"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

04 Mac 2011

*Tabik* (Selamat Hari Jadi Tentera Darat)

Pagi tu, pagi yang bukan seperti selalu-selalu. Pagi itu, seperti pagi yang berselimut sepi - bening!

Pagi itu, Mak Teh sibuk bersalaman dan berpelukan dengan jiran tetangga kami. Pagi itu, Pak Hussain bersama-sama 'anak-anak buahnya' sibuk memunggah barangan dari kuarters kami ke dalam trak 5 tan. Pagi itu, pagi terakhir Mak Teh sebagai anggota BAKAT. Pagi itu, pagi terakhir Pak Hussain sebagai anggota 'soljah'. Dan, pagi itu, pagi yang penuh tanda tanya buat seorang budak lelaki darjah 2, "Lepas ni dah tak boleh beli coklat kat NAAFI dah ke?"

Anak Sarjan Baskaran, Ruba, baru bangun dari tidur dan masih terpisat-pisat. Maka, terbukalah jendela asmara di antara kami berdua.

"I have to go!" Aku kata, sambil memerhatikan hujung rambut kerinting anak gadis yang masih belum masuk sekolah rendah itu menguit-nguit di hembus semilir. "Take care of yourself, Ruba!" Sesekali, mata Ruba layu. Mungkin kerana dia masih lagi kantuk. HA HA.

KOMA

Toyota Corolla Pak Hussain bergerak meninggalkan kuarters. Aku berpaling. Ruba - ku lihat, semakin lama semakin mengecil. Kemudian, Toyota Corolla Pak Hussain membelok ke kiri. Dan, Ruba pun hilang dari pandangan.

"Kuala Lumpur, here we come!" Pak Hussain kata.

KOMA

Tabik Abah (201092: Sarjan (B) Hussain bin Ahmad)! Tabik Uncle Baskaran! Tabik kepada semua soljah yang mempertahankan kedaulatan negara!

16 Comments:

Blogger sinaganaga said...

I loike. Keh keh keh!

Mac 04, 2011 12:19 PTG

 
Blogger Unknown said...

me too. LIKE.

Mac 04, 2011 12:23 PTG

 
Blogger Pokok said...

Kalau En.Naga jadi kawin dgn Ruba, mesti anak En.Naga macam hindustan. Tak try cari balik ke si RUBA tu?

Mac 04, 2011 1:00 PTG

 
Blogger Unknown said...

Tabik sama mereka yang mempertahankan tanah air tercinta kita..

Mac 04, 2011 2:26 PTG

 
Blogger Unknown said...

Bang, 2nd para typo (mat teh).....

Mac 04, 2011 2:36 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Hel,
:)

Nad,
Tak carilah. Last, dgr cerita - Uncle Baskaran balik Brickfield.

Kro,
Tabik!

Hy,
Wokeh. Thanks.

Mac 04, 2011 3:27 PTG

 
Blogger Brader Burger said...

Tabik juga kepada Genderal Sindiket Sol-jah ! :)

Mac 04, 2011 3:39 PTG

 
Blogger Pa'chik said...

jendela asmara tu... ada macam jendela Hassan ngan Salmah?

Mac 05, 2011 3:36 PTG

 
Blogger Corey said...

Gua pun tabik juga...(tabik macam gaya P.Ramlee tabik haji Bakhil)

Mac 06, 2011 6:42 PTG

 
Blogger zan said...

Mata dah berkaca ni tapi ku tahan je jend...keh keh keh

Mac 07, 2011 12:42 PG

 
Blogger pye:rudz said...

tatu angkatan tentera memang kacip dengan selera saya masa kecik-kecik dulu. best wo!

Mac 07, 2011 11:33 PG

 
Blogger Denanz ... said...

tabik spring

Mac 07, 2011 5:31 PTG

 
Blogger dugongsenyum said...

TABIKKKK!

Mac 08, 2011 12:42 PG

 
Blogger Pegawai Khalwat said...

Naga Bin Hussain.

Adik beradik Bin Laden jugak nih.

Mac 08, 2011 9:02 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Boh,
Tabik.

Chik,
:)

Kori,
Tabik.

Zan,
:)

Pye,
:)

Den,
Tabik.

Dug,
Tabik.

Khal,
HA HA HA.

Mac 08, 2011 11:32 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Boh,
Tabik.

Chik,
:)

Kori,
Tabik.

Zan,
:)

Pye,
:)

Den,
Tabik.

Dug,
Tabik.

Khal,
HA HA HA.

Mac 08, 2011 11:32 PG

 

Catat Ulasan

<< Home