GT3: Gadis Tokyo vs Gadis Toyama vs Gadis Tomyam
yuki di puncak ancala,
semilir di kolam asmara
Gadis Tokyo lebih 'sophisticated'. Se'sophisticated' kota cosmopolitannya. Bijak berhias diri. Hamba fesyen. Rambut panjang lurus warna-warni. Berkening tajam bilah pedang 'samurai'. Bergincu 'pika-pika'. Pelupuk mata biru ais. Kuku berpelekat gambar kartun. Bercukur bulu roma. Teman paling molek untuk ke majlis makan-makan di McDonalds. Dan harus berkejar-kejar pulang ke stesyen keretapi bawah tanah sebelum perkhidmatan keretapi tamat, alahai! "Soradewa matane bye bye!"
Tapi, apabila di rumah, 'kimono' tak tinggal.
Gadis Toyama lebih bersederhana. Berpakaian pun seperti gadis-gadis baru lepas sekolah menengah. Naif? Tak juga.
Lemah-lembut. Kalau bercakap, antara dengar dengan tidak. Kalau duduk, berlipat kaki. Kalau rapat, rambut mungkin mencecah pipi. Pipi kau!
Setiap kali pulang dari pejabat dia akan membukakan stoking kau. Memotongkan kuku jari-jari kau. Mengosok belakang badan kau (semasa ofuro) dengan tuala kecil; untuk membuang saki baki daki. Memasak lauk entah apa-apa entah untuk kau... Kalau bercerita, gemar berkisar tentang 'ikebana', 'chado', 'kakiage', 'wagashi'... kalau dicuit, akan melatah tentang 'zen', 'kaizen', 'sogo shosa' bla bla bla....
Tapi, apabila di rumah, 'kimono' tak tinggal.
Gadis Tomyam. Berseluar ketat. Berkemeja t sendat. Cakap 'Jerman'. Pekat! Cuma tomyamnya rasa macam sayur campur air panas sahajalah, alahai!
"Nasi Paprettkkk, sa! Air paip o peng, sa!" Kau.
4 Comments:
Sphisticated tak mengapa masih boleh telan, yang kureng ialah sophistikatod... nengok gambo 'sedang-sedang saja' Bertuah badan dapat dayang rajin.
April 09, 2005 12:35 PTG
lahh... ingatkan gambar miyuki ber-skirt pendek warna bumi dengan motif bunga-bunga halus. ingatkan nampak lutut putih-merah (dan berfantasi macam-macam). rupa-rupanya miyuki pakai kimono :)
"Gadis Tomyam. Berseluar ketat. Berkemeja-t sendat."
mereka macam gadis Tokyo juga. bila di rumah baju kurung tak tinggal.
April 09, 2005 4:14 PTG
Apa hubungan miyuki dan encik naga??? ceritalah sikit?
April 09, 2005 8:41 PTG
mat jan.. aku ingat miyuki pakai seksi.. uhuhuhu sesia je kita berfantasi.. :)
April 10, 2005 1:27 PG
Catat Ulasan
<< Home