"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

16 Mac 2005

Bila rindu kau lihatlah potretku

BUAYA DARAT
Image Hosted by ImageShack.us
Ini bukan potretku. Ini potret orang lain. Harap maaf!

GASSHOO TSUKURI
Image Hosted by ImageShack.us
'Gasshoo Tsukuri' yang mencecah usia 200 tahun ini diwarisi turun-temurun oleh keluarga Samurai. Atapnya yang diperbuat dari jerami padi dapat berfungsi sebagai penebat suhu. Selalunya, kami tidur di loteng. Dan berangan-angan menjadi seperti Samurai baru balik perang.

ASEAN JUNIOR FRIENDSHIP PROGRAMME
Image Hosted by ImageShack.us
Program untuk 'young adult' sekitar usia 13 - 16 tahun. Yang dikendalikan oleh sekumpulan fasilitator berpengalaman dalam hubungan antarabangsa. GAMBAR: Naga dan dayang-dayang di hadapan sebuah sekolah untuk anak-anak orang asli Thailand di Doi Poi, utara Thailand.

Dan aku tahu betapa susahnya menjaga empat orang anak perempuan.

Beza anak lelaki dengan anak perempuan: Anak lelaki, kalau shopping, beli untuk diri sendiri sahajalah. Anak perempuan, kalau shopping, beli tie untuk papa + beli songket Siam untuk mama + beli lampu tidur untuk Alia + beli baju bola untuk Aiman + anak kucing kat pasar malam pun dia nak bawak balik ke Malaysia... Dan aku? Aku jadi tukang tawar-menawar.

TUGU
Image Hosted by ImageShack.us
Lama berdiri seperti tugu, lama-lama terasa seperti tugu jugalah, aduhai!

8 Comments:

Anonymous Tanpa Nama said...

Wah En Osman sudah bernai tunjuk diri. Misai tu boleh buat anak gadis jadi tak tidor malam.

En Osman, pi ke PC bebudak dept Flash dan download la video aku. Pasti ngam.

-Macan Tua.

Mac 16, 2005 1:49 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

rumah tu mengingatkan aku pada cerita kurosawa.. 7 samurai ke apa nama..

Mac 16, 2005 7:02 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

rumah tu mengingatkan aku pada cerita kurosawa.. 7 samurai ke apa nama..

Mac 16, 2005 7:04 PTG

 
Blogger spyz said...

rumah tu mengingatkan aku pada cerita kurosawa.. 7 samurai ke apa nama..

Mac 16, 2005 7:16 PTG

 
Anonymous resaksa said...

encik naga, pandai berbahasa siam kah?

Mac 16, 2005 10:01 PTG

 
Blogger samurai said...

uhuk..uhuk..

tersedak air liur. ade org sebut2 name aku ke? ;)


http://ahsuez.blogdrive.com

Mac 17, 2005 8:54 PG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

hahaha, kan dah popular nama cik osman tu..

kasi lagi nama bukan bukan masa salam.

Mac 17, 2005 7:55 PTG

 
Anonymous labu_labi@Yahoo.com said...

naga kelihatan kurus.

Mac 20, 2005 12:20 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home