"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

27 Januari 2011

Paria 1977-79

Masa tu kami masih kanak-kanak lagi.

Segambut masih penuh dengan kawasan setinggan: Kampung Benteng. Kampung Sungai Udang. Kampung Pasir. Dan beberapa buah kampung lagi yang diragui tarafnya sama ada bertaraf Tanah Lot atau Setinggan.

Kebanyakkan penduduk di kawasan setinggan ini bekerja sebagai buruh kasar. Dan anak-anak mereka belajar di sekolah-sekolah berhampiran: Sekolah Rendah Kebangsaan Segambut. Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Segambut. Dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Entah Apa Nama, aku tak ingat.

Aku bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Segambut. Kelas kami dibahagi mengikut warna: Kuning. Hijau. Dan Merah. Kelas Kuning untuk murid-murid pandai. Kelas Hijau untuk murid-murid sederhana pandai. Kelas Merah untuk murid-murid tak pandai langsung.

Masa aku darjah empat, aku ada seorang guru. Nama dia S. Khatiravelu (linesman Malaysia). Dia tidak pernah mengaku dia India. Dia Ceylonese. Cikgu ni India ke, aku tanya. Indian is Indian, Cikgu Khati kata, Ceylonese is Ceylonese la, boy! O, aku kata.

Masa aku darjah empat, aku ada dua orang kawan. Nama dia 1. Yunus, 2. Salim. Kedua-dua mereka tidak pernah mengaku mereka Melayu. Mereka Malbari. Malbari ni Mamak ke, aku tanya. Malbari is Malbari, Mamak is Mamak, kata Salim dan Yunus. O, aku kata.

Masa aku darjah lima, aku masuk darjah Lima Kuning, sebab aku pandai. Di sebelah kelas aku - kelas Enam Merah. Kebanyakkannya murid-murid India dan ada empat lima orang murid-murid Melayu. Kalau mereka kena marah dengan Cikgu Jamal sebab tak tahu membaca - aku boleh dengar dengan jelas, sebab kedua-dua kelas hanya dipisahkan dengan pintu papan yang boleh dilipat-lipat macam akordion.

Dalam banyak-banyak mereka - aku cukup kenal dengan seorang murid India. Nama dia aku dah lupa. Dan, oleh kerana anak mata dia berwarna cokelat muda - kami panggil dia 'Mata Kucing'.

Kalau kami panggil dia, "Mata Kucing!" Dia akan menyahut, "Yena dey!"

Satu hari, Mata Kucing telah bergaduh dengan Man anak Mat Rogek di dalam kelas. Otak udang, Mata Kucing kata. Paria, Man anak Mat Rogek kata. Kemudian, lamaaa selepas itu, mereka berdua berbaik semula dan bergelak ketawa dan pergi kantin; beli mi goreng 'alat-alat' dan air perasa oren (walaupun bukan air oren, sebenarnya).

KOMA

Selepas tamat persekolahan, Man anak Mat Rogek bekerja sebagai kerani di Pejabat UMNO di PWTC. Beberapa tahun kemudian dia diserang sakit jantung dan meninggal dunia.

Mata Kucing pula menjadi penari tradisional India. Setiap kali aku terjumpa dengan dia - dia tak pakai baju, dia pakai seluar kembang sahaja, dan di kedua-dua belah kakinya ada kerincing.

Kalau aku panggil dia, "Mata Kucing!" Dia akan menyahut, "Yena dey, Empat A Satu C!"

HA HA.

* Mi goreng 'alat-alat' ialah mi yang digoreng tanpa tahu, sayur, udang, dll - yakni, Makcik Kantin tu goreng mi dengan cili dan kicap sahaja. Berharga 20 sen sepinggan.

21 Comments:

Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Jawa pun ada kasta juga, aku ni kira lebih kurang keturunan kraton. Hahahaha!

Januari 27, 2011 10:50 PTG

 
Blogger BonekadalamChermin said...

hahaha
nice one...isu semasa.


:)

Januari 27, 2011 11:02 PTG

 
Blogger bact. said...

aku cukup kenal dengan seorang murid India. Nama dia aku dah lupa.

kah kah kah

Januari 27, 2011 11:45 PTG

 
Blogger tasekM said...

4A 1C.

aku nak tanya.
apa yg C?

:)



.

Januari 28, 2011 9:22 PG

 
Blogger pye:rudz said...

kirim salam sama mata kucing satu kali.

Januari 28, 2011 10:16 PG

 
Blogger Pokok said...

'Masa aku darjah lima, aku masuk darjah Lima Kuning, sebab aku pandai' -Statement yang amat angkuh dari en.naga, tapi ini menunjukkan confident level yang tinggi.. hahaha..

Januari 28, 2011 10:48 PG

 
Blogger asuhara sue said...

resepi mi goreng alat-alat tu sama dgn resepi mi goreng kantin skolah saya tu..agaknya mak cik kantin tu adik beradik yek?

Januari 28, 2011 10:57 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Purp,
Sila senaraikan kasta Jawa yang lain-lain.

Bon,
:)

Bact,
Kat BACT UTM ke?

Tas,
English. :)

Pye,
:)

Nad,
HA HA HA.

Asu,
Agaknyalah. :)

Januari 28, 2011 11:20 PG

 
Blogger bact. said...

kat BACT UTM ke??
apa maksud sebenar??

Januari 28, 2011 12:32 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

O, tak ahu rupanya. Ok, no sweat. :)

Januari 28, 2011 4:17 PTG

 
Blogger Nizam.Ariff said...

Bro,
Paria dengan Peria lain kan?
Jangan nanti nama Peria pun disuruh tukar ... buah pun perlu sensitif.

Januari 28, 2011 5:18 PTG

 
Blogger zizie ali said...

Hindu Jawa dikatakan lebih orthodok drpd Hindu India. Saki bakinya kini ramai di Bali.

Januari 29, 2011 10:33 PG

 
Blogger Pa'chik said...

bila negro pakai seluar londeh ke punggung,
orang puteh panggil Saggin'

terai eja saggin kot blakang...

licik tul omputeh...

sama cam sesetengah orang puteh panggil negro monday
pasal orang tak suka hari isnin...

atau kalau makan malam sekali ngan negro, kejap-kejap derang mintak cuka, kejap-kejap mintak cuka...

Januari 29, 2011 8:26 PTG

 
Blogger Corey said...

Pengkastaan...Dari sekolah sampai ke pencen dikastakan.Kalau budak sekolah.Kena calit merah,kuning hijau.Kalau kerajaan kena cop N,FT,S dan lain-lain.hehehe

Januari 29, 2011 10:24 PTG

 
Blogger patungcendana said...

salah seorang best friend aku masa kat uni pun berbangsa india....ehhh bukan...ceylonese...katanya...masa tu aku tak faham apa bezanya...sekarang pun aku masih tak faham...haha

Januari 30, 2011 12:02 PTG

 
Blogger Amiene Rev said...

Teh Ceylon sangat sedap.

Januari 30, 2011 8:00 PTG

 
Blogger oasis said...

susah betul nak terima kenyataan ....apa lagi kalau yang 5 A tu lebih paria dari yang lain-lain....hahaha...

Januari 31, 2011 1:15 PG

 
Blogger Pegawai Khalwat said...

Lagu tu pun jadi?

Januari 31, 2011 8:45 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Aku,
Sebenarnya sama, HA HA HA.

Zz,
Betul!

Chik,
Airap? HA HA HA.

Kori,
Part tu kau silap! Di sekolah perlu ada kelas Kuning, Hijau, Merah - sebab tahap pemikiran murid-murid tak sama. Cara mengajar/pendekatan mengajar untuk tahap pemikiran yang berbeza-beza ini pun tak sama.

Kecuali untuk pelajar-pelajar Sekolah Pandai - walau pun ada kelas Budi, usaha, Jaya, Maju - tapi, tahap pemikiran mereka hampir sama. Itupun - GUA TAK PERNAH LULUS ILMU HISAB TAMBAHAN! Hah!

Pat,
Tak faham - ok. Salah faham - tak ok. :)

Amin,
Teh perasa pisang pun orait juga weh! :)

Oi,
HA HA HA. Ye la, gua 4A 1C, dekat-dekat nak Paria juga la tu, HA HA.

Khal,
Jadi!

Januari 31, 2011 10:32 PG

 
Blogger dugongsenyum said...

dulu aku ada kawan bangsa telegu.

Februari 01, 2011 9:56 PG

 
Blogger Ahsuez said...

Rasa seperti sedang bersila, mendongak ke uncle Naga yang sedang bercerita sambil menghembus asap rokok puuh.. puuh..

Mulut sedikit melopong. Kagum. "Fuh, dah berusia pun ingat lagi cerita kanak-kanak!"

Februari 08, 2011 10:12 PG

 

Catat Ulasan

<< Home