Hantu Kak Limah Balik Rumah: Kisah CINTA [tak kesampaian]
Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR) sebenarnya adalah sebuah filem cinta: cinta antara dua insan, cinta antara lelaki dan perempuan, cinta orang muda.
Ya, ini kisah cinta Husin dan Che' Nin. Satu plot tentang perjalanan cinta Husin dan Che' Nin dari satu titik mula sehingga ke satu titik akhir. Yang selebihnya adalah sub plot oleh orang-orang yang berada di sekeliling Husin dan Che' Nin. [Ketika perenggan ini ditulis, Fadli Al-Akiti, si pengkritik tu mungkin sedang menyumpah seranah, "Wat! This is not a love story, bro! This is hantu! Hantu!"] HA HA.
Cinta memerlukan pengorbanan. Pengorbanan cinta bagi Husin adalah dengan meninggalkan kekasihnya (di kampung halaman) demi untuk mengejar satu tahap kematangan yang lebih tinggi. Dan, pengorbanan cinta bagi Che' Nin adalah dengan kekal setia menyayangi Husin sehingga ke akhir hayat. Bagi mereka berdua, inilah pengorbanan yang sebenar-benarnya pengorbanan.
Selepas tiga tahun mencari sesuap makan di luar negara (Singapura), Husin kembali ke kampung halaman, kembali untuk menebus kekesalan masa lalunya terhadap Che' Nin (memutuskan pertunangan mereka dan meninggalkan Che' Nin tanpa khabar berita). Tapi, bak sepatah kata Che' Nin, "Sayang, semuanya sudah terlambat!"
Ya, cinta tak semestinya bersatu.
KOMA
Awie (Husin)
Tiada yang baharu daripada Awie pada kali ini. Jika ada pun yang baharu, cuma, dalam HKLBR, Awie menyanyikan lagu Cinta Kristal yang saya fikirkan sangat best. - Awie sudah sepatutnya bikin satu album dengan menyanyikan lagu-lagu balada penyanyi-penyanyi lain yang best-best. Stanza Sekeping Hati, misalnya.
Ummi Nazeera (Che' Nin)
Ummi Nazeera bukan Hanis Zalikha. Namun, Ummi Nazeera adalah the girl next door atau pun anak dara yang kita jumpa apabila sesekali kita pulang kekampung untuk turut serta dalam majlis berkhatan sepupu lelaki kita, dan di celah-celah keraian itu kita terpandangkannya, lalu kita tulis pada status FB, 'Gua dah jatuh cinta pandang pertama, dowh! Arghhhh!'
Tanpa perlu banyak berdialog, cukup rasanya untuk Ummi Nazeera sekadar bermain-main dengan riak wajahnya sahaja: matanya, walau tidak menyihir, tetapi tetap sahaja berbicara seribu kata; bibirnya, yang kadang sedikit terbuka, kayak seperti anak gadis sunti baru belajar memakai gincu, tetapi tetap sahaja meminta-minta. Dan, gelodak jiwanya adalah gelodak jiwa kita juga, dowh!
[Gua jempul dua ibu jari untuk Ummi Nazeera].
Oh, ini mungkin filem terakhir Ummi Nazeera, dan selepas ini kita tak akan dapat tengok Ummi Nazeera lagi, mmm, sedihnya....
Delimawati (Hantu Kak Limah)
Selepas Ceplos, Hantu Kak Limah adalah hantu yang tidak perlu berdarah-darah, menjengil-jengilkan biji mata, dan mengeluarkan suara-suara (atau bunyi-bunyi) yang menyeramkan. Delimawati menyanyikan lagu Enjit-Enjit Semut dalam HKLBR.
Soffi Jikan (Wak Joko/Bomoh Indonesia)
Pada kali pertama saya menonton HKLBR (preview untuk pengkritik-pengkritik teknikal, ahaks), saya amat terpesona dengan lakonan bomoh Indonesia yang bersuara garau ini, sedang saya tidak mengetahui siapa pelakonnya. Sehinggalah saya terbaca nama Soffi Jikan pada closing credit dalam HKLBR. Beberapa hari kemudian, saya SMS bertanyakan kepada Mamat Khalid, "Soffi ke tu, bang?" Mamat Khalid SMS menjawab, "Ya!"
Shy8/Syed Mohd (Usop)
Nama Shy8 tidak tercatat pada bahagian paling atas poster HKLBR. Tetapi, saya rasakan, (berbanding dalam filem Zombie Kampung Pisang), Shy8 telah diberi tanggungjawab yang lebih untuk memerani wataknya (malah hampir seimbang dengan watak yang diperani Awie) sehingga mewarnai lagi HKLBR. Lakonannya amat bersahaja dan mengeletek hati.
Jika saya adalah juri FFM tahun hadapan - nescaya, Shy8 akan memang Anugerah Pelakon Pembantu Terbaik.
Usop adalah sidekick kepada Husin.
Johan Raja Lawak (Abi Hurairah)
Jika Usop adalah sidekick kepada Husin. Maka, Abi Hurairah adalah sidekick kepada Usop. Bagi saya, Johan tidak mengecewakan. Lakonannya amat bersahaja dan mengeletek hati.
Oh, tentu sahaja kita tidak akan mudah lupa dengan babaknya yang memakai skirt daripada tudung saji itu, HA HA HA.
Zami Ismail (Pak Abu) dan Man Kadir (Pak Jabit)
Tiada yang baharu daripada mereka. Pun begitu, lakonan mereka memang berkesan. Dan mewarnai HKLBR.
Cuma, oh, sekali semasa babak orang kampung bermesyuarat, Zami Ismail menyebut nama Man Kadir sebagai Pak Jabor, sepatutnya dia menyebut Pak Jabit (saya rasa, entah, saya lupa - kena tengok sekali lagi nanti). Apapun, ia tidaklah sampai mencacatkan filem ini.
Dewa (Cik Purnama) dan Kamarul Yusoff (Chomprak Chawatbesiwat)
Tiada yang baharu daripada mereka. Pun begitu, lakonan mereka memang berkesan. Dan mewarnai HKLBR.
Avaa Vanja (Ayu)
Saya rasakan kesemua anggota badan milik Avaa Vanja terlalu besar: Mukanya, mmmnya... :) Secara peribadi, saya merasakan lakonannya biasa-biasa sahaja.
Azwan (Wak Kaswi/Wan Kaswi?)
Ini filem kedua lakonan Azwan (saya rasa, entah, saya dah lupa). Dan ini filem pertama Azwan yang agak banyak mempunyai dialog (sebagai pelakon baharu). Adakalanya dia tergagap juga. Tetapi kelemahan itu segera ditutup dengan lakonannya yang agak best dalam HKLBR ini. Tentu sahaja kita akan teringat-ingatkan lakonannya ketika kakinya dipeluk oleh Hantu Kak Limah dan dialognya, "Nak join!".
Syabas! Kalau dapat bonus dari abang Mamat nanti - belanja abang eh, Azwan. Abang nak makan yang 'BESAR PUNYAAAAAA!' *ahaks*
Azwan adalah seorang wartawan dari portal tentang filem-filem.
Zainuri (Pegawai Kesihatan)
Ini pertama kali Zainuri (wartawan Meja Hiburan Berita Harian) berlakon. Kita boleh nampak gemuruhnya di hadapan kamera (samalah macam saya, ha ha, kena interview dengan TV3 MyKid pun gemuruh juga wo!).
Pekin (Musalman/Anak Kak Limah)
Lakonannya biasa-biasa sahaja. Mungkin kita boleh tengok Pekin dalam lakonan yang lebih baik dalam filem Apokalips nanti. :)
Nadia Mustafa
Sebenarnya Nadia Mustafa juga berlakon dalam HKLBR....
KOMA
Ulasan akan datang - Hantu Kak Limah Balik Rumah; Permasalahan Orang Melayu dan Ancaman Luar Terhadap Orang Melayu dari Biji-biji Mata Mamat Khalid.
17 Comments:
"panjangnya kopek.....".
macam haram. ha ha.
azwan n zainuri nampak sedikit kayu. ke mmg mamat nk watak tu kayu2 gitu...?
.
Disember 12, 2010 11:42 PTG
Demeh berlakon - kayu. Kalu kita berlakon - besi agaknya weh. :)
Disember 13, 2010 12:20 PG
dah cecah 2 juta dah ni.
Disember 13, 2010 5:15 PTG
hassan mutalib?
Disember 13, 2010 7:39 PTG
orang belanja, saya 'terpaksa' tengok. dan, ya, ia memang 'ubat' yang bagus masa tengah sedih sebab putus cinta.
betullah tu, cinta tak semestinya bersatu..
duh!...
btw, saya terhibur, juga pada dialog sinikal-sinikalnya... :)
Disember 13, 2010 8:37 PTG
gua sokong 100% tentang ummi nazeera.
tambah sikit.gua mmg tak boleh nak contact dgn dia.mata nak ke lain jek :p
Disember 13, 2010 10:58 PTG
:)
Disember 14, 2010 12:09 PG
selain pelakon, ada apa-apa kesinambungan dengan zombi kg pisang?
Disember 14, 2010 9:47 PG
aku setuju dgn ko, sebenarnya itu yg aku nampak pun, yg penting di sini ialah kembalinya Awie untuk aweknya Ummi Nazera, yglain2 hanya "mengacau" tujuan Awie untuk "say the right thing at the right moment", tu aje.. fasal tu aku bayangkan komedi ni intelektual sebab sebenarnya maksud Mamat dalam: matlamat kita takkan sampai jika kita terlalu terpengaruh dgn hal2 yg remeh dan luaran.
itulah sebenarnya! wallahu-alam..
Disember 14, 2010 12:52 PTG
oh btw, lihat pemaknaan kacau. Apa kerja HANTU? Bukankah "mengacau orang hidup"? Get it? itulah wit yg dimainkan Abg Mamat!
Disember 14, 2010 12:57 PTG
Gua terbuai jugak la dengan kak limah ni.Apasal nama limah ni famous eh bang?Halimah jongang juga ada limah..
Disember 14, 2010 7:47 PTG
pelawok..pelawok..pelawok
pelawok, pelawok.
pelawok?
*cis, tak kuar plak antu kopek ni. Ge! ge!
Disember 14, 2010 11:05 PTG
erk . nadia mustafa de blakon ke bang ? xpasan pn . mushkil neh ~
Disember 15, 2010 5:07 PTG
Bakor!!! Bakor!!!
Disember 15, 2010 8:25 PTG
aku gelak sampai sakit perut... lantak depa la berlakon kayu ka besi kaaa... bodooo betul citer tuh weiii...
Disember 22, 2010 10:51 PG
gelak sampai nak terpelanting ...
nasib baik kerusi tu buatan malaysia...hahaha
Disember 22, 2010 10:39 PTG
Nadia mustafa?
Mana? belakang jamban ko?
X nampak puun....
Disember 23, 2010 10:06 PG
Catat Ulasan
<< Home