Kasut budak sekolah pandai (fast forward, tahun pertama gua masuk sekolah menengah)
Gua jual. Dua pasang. Kasut Badminton Master (masih di dalam kotak lagi). Sebab. Gua pergi sekolah. Pakai kasut kulit bertali warna hitam [tak pakai kasut Badminton Master].
Sepasang lagi. Kasut Badminton Master tu. Gua pakai. Buat pergi PE. Ya, yang budak-budak sekarang panggil PJ. Kalau lu orang sebut PJ kat budak-budak dulu, dia orang akan kata, "Hah! PJ? Apa tu? Petaling Jaya ke?"
KOMA
Satu pagi. Ketika gua beratur dan berjalan. Nak pergi [k]e kelas. Gua pacak tumit. Dan. Tumit kasut kulit bertali warna hitam gua pun tercabut. Tung tang tung tang masuk [ke dalam] longkang. Hati gua jadi panas. Nasib baik dah hari Jumaat, dengus hati gua, esok pagilah gua pergi beli kasut yang lain.
Hujung minggu. Gua keluar [ke] bandar. Pergi beli kasut lain: Kasut kulit, warna hitam, bertali, tapak rata warna oren, dan di bahagian hadapan sebelah atas hingga ke 'lidah'nya - suede warna hitam juga. Kalau masa Kiwi - bahagian suede tu gua tak Kiwi supaya maintain dia punya fizikal suede. Pergh!
Masa tu. Siapa-siapa. Budak sekolah pandai. Pakai kasut. Jenama WALKABOUT. Memang steady!
15 Comments:
Fuyooooo!
Januari 19, 2011 10:43 PG
weh aku 1fst sehhh
Januari 19, 2011 10:43 PG
3rd!
HA HA.
Januari 19, 2011 2:28 PTG
jaman gua pun panggil PE.
PJ masa tu..cerita bersiri di TV1..yang aku ingat Aziz Singah jadi Dato' mende ntah..ada kereta BMW plet PJ 1.
jaman gua pun panggil PE.
po
Januari 19, 2011 4:11 PTG
oh oh
PJ tiru cerita Dallas...
Jr. Ewing.
Pamela sue anderson...pergh.
Januari 19, 2011 4:13 PTG
pamela barnes ewing la weh..(Victoria principal)
pamela anderson tu lainnn...
he he
~po
Januari 19, 2011 4:16 PTG
Wuhooooo...
(sumpah x tau brand kasut tu. Ada lagi x skrg ni?)
Januari 19, 2011 5:17 PTG
sekolah kami dulu lagi dasat
depa wajibkan pakai kasut hitam
kasut hitam tu pulak
WAJIB BELI KAT KOPERASI SEKOLAH
paling sadis
jangkahayat kasut tu paling lama
cuma 6 bulan!
lepas tu konfem kena beli baru
baekkkk punya supplier!
Januari 19, 2011 8:34 PTG
kasut hitamku dah berusia 10 tahun.
Januari 20, 2011 5:04 PTG
Gua rasa nilai tinggi kasut tu sekarang ni.Kalau "tolak' kat museum rasanya nilai tak jatuh dari tiga atau empat angka.
Januari 20, 2011 9:29 PTG
PE makna masa zaman kitorang lak isap rokok blakang stor simpanan alat PE.
lalalalalala~
Januari 21, 2011 9:52 PG
dulu pakai kasut sekolah stok sampai kaki tak muat nak masuk. :)
Januari 21, 2011 11:19 PG
Kalau nak Kiwi kan kasut tu, cucuh dengan api lighter bagi menyala, lepas tu tutup dengan tudung. Kiwi tu pun cair sekejap dan mudah nak sapu. Nampaklah pro sikit.
Tu pun kalau tak kantoi simpan lighter.
Januari 21, 2011 2:40 PTG
Kasut kulit hitam bertali mula pakai tahun 1978, sama gak ngan seluar hijau mula taun tu gak. Ting 1 hingga 3 pakai seluar pendek hijau. Cuba lu bayangkan budak sek pandai (Ting 1 -3) punya pakaian gi sekolah lebih2 lagi hari isnin kena pakai tie warna biru. Nasib baik masa tu Mat Bangla blom popular kat mesia.
Januari 23, 2011 11:24 PTG
gua syak ada sambungan nih... scene kat assembly.
Januari 24, 2011 10:07 PG
Catat Ulasan
<< Home