"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

18 Februari 2011

Menjelang PRU 13: Mass Rapid Transit too

[klik untuk imej lebih besar]

Kalau 'bende' ni jadi kenyataan nanti: Senanglah kalau Usop Ludin Tanah Lot hendak berlari-lari anak petang-petang di Taman Tasik Titiwangsa; senanglah kalau Mat Trompet hendak menonton persembahan muzikal di Istana Budaya; senanglah kalau Wak Merah-Merah Taman Kok Doh dan Mamang Sulan hendak melihat pameran lukisan di Balai Seni Lukis; senanglah kalau Nenek Munah Leper hendak ambil ubat darah tinggi di Hospital Kuala Lumpur; senanglah kalau Pak Akop hendak memeriksa jantungnya di Institut Jantung; senanglah kalau Cikgu Osman dan Ila Anak Sarjan Kassim dan Mail Ketapang hendak mentelaah pelajaran dan membuat kajian di Perpustakaan Negara dan di Wisma Sejarah, dan dengar cerita Cikgu Osman ambil STPM sekali lagi pada tahun ni; senanglah kalau Karim Driving School nak bawa Kak Pinoi dan Sepiah Mata Smokey dan Ani Beyonce membeli-belah di Ampang Park; dan, dengar ceritanya, Usop Ludin Tanah Lot nak beli apartmen mewah di Doubletree, pergh!

"Ada la duit sikit-sikit, Pak Akopppppp! Rezeki anak-anak..." kata Usop Ludin Tanah Lot.

"Aaa, bukan ke kau ni Umbut Keladi Tidak Berisi... bila masa pula kau ada anak-anak ni?" tanya Pak Akop.

"Auw! Choi la Pak Akop ni!!!!" jawab Ucop Ludin Tanah Lot sambil mengangkat-angkat sedikit kain pelikatnya ke atas dan ke bawah sehingga menampakkan betisnya yang licin tak berbulu.

Mat Sanggul mengekek sambil mengajuk-ajuk kelakuan Ucop Ludin Tanah Lot. Sesekali dia menampar lembut ke bahu Mat Kambing dan Sarjan Kassim. "Auwwww!" kata Sarjan Kassim. Sudahnya, Pak Akop berdekah macam jin dalam filem Ahmad Al-Bab.

Mat Nangka yang duduk diam sedari tadi rupa-rupanya telah memasang angan-angan, 'Tahun ni gua nak bertanding. Nak kalahkan Dr Lo' Lo'. Lepas tu gua nak jadi Menteri Wilayah Persekutuan. Dan gua nak merealisasikan hasrat rakyat. Ya! Gua akan bina 'bende' ni! Serius!' dia kata, dalam hati.

17 Comments:

Blogger sinaganaga said...

Siapa-siapa yang ada soalan dan ada pandangan - sila nyatakan di sini!

Februari 18, 2011 11:26 PG

 
Blogger ymn said...

: )

Februari 18, 2011 11:27 PG

 
Blogger Pokok said...

Bagus Projek ni abg naga. tak payah nak tempuh trafic jam lg.. Nanti boleh temankan Ila anak Sarjan Kassim pergi National Library hari-hari. Cadangan MAt Nangka nak menentang Dr.LoLo tu, gua tak berapa setuju. Nanti Raja Nong Chik takkan nak jadi Senator jer..

Februari 18, 2011 11:31 PG

 
Blogger Unknown said...

Boleh bawa mak ayah jalan-jalan tengok KL...

Februari 18, 2011 11:35 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Nad,
Lawan Dr. Lo' Lo tu langkah pertama. Bila dah menang - jadi Menteri Wilayah tu langkah seterusnya. Raja Nong Chik bukannya nak jadi menteri Wilayah sampai bila-bila, weh!

Nuar,
Yes! Sambil2 ambil ubat - buleh jalan2, ye dok? :)

Februari 18, 2011 11:55 PG

 
Blogger Unknown said...

ni realiti ke fantasi??
betulkah?
betulkah?

Februari 18, 2011 1:12 PTG

 
Blogger GAFARO a.k.a. agentno9 said...

umbut keladi tidak berisi..

haha

Februari 18, 2011 3:04 PTG

 
Blogger Unknown said...

tumpang lalu...
nak promote blog saya kejap...
sila-bersila menjamu akal di blog saya:
http://armnsarahperfume.blogspot.com/
Komen positif dari anda amat dihargai...

Februari 18, 2011 3:31 PTG

 
Blogger asuhara sue said...

kenapalah dia tak buat jek benda ni dari dulu, kalau tak, tidak ler aku hari2 melekat kat pintu lrt....choii

Februari 18, 2011 3:38 PTG

 
Blogger Cik Ina Do Do Cheng said...

jom kita bukak parti baru. rasanya baru boleh jadi realiti.hua hua.

Februari 18, 2011 5:25 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Kro,
:)

Aro,
:)

Asu,
Kalau dapat fwd idea ni kat Najib - steady juga ni. :)

Cikna,
He he.

Februari 19, 2011 10:41 PG

 
Blogger farwalis said...

saya setuju benar, tapi kalau tarik 'bende' ni sampai ke singapore pun tak apa. baru macam ni... *tunjuk tanda bagus

Februari 20, 2011 4:14 PG

 
Blogger bjay69 said...

Nenek Munah Leper ngan Pak Akob sempat ke merasa naik 'benda' nie...?

Februari 21, 2011 1:57 PTG

 
Blogger Unknown said...

Kalau Naga wat parti baru, Mush sokong siap tolong promote kat org kampung lg suruh pangkah ..FOC...

Februari 22, 2011 3:58 PTG

 
Blogger Corey said...

Lu memang prihatin la pasal permasalahan rakyat ni bang.Tapi gua lebih suka kalau lu jadi menteri seni ke atau menteri kebudayaan.

Februari 23, 2011 8:46 PG

 
Blogger pye:rudz said...

selamat maju jaya saya ucapkan kepada mat nangka.

Februari 24, 2011 11:07 PG

 
Blogger Naim said...

kalau saya hendak turun istana budaya buat kerja-kerja servis yang berkaitan, mudahlah. hahahaha....

Mac 07, 2011 8:15 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home