"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

17 Mac 2011

Maskara 'AKAR' Showcase


Kehadapan Kawan-kawan Yang Kita Suka,
Apa khabar saudara di sana? Diharapkan agar saudara sentiasa dilimpahkan rahmat oleh-Nya.

Maaf kerana sudah lama saya tidak mengemas kini blog. Untuk pengetahuan saudara, semenjak Syarikat D dilanda tsunami kecil, saya sibuk membuat itu ini itu ini. Oleh yang demikian, untuk merawat hati yang walang, saya selaku jeneral Sindiket Sol-Jah khasnya dan soljahs amnya, ingin bersama-sama saudara untuk melegakan sedikit kepala yang berserabut dengan menikmati mini konsert mandiri yang gilang gemilang di Rumah PENA ini nanti.

Kita jumpa di sana.

Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warakhmatullah.

Yang menjalankan tugas,
SINAGANAGA
Jeneral Sindiket Sol-Jah.

7 Comments:

Blogger Cikgooden said...

paham isi kandungan surat saudara...tindakan susulan akan di ambil...

Mac 17, 2011 7:13 PTG

 
Blogger Olate Omote said...

Omote ngan Olate nak wat pershembahan kat Mashkara oleh tak?

Mac 17, 2011 8:51 PTG

 
Blogger Bukan Sepet said...

Kehadapan saudara naga,

Saya sihat, Alahamdulillah. Terima kasih kerana sudi bertanya. Saya harap saudara juga berada dalam keadaan sihat walafiat serta berada dalam lindungan-Nya.

Terima kasih juga kerana sudi menjemput. Amat di fahami maksudnya.

Saya sudahi dengan serangkap pantun yang tak kurang clichenya.

Kalau ada sumur di ladang,
boleh hamba menumpang mandi.
Air dah mahal.
Nak murah, mandi di Selangor.

Sekian.

Yang benar,
BUKANSEPET.

Mac 18, 2011 12:22 PTG

 
Blogger Lily Abdullah said...

Tolong le bang, jangan ko tulis surat gini gaya lagi.

Aku dah bosannnnnnnnnnnnnn!

Mac 18, 2011 10:07 PTG

 
Blogger zizie ali said...

surat ni tak best sbb tak ade pantun "pecah kaca pecah gelas..."

Mac 21, 2011 8:28 PG

 
Blogger Pegawai Khalwat said...

Wajib hadir!

(Bagi yang boleh hadir)

Mac 21, 2011 11:22 PG

 
Blogger skandaLdariLangit said...

saya nak balas ni... :p

ska datang hasil intan.maisarah promote :)

Mac 21, 2011 10:36 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home