Tokonang-konang
Dulu. Rumah kami. Di Gemas.
Di halaman rumah kami. Ada ampaian. Ada pokok jambu. Ada pokok pandan.
Dan. Pokok pandan itu. Pada mulanya sepokok. Tetapi akhirnya mengakar dan merimbun. Sehinggakan jiran-jiran kami. Tidak perlu membeli daun pandan dari pasar lagi. Kerana, mereka boleh mendapatkannya secara percuma dari halaman rumah kami.
KOMA
Jiran kami. Seorang kakak jelita. Dengar khabarnya. Dulu. Dia kena buatan orang. Lamaaaaaaaaaaaaaaa berubat. Baru sembuh. Seperti sedia kala.
Tapi. Ada pantang larangnya. Dia tak boleh. Melintas di bawah ampaian.
KOMA
Satu hari. Dia nak ambil daun pandan. Dari halaman rumah kami. Tapi, untuk mengambilnya. Dia terpaksa melepasi ampaian. Di rumah kami. Terlebih dahulu. Jadi, untuk tidak melanggar pantang. Dia meminta pertolongan aku. Untuk mengambilnya.
"Nanti akak upah dua puluh sen!" dia kata.
Maka, aku pun menjalankan perintah: Aku lalu di bawah ampaian. Kemudian, aku petik daun pandan tu. Satu helai. Dua helai. Tiga helai. Empat helai. Lima helai. ...
Tiba-tiba. Aku mengelupur. Macam kena sampuk. Macam kena rasuk. Macam kena buatan orang. Terlompat ke sana. Terlompat ke sini. Menjerit sana. Menjerit sini. Kesurupan. Daun pandan pun berteraburan. ...
KOMA
Kakak jelita tu. Sapu minyak cap Geliga. Di kaki-kaki aku.
"Bila pula semut api tu bersarang kat bawah pokok pandan tu eh? Hari tu tak ada..." dia kata.
Aku. Buat-buat muka meluat. Huh!
28 Comments:
Hahahaha..
Februari 24, 2011 11:03 PTG
er,
kakak tu betul ke kena buatan org?
yg pakai susuk je selalu xleh lalu bwh ampaian ni.
hahaha
.
Februari 24, 2011 11:07 PTG
nasib baik kena gigit semut, kalau tidak, tak tahulah kebenarannya. haha.
Februari 25, 2011 12:22 PG
nasib baik kena gigit semut, kalau tidak, tak tahulah kebenarannya. haha.
Februari 25, 2011 12:22 PG
kena gigit semut tu sikit je, kalau nak dibandingkan dapat urutan di kaki .hua hua hua
Februari 25, 2011 6:50 PG
nasib baik kakak jelita tu tak gigit, kalau tidak BAHAGIA keh keh keh!
Februari 25, 2011 6:56 PG
takper...merasa jugak sentuhan kakak jelita keh keh
Februari 25, 2011 7:07 PG
ni sebenarnya nak citer pasal kakak jelita tu belai ko kan...?
cer citer, cer citer... mana kakak tu sekarang? hahaha!
(apa kes citer semut... coverap sungguh!)
Februari 25, 2011 9:07 PG
Nasib baik semut yang gigit.. kalau akak yang jelita tu yang gigit? untung lah En.Naga.. hahah
Februari 25, 2011 9:44 PG
Piz,
:)
Bone,
Betul.
Sas,
Ha ha.
Ina,
Pun sikit juga. Keh keh keh.
Mail,
Ha ha.
Ten,
Ha ha.
Sep,
Nak cerita pasal daun pandan sebenarnya. Keh keh keh.
Nad,
HA HA HA.
Februari 25, 2011 10:06 PG
kakak tu tipu..sebenarnya dia tau dekat situ ada semut...dia saja je nk suruh kamu amek...
Februari 25, 2011 10:14 PG
Awak sengaja minta diurut kakak jelita...
Februari 25, 2011 11:05 PG
lorh...
mati2 ingat kesurupan dek buatan orang..
rupanya buatan semut cap api...
lalalalalalala~
Februari 25, 2011 12:21 PTG
sungguh over acting....
Februari 25, 2011 3:41 PTG
Emira Darmia - LIKE
Februari 26, 2011 11:59 PG
gua pun terkonang jiran gua..masa gua umur 13thn..akak tu cun dan seksi..tiap pagi gua akan tunggu dia sapu sampah depan umah berbaju kelawar tanpa ****...masih gua terkonang benda tu bergoyanggggg....
Februari 27, 2011 9:47 PG
bila saja kau tulis kakak yang jelita...
aku terus terbayangkan Maria Arshad..tak tahu la kenapa.
~po
Februari 27, 2011 4:09 PTG
terbaek punya certot!
Februari 28, 2011 1:08 PTG
hekeleh! haha. semut api. cis cis
Mac 01, 2011 12:48 PG
berbaloi kena geget semut woihhh~
Mac 01, 2011 4:00 PTG
aku dok terbayang ko kena patuk ular tadi.
.
Mac 01, 2011 4:57 PTG
suka.. suka
Mac 02, 2011 12:18 PTG
Olate Omote pun nak main bawaah ampaian! Nak mian! nak main!
Sampuk tu ape?
Mac 03, 2011 1:23 PTG
Olate Omote pun nak main bawaah ampaian! Nak mian! nak main!
Sampuk tu ape?
Mac 03, 2011 1:23 PTG
Tang mana semut api tu gigit ..? hahaha!
Mac 03, 2011 2:33 PTG
Mira,
HA HA.
W,
Ha ha.
Kro,
Ha ha.
Gaf,
Ha ha.
Dug,
?
Waq,
Choiiiiiiiiiiii!
Po,
KAH KAH KAH!
Pye,
:)
Ama,
Ha ha.
Rudy,
Keh keh keh.
Tasek,
Choiiiiiiiiiiiii!
Tek,
:)
Oo,
:)
Purp,
Tak punai! Kah kah kah.
Mac 03, 2011 5:07 PTG
Purp,
Tang punai! Kah kah kah.
Mac 03, 2011 5:08 PTG
Uncle mmg miang.
hahahahaha
Mac 03, 2011 6:28 PTG
Catat Ulasan
<< Home