"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

08 Mac 2011

Hujan Pagi

Pagi itu awan gemawan menghempaskan hujan.

Dia terbangkit dari lena yang tersekat-sekat. Di birai katil, dengan separuh tubuh masih berselimut sepi, dia mengosok-gosok lohong hatinya yang bolong. Tiada apa-apa perasaan yang bangkit daripada perlakuan itu.

Kemudian dia teringat akan sesuatu. Dengan sepantas kilat dia berlari keluar dan menuju ke lif. Dan menunggu...

22

21

20

19

18

17

16

15...

Dia menghitung nombor yang menyusut pada panel lif itu dengan mata yang mengereceng.

14

13

12

11

10

9...

"Awal bangun hari ni, bang? Nak ke mana [ketika] hujan-hujan begini?" Ada suara yang menyapa. Dia tidak tahu siapa, kerana dia tidak pernah berpaling untuk mengetahui siapakah empunya suara yang bertanya.

"Nak pergi kutip hati gua!" Dia kata. Ringkas dan padat. Tapi, masih lagi samar-samar.

Telah sekian lama, setiap kali hujan turun, dia akan wongweng di padang ilalang yang basah; berharap agar awan gemawan menjatuhkan semula hatinya yang dulu tersangkut di atas sana.

8

7

6

5...

[Lif dahlah tinggal satu sahaja yang masih elok... tak mahu berhenti kat 'floor' gua pula tu!]

4

3

2

1

G.

*Ting!*

Label:

13 Comments:

Blogger Shank said...

besok pagi cuba berhenti kat lobby .
maybe ada hati sedang menunggu :P

Mac 08, 2011 12:14 PTG

 
Blogger Corey said...

Lu lepak tingkat satu pun nak tunggu lif ke bang?Terjun sajalah.Mana tahu hati tu turut tergelincir sama :)

Mac 08, 2011 12:33 PTG

 
Blogger Pokok said...

Turun pakai tangga lah, exercise sikit.. perut dah naik tu..

Mac 08, 2011 12:57 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Shank,
Lu bagi gua semangat ni. Yeah!

Kori,
:)

Nad,
:)

Mac 08, 2011 1:18 PTG

 
Blogger NeemoNeemoâ„¢ said...

Ish. I seram sikit cerita ada suara2 dalam lif waktu pagi buta ni..

Mac 08, 2011 2:22 PTG

 
Blogger tasekM said...

lu kalau cerita mmg sedap la bang.

gua suka.





.

Mac 08, 2011 2:24 PTG

 
Blogger mariahsj said...

Yo! Suara hati yang menarik. Jaga-jaga, jangan sampai tersepit di lif dan hati terlepas ke bawah tak sempat disambut. Perfect story. I like. :-)

Mac 08, 2011 4:32 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

kalau nak pergi kutip hati molek kalau guna tangga. hihi.

Mac 08, 2011 6:52 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Ano.
:)

Tasek,
Alaaa, pandai la lu jack gua! :)

Kak Ton,
Ngeh ngeh ngeh. Kak Ton dan Kak Izan kan antara guru-guru saya! Y'all memang terbaek!

Ate,
KAH KAH KAH.

Mac 09, 2011 9:08 PG

 
Blogger pye:rudz said...

next time bebeh. next time...

Mac 09, 2011 12:16 PTG

 
Blogger Taf Teh said...

Biarkan sahaja hati itu tersangkut di atas sana.


Kerana di sini, ia bakal diludah, di gelek bulldozer, dimesin-kisar atau digoreng berlada oleh perempuan-perempuan ayu seksi mengada-ngada yang kamu tergila-gilakan tu...

Mac 09, 2011 11:08 PTG

 
Blogger Pegawai Khalwat said...

Penat aku tunggu lif tu.

Mac 21, 2011 11:24 PG

 
Blogger oasis said...

tak kisah la... nak jatuh ke ... nak terpelanting ke... nak terbang ke... yang penting hati tu mesti hati emas... ramai la yang sambut...

Mac 22, 2011 9:01 PG

 

Catat Ulasan

<< Home