SEPET: Babak-babak yang aku suka
NOTA KAKI BANGKU: Pada aku, untuk buat filem, kau kena berlebih-lebih. Melampau. Tak mengapa! Kalau kau buat filem untuk babak orang bergaduh serupa macam India laki bini yang bergaduh di depan rumah kau - itu bukan filem, itu memang India laki bini bergaduh di depan rumah kau. Kau kena berlebih-lebihan sikit adegan itu supaya penonton tahu yang kau tu buat filem.
"Aciiii! Jangan gado laa malam-malam. Kasi stop laa. Esok Aci sambung gado okay...!"
SATU. Babak cinta pandang pertama Jason dan Orked di pasar siang. Muzik latar 'fade off' dan kembali normal apabila kawan Orked petik jari.
DUA. Babak Orked letak anak patung zirafah di atas mukanya. Dan kata "see! berbakatnya aku...".
TIGA. Babak Orked selit sikat kat celah dada. Part ini jiwa aku jadi kacau. Nak tengok sikat ke nak tengok Orked... ke nak dengar apa dialog yang Orked cakap. Lepas tu aku tertoleh sedikit ke belakang. Check. Takut-takut kalau Yasmin ada duduk kat kerusi belakang aku. Dan sergah aku. Atau pramugari yang selit pen di kolar baju tu ada. Dan kata "Encik ni nakallah!"
Dan kalau Yasmin boleh 'shoot' dari mula hingga habis dalam satu nafas, babak ni, tanpa 'cut', tanpa edit - aku tabik 'spring'! Tapi, Yasmin tak buat... sayang.
EMPAT. Babak Pak Orked dan Mak Orked menari tango. Masa ni pun fikiran aku jadi kacau. Soalan: Pak Orked 'kena loteri' malam tu. Ermmm... ta'kan Yam tak pernah beli 'nombor'? Ta'kan dia tak kena-kena? Ha ha.
LIMA: Babak Yam (orang gaji) bertutur dalam bahasa Inggeris dengan Orked (semasa Orked nak pergi 'airport').
ENAM. Babak Keong kena kejar dengan samseng. Nampak macam senang nak buat, tapi susah! Percayalah!
TUJUH. Babak Keong seluk seluar hospital selepas berbincang tentang '...wet sarong'. Ada pengaruh Tornatore di sini. 'Part' seluk seluar hospital.
LAPAN. Babak air mata Mak Orked mengalir deras semasa Orked baca surat Jason. Aku bukan suka babaknya. Aku suka Ida Nerina. Masa part ni. Mata dia macam pili air. Boleh buka tutup buka tutup.
SEMBILAN. Babak Yam dan Mak Orked tengok cerita Cina di kaca TV. Perhatikan pada tangan mereka. Masing-masing memegang 'remote control' seorang satu.
SEPULUH. Babak tepi tasik. Di ambil dari sudut belakang. Aku dah pernah tengok sudut/idea yang hampir serupa di dalam RABUN. Babak dalam kereta tak bergerak. Kau cuma boleh dengar dialog saja. Tapi kau tahu yang ada peran tengah bercakap-cakap dalam kereta tak bergerak tu.
BABAK BONUS. Babak Yam sikat rambut Mak Orked sikat rambut Orked sikat rambut Pak Orked yang tak ada rambut.
Berlebih-lebih. Tapi, itu yang aku suka. Apabila bercakap tentang filem.
8 Comments:
Sepet bukan filem Melayu moden yang terbaik. Ia filem Malaysia yang terbaik. Noktah.
Paling aku kuat ketawa: Dia datang dengan lenggang lenggoknya.
Paling aku kememe: Tangisan ibu dan anak ketika menuju lapangan kapal terbang.
Paling aku mushkil: Pasar siang. (Ramainya orang berlakon di pasar siang itu.)
Paling aku insaf: Bismillahirahmanirrahim. (Basicly, the film got me at hello)
Pun begitu, aku mahu mencadangkan beberapa pembaikkan.
1. Memperkasakan lagi unsur penghargaan kepada puisi
a) Pertama kali Jason ternampak Orked di sekolah adalah di depan papan kenyataan. Mereka sama-sama membaca puisi yang ditampal.
b) Masa Orked dan ayahnya mencari Jason, mereka pergi ke celah bangunan tempat Orked terjatuh (dan teringat Jo cuba mencabulnya). Mereka terjumpa puisi cinta ditulis oleh Jason pada dinding bangunan. Oh.. barulah Orked sedar bahawa Jason nak tunjuk puisi, bukan nak beromen.
2. Mematikan watak Jason tanpa melibatkan kemalangan jalanraya. Kemalangan jalanraya terlalu biasa. Bila aku nampak motor celah lori je, aku berdoa janganlah watak ini mati dengan kemalanagan. Carilah cara lain.
a) Jason ditangkap kerana terlibat dengan VCD cetak rompak dan kumpulan kongsi gelap. Bila Jason keluar, kita sambung dengan Sepet 2.
b) Jason dibunuh oleh orang Jimmy kerana membalas dendam.
3. Babak yang perlu dibuang untuk ganti babak-babak di atas.
a) Seluar dalam Harith
b) Rambut lu dah panjang, ini pun dah panjang
c) Taiko tembak telur orang.
Aku tahu sex sells tapi filem ini sudah cukup baik. Ia tidak perlu sexs berlebihan.
Apa pun. Ini filem Yasmin, bukan filem aku. Sukahati Yasminlah untuk bercerita. Walaupun aku komen aku tetap nak ulang, Sepet bukan filem Melayu moden yang terbaik. Ia filem Malaysia yang terbaik. Noktah.
Mac 08, 2005 4:45 PTG
paling aku gelak : "i've been asking her la goblok!!" - wahhh.. jason pandai cakap jawa.. hahaha..
Mac 16, 2005 7:01 PTG
paling aku gelak : "i've been asking her la goblok!!" - wahhh.. jason pandai cakap jawa.. hahaha..
Mac 16, 2005 7:02 PTG
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Mac 16, 2005 7:03 PTG
paling aku gelak : "i've been asking her la goblok!!" - wahhh.. jason pandai cakap jawa.. hahaha..
Mac 16, 2005 7:03 PTG
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Mac 16, 2005 7:03 PTG
paling aku gelak : "i've been asking her la goblok!!" - wahhh.. jason pandai cakap jawa.. hahaha..
Mac 16, 2005 7:16 PTG
padan muka.. tadi asik keluar error.. kan dah byk komen aku :-D
Mac 16, 2005 7:27 PTG
Catat Ulasan
<< Home