Hantu-hantu di sekolah pandai
Ramai orang percaya. Di sekolah-sekolah pandai. Di seluruh Malaysia. Memang banyak hantu. Tapi, gua tak pernah jumpa pun.
Kata Wikipedia: In traditional belief, a ghost is the soul or spirit of a deceased person or animal that can appear, in visible form or other manifestation, to the living.
1. Hantu Mariam Bunting
Menurut senior gua, ada seorang pelajar perempuan di sekolah pandai gua, telah termengandung, dan dia telah membunuh diri, seterusnya menjadi hantu, bernama Mariam Bunting.
Hantu Mariam Bunting ini, mudah ditemui, ketika budak-budak di sekolah pandai, membasuh pakaian, di bilik membasuh, pada sebelah malam hari, "Hai! Kak Mariam nak pinjam berus sabut sat! Kak Mariam nak mandikan baby - dah berdaki!"
Eeeeeeeiuuuuuuuu...
2. Hantu Hitam
Menurut senior gua, hantu ini mempunyai susuk tubuh seperti manusia, dan berwarna hitam. Hantu Hitam ini, cuma boleh ditemui, di blok C (asrama puteri) sahaja.
Ada satu kejadian, seorang kakak senior gua, sudah histeria, mulutnya tak henti-henti menyebut, "Hantu hitam! Hantu hitam! Hantu hitam!" Dan, begitulah kisahnya, bagaimana Hantu Hitam mendapat nama.
Beberapa hari kemudian, Tuan Pengetua, mengarahkan, agar pokok-pokok merimbun, di sekitar blok C, ditebang.
Eeeeeeeiuuuuuuuu...
3. Spirit of the Coin
Ya! Ini hantu paling popular sekali di tahun-tahun 80-an. Selalunya kawan-kawan gua, akan gunakan sebagai alat, untuk memanggil roh, dan bertanyakan soalan-soalan, selain daripada soalan-soalan berkenaan Matematik Tambahan atau Geografi Fizikal atau seumpama dengannya, "Wahaiiiiiiiii, Spirittttttttt! Lu agak-agak USSR menang tak Piala Dunia tahun ni?" atau "Wahaiiiiiiiii, Spirittttttttt! Lu agak-agak Chung Wei Ling akan kahwin dengan gua tak nanti?"
Eeeeeeeiuuuuuuuu...
4. Hantu Woooooooo Woooooooo Cisssssss!
Ok! Ini kisah, memang real punya, bai!
Satu malam, gua telah terbangun dari tidur, gua dengar bunyi, woooooooo wooooooooooo cisssss dia punya bunyi. Masa tu, bulan mengambang penuh, angin sepoi-sepoi bahasa, air paip tik tik tik dia punya air, katak ong ong ong dia punya ong ong, kawan-kawan gua yang lain sedang nyenyak tidur, dalam kelambu, nyamuk punyalah banyak - maklum sajalah - sekolah dekat dengan hutannnnnn.
Gua pandang keliling. Tak ada apa-apa entiti asing yang menjelma. Tapi, woooooooo wooooooooo cisssss masih berbunyi lagi. Selang lima minit - bunyi. Selang lima minit - bunyi. Selang lima minit - bunyi.
Gua keluar dari kelambu, gua turun dari katil dua tingkat, gua sarung selipar, gua keluar dari dalam dorm, gua pergi menyiasat.
Oh! Rupa-rupanya, di tepi asrama sekolah pandai gua, di jalanraya, ada lori-lori tangki, sedang hantar gas, woooooooo woooooooooooo cissssss dia punya tayar punya bunyi.
[Dulu, di hujung Kampung Kongo, ada tempat pengkumpulan gas masak Petronas - sekarang tak tau!]
Sejak hari tu, sejak dah tau, dari mana datangnya bunyi tu, gua tidur macam baby.
"Apsal tak pergi sembahyang subuh?"
"Lambat bangun, bang!"
Eeeeeeeiuuuuuuuu...
18 Comments:
alasan standard budak asrama hehe
Januari 25, 2011 11:07 PG
abang naga jangan lupa hantu takde muka main piano kat dewan besar...takde muka wo :)
Januari 25, 2011 11:16 PG
Erm .. Dulu di asrama kami yg hantu. Kami pernah usung satu member yang tido mati dgn tilam2 dia ke koridor. Esoknya riuh kata dia kena angkat masa tidoq. Malamnya terus buat baca yasin ramei-ramei. Hahaha.
Januari 25, 2011 11:33 PG
bila nak tulis cerita hantu purdah, naga?
Januari 25, 2011 11:39 PG
sempoy la hantu tu punya bunyi....woooo wooo cis..hahaha
Januari 25, 2011 12:10 PTG
Hahaha.. mcm mana hantu hitam tu boleh nampak.. kan hantu muncul kat tempat gelap.. mana nak nampak hantu hitam.. hantu putih boleh lah nampak.. tapi kat mana2 asrama memang banyak hantu.
Januari 25, 2011 12:12 PTG
Salam bro, kisah hantu di asrama mengembalikan kenangan aku la bro... kisah2 kena sampauk menyampuk ni. Herannya, dekat-dekat exam je jadik nye...
Januari 25, 2011 12:16 PTG
semua sekolah asrama mesti ada cerita hantu. pun begitu, fly tetap fly beb.
*fly=keluar malam panjat pagar
Januari 25, 2011 3:20 PTG
Manj,
:)
Pap,
Tu hantu selepas zaman Izham Omar form 5, ha ha ha.
Hamb,
KAH KAH KAH.
Boz,
Ooo, Hantu Purdah beli ada lagi pada masa tu.
Em,
Brek hidrolik tu, ha ha ha.
Nad,
He he he. Itu kena tanya kat kakak senior gua tu. :)
Ak,
:)
Pye,
Gua tak pernah 'fly'. :)
Januari 25, 2011 5:21 PTG
hantu kum kum mana?
hantu tindih tindih, impit impit, mana?
... laaa. memilih rupanya hantu 2 ekor ni. sekolah budak pandai dia tak pergi. ciss!
Januari 26, 2011 10:52 PG
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Januari 26, 2011 2:35 PTG
woooo woooo cisssss...
cisss tul la lori tu...
Januari 26, 2011 2:39 PTG
gila funky ini entry. gua terhibur. :)
Januari 26, 2011 3:19 PTG
Hantu patung bogel main seruling kat taman nak letak mana bang? Tak tahan dengar seruling hantu setiap tengah malam, kitorang patahkan jari kelingking patung tu.Malam malam selepas tu masih ada bunyi seruling.Dengan nada sumbang (ok yang ni gua tipu), sebab lepas tu bunyi seruling dah tak ada dah.
Seram jugak dengar bunyi wooo wooo cisss tu.Macam bunyi kereta turbo pun ada...
Januari 26, 2011 11:04 PTG
sekarang budak sekolah pandai tu dah ramai kerja petronas...aktiviti pengumpulan gas masak tu buat kat tempat lain...(kesian kat juniors)
cuma hantu yang lambat solat subuh tetap ada kat setiap sekolah...pandai/ baru nak pandai...
Januari 26, 2011 11:52 PTG
Sep,
Bukan musim hantu jenis tu. Sori.
Kro,
:)
Kak,
HA HA HA. :) I loike you.
Kori,
Hah, zaman gua - tak ada pulak hantu tu. HM letak kat mana patung main seruling tu weh?
Ois,
:) Ya! Betul!
Januari 27, 2011 4:27 PTG
Taman ART(Aktiviti Rehat Terpilih)...untuk budak-budak yang kena halau dari kelas.keh keh keh
Januari 29, 2011 10:27 PTG
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Februari 21, 2011 1:53 PTG
Catat Ulasan
<< Home