"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

02 April 2005

Usik-usik punat di Atami...

>>MOP LANTAI: Encik Naga, apa telah terjadi di Atami? Mesti kau usik punat-punat penggera tu. Ala, citer la citer la! Hahahahaha!

WONSAPONATIME.

Kalau berkereta. Dari Tokyo, kau akan melalui Kawasaki - Yokohama - Hakone - Atami. Terletak di Shizuoka Prefecture, Atami cuma lima belas kilometer dari *Hakone.

Fukushima (rumah Rudy)? Uihh, jauh ke utara. Atami itu ke selatan, sebelum sampai ke Shizuoka. Nagoya. Kyoto. Osaka. Kobe (rumah Azlyna). Hiroshima.

Dalam perjalanan, kau boleh melihat sambil-sambil Fuji-yama dari tingkap kereta. Ya ya, sambil-sambil makan epal Fuji juga ya!

Kami menginap di hotel 'Kuetiau' (Relais & Chateaux). Pantainya terdiri daripada tebing-tebing tinggi yang mengadap Lautan Pasifik. Dan kononnya, dulu, kawasan ini terdedah kepada bahaya 'tsunami'.

"Chateaux!" Mari.

"Kuetiau!" Aku.

"Chateaux!! Ah, malaslah nak ajar kau." Mari.

"Samalah tu..." Aku.

Kata Mari, pihak hotel terpaksa membina pintu-pintu kedap air di sepanjang siar kaki ke bilik tempat penginapan. Pintu-pintu anti 'tsunami' ini sama fungsinya dengan pintu kedap api. Cuma, pintu-pintu anti 'tsunami' ini boleh digerakan secara automatik.

"Apa kata kalau kita cuba..." Mari.

"Punat yang ini ke?" Aku.

Tet tettt tettttttt tettttttttt! Bilah-bilah pintu anti 'tsunami' itu tiba-tiba terkeluar dari gelangsar di tepi dinding. Macam dalam filem-filem spy 007. Dummm! Kami terperangkap di tengah-tengah. Aramak!!!! Matilah...

Ya ya, "Curiosity Killed the Cat! In this case - two little cats!!" Ha ha.

Setengah jam kemudian, kucing yang satu itu terpaksa tunggang-tungging minta maaf kepada staf hotel. Aku? Masih dalam keadaan panik.

"Apa kau cakap kepada dia?" Aku.

"Aku kata, kau abang aku yang baru terlepas dari hospital gila. He he." Mari.

"Choiiiii!" Aku.

Kami berlari berkejar-kejaran di sekeliling hotel (sempat aku baling kasut, tepat kena kepala dia), kemudian.

WONSAPONATIME.

*Hakone - Hakone Open-Art Museum terletak di sini. Dulu, masa zaman-zaman samurai - Hakone menjadi pintu masuk utama ke daerah Kanto (Tokyo?).

9 Comments:

Anonymous MAT JAN said...

MORAL: jangan suka usik punat.

(encik naga ni asal nampak punat aje nak usik. tak baik tau!)

April 02, 2005 5:56 PTG

 
Anonymous labu_labi@Yahoo.com said...

selain 'bebola api'rupenya kau suke main punat! Ada punat bawak bahagia, ada punat bawak gelabah...

April 04, 2005 10:20 PG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

Punat apa yang kau cerita ni?

"Mungkin di bawah, mungkin di atas" - Explorace

Tok R

April 04, 2005 2:54 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

Encik Naga, macam mana nak lukis signboard jangan-tekan-punat?

bwahahahahahahah

http://basrie.tk

April 05, 2005 8:18 PG

 
Blogger moplantai said...

Aku dah agak. Aku dah agak. Aku bayangkan ko tersepit antara dua pintu itu. Mesti lagi best!

April 05, 2005 9:52 PG

 
Anonymous Op said...

lepas ni mungkin diorang buat undang2 tekan punat denda 1 juta yen.

April 05, 2005 10:14 PG

 
Blogger moplantai said...

Aiseh! Lupalah aku nak ucapkan selamat ulangtahun umur yang ke dot dot dot! moga2 encik naga awet muda!

April 05, 2005 11:01 PG

 
Blogger raden galoh said...

Naga,
Kepala ke ekor kau yang tersepit?

April 05, 2005 1:03 PTG

 
Blogger amyz! said...

betul cakap mat jan tu. tak baik tau suka tekan2 punat. bahaya. kan dah terkurung dalam bilik kalis tsunamni..

April 06, 2005 2:49 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home