"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

24 Mac 2011

Hari Tanpa Beg Plastik adalah hari tanpa otak

Hari itu hari Sabtu. Aku singgah di kedai stesen minyak. Aku beli barang-barang: rokok, pencucuh api, air mineral, air Kokakola, kacang tumbuk, Cekedis, gula-gula, suratkhabar.

Tet tet tet, pekedai itu imbas barang-barang yang aku beli. Kemudian, dia beritahu harga yang aku perlu bayar.

Ok, aku kata, dan aku hulur duit.

Kemudian, dia pulangkan duit baki dan resit.

Beg plastik, aku tanya.

Hari ini hari Sabtu, hari tanpa beg plastik, dia jawab. Kita nak selamatkan dunia, beg plastik tak boleh dikitar semula, sebab itu kita nak kurangkan penggunaan beg plastik, dia jawab, macam NGO alam sekitar.

Ok, aku kata, kalau begitu, bagi saya beg kertas sahajalah.

...dan kami tak sediakan beg kertas, dia tambah.

Mana boleh, aku kata, di negara maju seperti Jepun misalnya, jika mereka tak sediakan beg plastik... mereka akan sediakan beg kertas kepada pelanggan, aku kata lagi, Melaysia negara mundur... negara mundur perlu mencontohi negara maju! [Aku berhenti seketika untuk menghela nafas]. Dan, dan, dan, aku tambah, ada Najib [Datuk Seri] bagi arahan supaya kita semua hentikan penggunaan beg plastik pada hari Sabtu????? Mata aku dah terjegil-jegil. Suara aku dah macam bunyi Marsli NO baca sajak. Tangan aku dah macam orang India sedang bercakap.

Pekedai itu cuba berkeras.

Aku minta duit aku semula.

Pekedai tu kata, bila duit dah di-pump in - tak boleh nak di-pump out dah.

Fuck, aku kata, kalau awak tak bagi saya beg plastik... saya akan curah dan tabur barang-barang yang saya beli ni di dalam kedai stesen minyak awak!

KOMA

Hari itu hari Sabtu. Aku singgah di kedai stesen minyak. Aku beli barang-barang: rokok, pencucuh api, air mineral, air Kokakola, kacang tumbuk, Cekedis, gula-gula, suratkhabar. Ketika pengguna lain tak dapat beg plastik - AKU DAPAT!

47 Comments:

Blogger tasekM said...

hahaha... pehal gila ganas nih...?


:p




.

Mac 24, 2011 10:39 PG

 
Blogger marina anakcikbob said...

boleh dapat beg plastik sebenarnya.. tapi tambah 20sen.
apsal cashier tu bongok sangat?
sengal.

Mac 24, 2011 10:40 PG

 
Blogger pizli.mw said...

Hahahaha, nak buat taktik angkat tangan jugakla lepas ni..

Mac 24, 2011 10:49 PG

 
Blogger Pokok said...

hahaha.. macam gampang garang nya.. pasal beg plastik pun nak gaduh.

Mac 24, 2011 11:01 PG

 
Blogger pak long said...

salam..
hairan kan...tak der beg plastik ganti la beg kertas....tu namanya buat kerja tak pakai otak....

Mac 24, 2011 11:02 PG

 
Blogger farwalis said...

hahaha.

Mac 24, 2011 11:53 PG

 
Blogger Waqheh said...

IDEA BANGANG..nape nak hari sabtu..buat la hari2 kalo nak save dunia..hapus plastik tukar je beg kertas mcm amerika, jepun dan negara maju lain..

Mac 24, 2011 11:56 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Tas,
Aku boikot HTBP!

Mar,
Aku boikot HTBP!

Piz,
Aku boikot HTBP!

Pok,
Aku boikot HTBP!

Long,
Aku boikot HTBP!

Fr,
Aku boikot HTBP!

Mac 24, 2011 11:56 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Waq,
Aku boikot HTBP!

Mac 24, 2011 11:57 PG

 
Blogger Pokok said...

Kita bakor jer kedai yang amalkan HTBP.. Kita Bakor.. Kita Bakor..

Mac 24, 2011 12:26 PTG

 
Blogger Unknown said...

kekwatnya awak.. sentap akak cleaner

Mac 24, 2011 12:56 PTG

 
Blogger lavender harum wangi said...

kita boikot kita boikot~!! kah kah kah :D

Mac 24, 2011 1:15 PTG

 
Blogger Waqheh said...

kita bakar je stesen minyak tuh...

Mac 24, 2011 1:41 PTG

 
Blogger tuan tanah said...

Dia patut tanya awal2 sebelum scan tu nak beg atau tak. Duh.

Mac 24, 2011 2:31 PTG

 
Blogger faezeal neeson said...

nanti wat beg kain je la........kalau payah sangat

Mac 24, 2011 2:55 PTG

 
Blogger cactus_berduri said...

kasiannyer..lain kali ckp "aku nk bakar kedai ne klu ko xbkjasama" aikkk

Mac 24, 2011 3:01 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Pok,
Aku boikot HTBP!

Tek,
:)

Lav,
Aku boikot HTBP!

Waq,
Aku boikot HTBP!

Tanah,
Melaysia negara mundur - semua yang kau sebut tu tak akan berlaku!

Contoh lain (Melaysia sebegai negara mundur): Ek elehhhhhh, buat video pun hitam putih sahaja *ahaks*

Her,
Aku boikot HTBP (Selagi mereka tak sediakan karung kertas macam kat dalam filem-filem Amerika tu!)

Cac,
:)

Mac 24, 2011 3:23 PTG

 
Blogger Anonymous said...

mencarut untuk dapatkan beg plastik pada hari tanpa beg plastik adalah satu amalan yang kurang elok dicontohi oleh anak-anak kecil.

pernah aku lihat org angkut troli supermarket ke atas trak pikap.

aku rasa itu amalan yang lebih murni.

~po

Mac 24, 2011 4:50 PTG

 
Blogger MOnSter KEkhai said...

u are the man~!!!!!!..huhuuh

Mac 24, 2011 5:20 PTG

 
Blogger oasis said...

ok... ni kisah cinta beg plastik... ganasnya cintamu!!!

Mac 24, 2011 6:13 PTG

 
Blogger abdullahjones said...

jahat macam firaun.

Mac 24, 2011 6:24 PTG

 
Blogger Firol said...

Kerasssssss

Mac 24, 2011 11:21 PTG

 
Blogger Nizam.Ariff said...

bro, kalau dia nak selamatkan dunia, suh dia damaikan konflik timur tengah sana tu...

setakat beg plastik... selamatkan penyu...

Mac 25, 2011 1:58 PG

 
Blogger Cat Cat said...

Ooooh... Naga sudah marah... PANAS BARAN.... just because plastic bag... Haha.

Kat Amerika, cashier siap tanya "Plastic or Paper"...

Gua cakap, "No... I brought my own RECYCLED BAG"...

Begini lah Encik Naga... Next time, you gi beli rokok kat stesen minyak tu, cuba ko bawak your own RECYCLED BAG... Mesti ternganga cashier tu... Hehe.

Mac 25, 2011 5:17 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Po,
Jangan cakap banyak - nasi dagang, se!!!!!

Mon,
Yeahhhhh!

Oas,
Kita boikot HTBP!

Dolloh,
Kenapa Bio Tech tak ada usaha nak buat beh getah untuk supermarket? Kenapa? Kenapa? Hoh? Jawab!

Fir,
Kita boikot HTBP!

Aku,
Kita boikot HTBP!

Cat,
Melaysia ni negara mundur!!!!! Tu pasal bogok!

Mac 25, 2011 9:06 PG

 
Blogger jeb said...

ah!!! kalau nak tiru jepun sangat nape tak bawak furoshiki...

bukan negara je kena maju..rakyat pun kena maju gak...

Mac 25, 2011 9:36 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Jeb,
Ah, mana ada orang masuk kedia stesen minyak bawak furoshiki weh!!!!!!! Nak kasi idea pun - kasi le yang maju sikit!

Mac 25, 2011 12:18 PTG

 
Blogger Raja Fiqri Fauwaz said...

keh keh keh. hari sabtu hari tak payah membeli sebenarnya.

Mac 25, 2011 1:19 PTG

 
Blogger FVN said...

Hari Sabtu pi dating.. takyah shopping la uncle! muahahahaha

Mac 25, 2011 2:01 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Ism,
Rokok dengan air mineral tetap kena beli?

Fryn,
Weh, bila nak interview masuk DBP ni weh? Nak uncle 'sound' kat apak Fryn ke?

Mac 25, 2011 3:04 PTG

 
Blogger pye:rudz said...

ni akibat banyak tengok tv lah yang berangan macam gini nih...

Mac 25, 2011 4:16 PTG

 
Blogger yoa said...

oh? stesen minyak pon? ingat supermarket besar jek? huhuuu

Mac 26, 2011 11:13 PG

 
Blogger dugongsenyum said...

perghh!

Mac 26, 2011 11:54 PTG

 
Blogger oasis said...

kita boikot htbp...! tak nak la...

kalau tak bagi beg, tak beli barang banyak, tak banyak platik tu kat rumah, tak penuh alamari rumah dgn plastik tu ...

plastik tu pun kekadang boleh jadi sampah pulak ... sebab lebih banyak dari sampah yg sebenarnya... jadi...

aku boikot kau boikot htbp ...haha

Mac 27, 2011 12:05 PG

 
Blogger Corey said...

Perangai macam NGO alam sekitar...Hahaha.Tu baru beli air dan pemetik api.Kalau beli boxer atau bee dees macam mana nak jawap.Ehhh...kat petrol pump ada jual boxer ke?

Mac 27, 2011 10:24 PG

 
Blogger oasis said...

corey : hari lain kan boleh beli tu semua...bukan kat stesen minyak la... kalau kat stesen minyak negara maju ... tu tak tau la.

boikot sesiapa yg boikot htbp dan siapa yg hisap rokok (hari Sabtu dan sedetik lebih )... hahaha...

Mac 27, 2011 11:24 PG

 
Blogger leLabu said...

tok, kat penang hari-hari adalah hari tanpa beg plastik.

org sini sudah terdidik bawak beg sndri atau bayar 20sen.

harap org sana pun terdidik sama.

mungkin ini usaha kecil kita utk alam sekitar.

Mac 28, 2011 10:37 PG

 
Blogger Pegawai Khalwat said...

Mujur kat sana hari Sabtu saja.

Kat Tanjung ni tiap-tiap hari ooo... gila apa beli roti dengan kaya dengan air kotak besar dengan makanan ringan dengan roti coklat, semuanya kena bawa dengan tangan!

Mac 28, 2011 12:20 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Pye,
Aku boikot HTBP!

Yoa,
Aku boikot HTBP!

Dug,
Lama kau tak mari Maskara, Dug!

Oas,
Di IKEA ada jual perkakasan untuk menyimpan beg plastik terpakai.

Faham tak ni? :)

Kori,
Di kedai stesen minyak ada jual seluar dalam kertas.

Koya,
Kau salah orang. Ini bukan blog Tok Rimau. Pergi google kalau tak tahu url blog Tok Rimau. :)

Khal,
Jom, kita boikot HTBP!!!! Ok, kau beli juga barang2 tu - tapi suruh pekedai hantar barang2 tu sampai ke kereta!

Mac 28, 2011 9:51 PTG

 
Blogger Aisyah Munira said...

Ehem...
kat IKEA kalau beli barang dia bagi beg plastik gak...
oooo... itu kompeni dari negara maju ye... hahaha...


tapi tempat simpan beg tu pun tak cukup gak ... emmmm...

Mac 29, 2011 12:00 PG

 
Blogger lumachroma said...

Tak guna kalau buat HTBP tapi sampah sarap lepas habis pasar malam tetap biar gitu aje, esoknya baru terhegeh-hegeh nak kutip, itu pun kutip tak bersih.

Tak guna kalau buat HTBP tapi bas-bas pengangkutan awam semua hembus asap tebal hitam legam takda siap nak buat pemantauan apa jadah semua.

Kerajaan negeri yang implement benda ni mmg bodoh piang!

Penah aku tengok sorang aunty foreigner ulang alik 3 kali dari kaunter ke kereta sebab nak angkut cat food yang dia beli sebab HTBP ni.

Serius dalam bab HTBP ni aku malu jadi rakyat Malaysia.

April 04, 2011 6:43 PTG

 
Blogger kayrel said...

kat penang tetiap hari tak dak beg plastik.. haihz...

April 04, 2011 8:11 PTG

 
Blogger AkuBosan said...

"Tak guna kalau buat HTBP tapi sampah sarap lepas habis pasar malam tetap biar gitu aje, esoknya baru terhegeh-hegeh nak kutip, itu pun kutip tak bersih.

Tak guna kalau buat HTBP tapi bas-bas pengangkutan awam semua hembus asap tebal hitam legam takda siap nak buat pemantauan apa jadah semua."

tak guna ajar anak2 bahaya hisap dadah kalo kat lua ada lagi mat rempit

tak guna buat undang2 kena kahwin kalo ramai lagi buat maksiat,kena tangkap basah etc..

tak guna kalau makan kalau tak sampai 4 jam lapa balik..

agak2 la nak semua benda rebel bro..kalau semua nak ikut "undang2 dicipta undang dilanggar"..baik kita duk sesorang dalam hutan..takyah ada komuniti

April 06, 2011 11:17 PTG

 
Blogger Bila Diary Bercerita said...

hahahaha....gelak baca entri ini sebab teringat dulu saya pun pernah marah2 masa beli barangan dapur kat Giant.

Masa tu belum diwartakan lagi Sabtu tanpa beg plastic. Angin satu badan dgn barangan dapur penuh troli tu dorang tak nak bagi plastic. Budak cashier tu cakap, kalau nak jugak kena charge berapa sen ntah..tak ingat.

Huh! memang hampeh....

April 11, 2011 10:11 PTG

 
Blogger Brader Burger said...

hahaha! Lu mmg RARE lah Bro Naga :)

April 18, 2011 4:11 PTG

 
Blogger utusanjiwa said...

kalau fikirkan tentang kempen ni, rasanya hypermarket MAKRO yg popular satu masa dulu dah awal2 promote, ingat x? cashier 2 tentu gerun...

Mei 18, 2011 10:24 PTG

 
Blogger Sisipan Ilham said...

hahaha org pandai2 memang lagu tu hehehehe

Jun 03, 2011 1:06 PG

 

Catat Ulasan

<< Home