong turun belikan ye..."

"Ohhh.. kalau hal macam ni, I pulak yang kena. You yang pilih rumah tingkat 20"

Sarah tersengih, macam selipar koyak, "Habis mana I tahu semua lif tu nak rosak."

"Dah lah... I tak laratlah nak turun naik tangga. U lapjelah dengan wet tissue tu!"

Disember 30, 2010 1:20 PTG

 
Blogger MOnSter KEkhai said...

"Sejuk!Sejuk!"

"oit!apesai hah?"

"Sejuk!i like"

"Sejuk??"

"Yela, wet tissue ni sejuk. I like!" sambil tekap-tekap kat muka.

"Ades!Hampeh!"

Disember 30, 2010 3:15 PTG

 
Blogger Pa'chik said...

sad tissue or happy tissue?? :P

Disember 30, 2010 4:23 PTG

 
Blogger Bukan Sepet said...

Dunia 2025 bukanlah moden dan canggih seperti yang di jangkakan.
Ramalan sang nostradamus moden a.k.a Sinaganaga di tahun 2010 ternyata meleset.

Mesin masa memang sial.
Boleh pergi.
Tak boleh balik.
Sial punya mesin masa.

Udara sana sini busuk.
Air macam limbah longkang.
Manusia sekor pun tak nampak bayang.
Rangka banyak. bersepah sana sini.

Hanya robot robot besi,
berkaler biru,
bermata merah,
bersenapang kuning,
berboot putih,
persis kaler bendera Malaysia,
yang ada keliling aku,
berhenti bergerak,
memandang serentak ke arahku,
yang berbaju futuristiklah sangat rekaan Rdwan Rdzwil.
Sebab Rdwan Saidi tak available.

Robot?
Malaysia?
Celaka Tok Rimau.
Sudah main sama aku!

Pantas,
Aku selongkar beg ala Jebon bekal dari Ketua Saintis 'PP di layang'.
Apa ke jadah penuh dengan Wet Tissue?

Ruummmm...
Sekali hujan turun, serentak robot robot lari berantakan. Persis macam awek urban nampak Vovin.
Yang terkena tempias, otomatik berasap. Sebijik macam keter PP di kala enjin rosak.
Takut air rupanya robot ni... Suspek mesti ada genetik Kambing sumwhere..

Aku senyum.
Ada can ni.

Disember 30, 2010 4:28 PTG

 
Blogger kepollica said...

Para doktor pakar surgeri dan sekumpulan jururawat yang kecil molek dan berskirt seksi sedang mengerumuni sekujur tubuh manusia yang kakinya hampir lunyai digilis ETS (Elektronik Train Service). Sang doktor berbisik kepada salah seorang jururawat yang kecil molek berskirt seksi itu, "Berikan I wet tissue". Jururawat tadi akur dengan permintaan doktornya. Berjalan keluar dari bilik bedah dan muncul kembali selepas beberapa minit berlalu.
"Cepatnya U ambilkan I wet tissue".
"Erm! Doc kan mintak wet tissue je, bukan susah sangat pun nak ambiknya"
"Bukan ke tissue bank kita jauh dari surgeon room nih. Kat blok 13 tu."
"Erk! Bukan wet tissue ni ke yang Doc minta?"
"Ni wet tissue lap pungkoq hang lepas hang berak! Aku suroh ambik wet tissue manusia. Ishkh... Hang ni ghaplah lah. Harap seksi je lebih lain tak boleh harap".

dipetik daripada kepollica.blogspot.com

Disember 30, 2010 5:13 PTG

 
Blogger Arif Honey Bear said...

Sila beri tunjuk ajar.

Wet Tissue

Ammar memandang Fared dengan mata berkaca. Tidak sanggup lagi dia menahan sebaknya.

"Sarjan. Seorang lagi anggota kita tumpas...!" Ammar perlahan berbisik kepada Sarjan Akil.

Sarjan Akil melihat Fared. Sambil menggelengkan kepalanya. seraya berkata,
"Biarkan, perjuangan belum selesai. Hari ini kita mesti ajar mereka siapa tuan siapa hamba!"
Matanya ditajamkan ke arah pihak musuh.

Serangan demi serangan tidak putus tiba. Platun yang diketuai Sarjan Akil cemas. Seorang demi seorang rebah. Tewas. Terkencing. Tercirit. Prebet Ammar menyerang balas bagai menggila. Prebet Sofian memulang paku keras. Prebet Jihan tidak mahu tertewas. Mereka dibekalkan semangat Harimau Malaya. Semangat 1malaysia. Semangat tidak akan hilang.

Prebet Sharil tersenyum memandang rakan-rakan perjuangannya. Dia seorang penembak tepat. Dengan tenang dan berdisplin tinggi. Dia menyerang sambil menghendap. Sambil menghendap dia menyerang. Satu demi satu musuh tumbang di tangannya.

"Ammar, isi peluru...!"Laung Sharil.
"Baik...!"Sahut Ammar.

Sharil membidik. Sasarannya turut bersembunyi. Dia menanti dengan penuh kesabaran. Dengan ketajaman mata dan kestabilan tangan.

Peluang datang. Sharil berdiri dan menembak. Sayang... belum sempat tembakan mengenai sasaran. Sharil terlebih dahulu ditembak, sambil kejatuhannya itu. Sempat juga dia menembak. Namun, tembakannya tersasar.

Peluru sesat itu(dengan kamera slow motion)melayang-layang bergerak ke sasaran yang baru.

PEK!

Semua mata terpaku. Terdiam sejenak. Seolah Bukit jalil diserang garuda. Tapi garuda telah pun tewas kepada Harimau. Itu cerita lain.

Tisu yang dibasahkan mengenai tepat hidung Cikgu Azimah. Guru Sains kelas mereka. Yang terkenal dengan garangnya.

Dengan muka merah pedam. Hidung yang berair. Dia bersuara.
"Who throw this disgusting wet tissue!??"

Geng-geng akil melihat ke tanah sambil menggaru tanah dengan kaki. Seperti tiada apa-apa yang berlaku.

<>>Sekian<<>
Http://shalmadrep.wordpress.com

Januari 01, 2011 9:40 PTG

 
Blogger Syuqri Talhah Mustaqim said...

1990

Sudah sekian lama Alim ingin meluahkan rasa hatinya. Kali ini dia nekad.

"Hari ini aku mesti dapat!" Bergelora isi hatinya membuak-buak sambil meninggalkan perkarangan kafeteria. Menanti saat dan ketika yang tepat seperti semalam dan hari-hari yang telah lepas. Alim menanti di pintu lif.

"KTING!" Pintu lif terbuka. Menghamburkan manusia seorang demi seorang dari perutnya. Hinggalah tiba pada seraut wajah idaman hati Alim selama ini.

"Errr! Maaf Ida. Saya tahu saya tak patut buat begini. Sebenarnya saya dah lama minat pada awak. Boleh tak saya dapatkan nombor telefon awak?" Secara selamba Alim bertanya kepada gadis yang bekerja di pejabat selang 9 tingkat di atas pejabatnya.

Saidah melepaskan senyum sipu. Kemerahan juga mukanya. Tergamam dan menahan malu.

"He he...Ambil nombor ni. pejabat ya. 321176767 sambungan 805,"

Alim pantas meraba poketnya. Dicapainya pen dakwat dan sehelai kertas tisu berlipat, baki menjamah selera tadi. Dia mencatit sebutir demi sebutir nombor berpandukan kata-kata Saidah.

"Ok! Terima kasih. Lepas Ida makan nanti saya telefon ya?" Ujar Alim kegirangan. Saidah membalas dengan senyuman meninggalkan Alim termanggu di situ.

Sehilang susuk tubuh Saidah dari pandangan, Alim memilih jalan pantas. Dia berlari pantas menaiki anak tangga bersebelahan lif yang sudah tertutup menuju ke pejabatnya di tingkat 2.

Penat mendaki memercikkan butir-butir keringat meleleh di tepi mata. Pantas Alim mengelap dahinya. Usai menyapu peluh, Alim melihat ke tapak tangan.

Di situ kertas tisu dengan dakwat catitan yang mula mengembang.

Januari 03, 2011 4:29 PG

 
Blogger Artozy said...

wet tissue, wet tissue
mahu baca naskhah dalam next maskara lu

orait tak?

Januari 03, 2011 4:39 PTG

 
Blogger Unknown said...

ok... camne nak contact naga?
nak minta sikit buah fikiran...

Januari 03, 2011 4:55 PTG

 
Blogger dugongsenyum said...

Tisu Basah

Berikan aku sehelai tisu
menyapu air mataku
mengalir dipipi
sedih hati menatap
surat khabar pagi tadi
lagi berita buang bayi

Berikan aku sehelai tisu
kopi kuminum tersembur
tersedak menahan gelak
dalam akhbar
YB kami buat lawak

Berikan aku sehelai tisu
kerana pagi ini
macam pagi selalu-selalu
aku selesema

Tisu-tisu basah
dek air mata, kopi atau lendir
tisu-tisu basah
di bawah meja
di kaki kerusi
ada yang kisah?

Januari 03, 2011 10:50 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Osis,
:)

Askar,
HA HA HA. Terbaek!

Khal,
Ha ha. Twist!

Kekhai,
HA HA HA HA HA. I loike.

Chik,
Anything!

Pet,
:)

Kepo,
HA HA HA.

Arif,
:)

Krig,
The idea is there! Kasi twist lagi le! :)

Art,
:)

Amin,
Aaa, saya tak jual buah! HA HA HA

Dug,
Ngeh ngeh.

Januari 04, 2011 8:47 PG

 
Blogger Unknown said...

Disebabkan entri ni panjang sangat. Klik link disediakan tuk baca lebih lanjut tentang wet tissue versi amin.

http://armnsarahperfume.blogspot.com/2011/01/wet-tissue.html

Januari 04, 2011 1:28 PTG

 
Blogger selat_tebrau said...

Renda sejadah baldu
di tebing perahu hanyut
ketika malam syahdu
berdiri insan ber'tahajjud'
hatinya merintih gundah
jiwanya meratib resah
bagaikan tisu basah
air matanya melimpah
dalam sujudnya yang pasrah

Jan 4, 2010
Molek Garden

Januari 04, 2011 5:11 PTG

 
Blogger jefri sempurna said...

-kami sekeluarga berdebar. doktor yang merawat Angah jalan perlahan menuju kami. riak wajahnya kusam.

'maafkan kami,kata doktor. kami telah lakukan sebaik mungkin tapi dia diserang wet tissue semasa pembedahan.maaf kan kami.tambah doktor itu.

Abah tunduk dan menangis.Umi rebah tanpa sempat disambut sesiapa.

akalku bentak,mengapa Angah? mengapa wet tissue?

Januari 04, 2011 7:57 PTG

 
Blogger hyer greveieor said...

berpusing seluruh badan dali,
henjatan tangan orang itu bukan biasa. padat. dali bukan tidak jangka, cuma yang dijangka tidak semacam ini.

sesaat dali terpelosok ditanah, dali mula fikir ini bukan masa bertindak tadah. silap silap makan diri, cadangan tadi yang telah kemas dirangka hilang dibawa masa.
dali mengarah kaki ke langit terus hayun menghenjak tanah persis pesilat olahraga bangun.
keputusan dali kurang seminit. perkiraan dali pantas, suai dgn situasi mendadak begini

tersenyum dali, terlihat orang itu berpeluh di dahi. tidak jangka.
azman yang pada mulanya ketawa ketawa kecil sudah mula serius perhati.

" surat dipoket kau tu, biar aku simpan " teriak azman kekal serius.
" tak payah " dali tidak fokus suara di tepi tepi masa ini, seraya tersenyum

ssssrrrrrruuuuuuttttt!!!.. tttterbbbooooommm!!
semua yang ada disitu terkejut.. kuat. bunyi dentuman yg sgt kuat. panik. terlihat orang bertempiaran lari.

azman yang tadi serius dan fokus dengan musibah dali. turut terpesong . hanya dali dan orang itu masih fokus dalam perhitungan.

sekali sekala terdengar samar samar halus laungan "wet tissue, wet tissue, wet tissue" di kebanyakan tempat, cukup tiga kali disetiap suara.

ada percikan warna terang seakan cahaya melimpah limpah ke serata kawasan. dibantu bunyi huru hara orang ramai. sangat celaru ketika keadaan tengah tegang begini, bagi dali.

dali ambil langkah.. dali sudah sedia menerjah ke depan. dengan kelajuan padu...........

Januari 07, 2011 3:38 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home