SEPET: Bukan cinta pandang pertama aku...
Aku masuk lewat lima minit. Pergi KENCH!!! Terlebih dahulu.
Tak. Sebenarnya berkira-kira untuk menonton pada waktu tayangan jam sebelas malam. Tapi, untuk waktu tayangan jam sembilan sepuluh masih berbaki dua 'seat'. Aku beli. Tak apalah kalaupun SEPET sudah bermula lima minit.
Duduk-duduk, Yam sudah memesan itu ini itu ini, di muka pagar.
RABUN 'cinta pandang pertama' aku. Bukan SEPET. Sebab SEPET datang kemudian. Dan aku masih bercinta tak terlerai dengan RABUN. Sungguh! Bukannya aku ini jenis yang setia sangat... tapi, itulah hakikat, itu yang aku rasa.
"...Takeshi KANINA(bu?)???" Ha ha... Mana kau (Yasmin) dapat 'text' ni? Ha ha...
Keluar panggung, aku dan Aa bertekak. Tentang 'ending' SEPET.
"Jason kemalangan (pendapat Aa - Jason mati! Sebab ada banyak darah), Orked telefon Jason, tapi Orked dapat bercakap-cakap dengan Jason lagi...???"
Aku kata kepada Aa, Yasmin tak buat filem macam Yusuf Haslam. Kalau Yusuf Haslam, plotnya mungkin - 'Orked telefon Jason, Jason angkat telefon (ketika menonggang motosikal) dan bercakap dengan Orked (selit telefon bimbit di celah topi keledar), kemudian baru Jason kemalangan dan mati!'
Yasmin terbalikkan plot. 'Orked telefon Jason, tak dapat, Orked telefon untuk kali kedua, Jason kemalangan (pada pendapat Aa - Jason mati!), kemudian Jason angkat telefon dan bercakap dengan Orked.'
Kata Mat Jan "Penonton boleh fikir yang Jason masih hidup dan merangkak-rangkak dapatkan telefon, atau Jason sudah mati dan Orked bercakap dengan roh Jason. Atau, Orked bercakap dengan 'voice-mail' (kalau tunggu lama lagi, ada bunyi *beep* dan Orked akan kata "Celaka Jason, 'voice-mail' rupanya, terkena aku!"...
...atau seribu satu 'atau' lagi!" Tambah Mat Jan.
Pada aku - '1.Orked telefon untuk kali kedua. 2.Jason angkat telefon dan bercakap dengan Orked. 3.Jason kemalangan dan mati. Cuma, Yasmin telah tukar urutan ini kepada - 1. 3. dan 2. untuk memecahkan klise. Atau Yasmin sengaja mahu 'break the monotonous'! Jalan ceritanya tetap sama. Cuma reka letak muka suratnya bertukar (sengaja ditukar).
Misteri ini boleh diselesaikan kalau kita cam 1. baju warna apa yang Jason pakai ketika adengan cilok-mencilok dengan motosikal; DENGAN 2. baju apa yang Jason pakai ketika Jason (mati) kemalangan. Ermmm... mungkin Jason mati pada hari yang lain tak? Ermmmm...
"Sayang, jom kita tengok sekali lagi!"
"Tak naklah! Lain kali kita tengok cerita kartun sajalah!"
NOTA KAKI BANGKU: Tengok 'Children of Heaven' dia faham. Sampai meleleh-leleh maskara. Tengok SEPET, dia... aduhai!
10 Comments:
pendapat aku:
jason mmg mati. yang mengangkat telefon ialah orang lain. sbbnya suara yang mengangkat telefon terlalu cool utk orang yg tengah nazak/tgh merempit motor (kemudian berhenti tepi jalan utk angkat call).
juga bila orked kata i love u tu, nada suara dlam telefon terlalu mendatar. tiada perasaan. so aku rasa org lain yg angkat telefon dan melayan orked tanpa mahu memberitahu kejadian yg berlaku pada jason.
Mac 06, 2005 9:13 PTG
Erm, kenapa aku tak terfikir seperti apa yang kau fikir... Sekarang, aku syak perkara yang sama seperti apa yang kau fikirkan...
Mac 07, 2005 8:55 PG
Aku nak tgk lagi...
tapi tak ada kesempatan...
dlm keadaan begini aku terfikir.
kalaulah aku ada bibik kat rumah bestnya...
boleh tinggal anak malam-malam...
Mac 07, 2005 12:35 PTG
Uncle, sebab saye ngk citer tu ngan samurai, so secare otomatisnya pendapat saye same ngan samurai (walaupon saye tak de pendapat sebenarnye, main tiru je).
*baru ari ni dpt bertentang mate ngan monitor PC di opis. bz bodi sungguh..
Mac 07, 2005 2:10 PTG
"SEPET sudah bermula lima minit. Duduk-duduk, Yam sudah memesan itu ini itu ini, di muka pagar."
Hah! Kau terlepas scene Jason baca sajak Rabindranath Tagore pada ibunya. Dalam filem Sepet, itulah scene yang paling meninggalkan kesan di lubuk hati penonton. (Haha, saja bagi kau rasa serugi-rugi manusia kerana lewat 5 minit. Demi masa, manusia itu dalam kerugian..)
Ending tak ikut kronologi -- itu termasuk dalam "seribu satu atau" yang aku tulis kat blog. Ingat Paloh oleh Adman Salleh? Bukan ending saja, malah seluruh filem itu tak ikut kronologi! Mujurlah rukun filem tak macam rukun sembahyang, kalau tidak filemnya tidak sah sebab tak ikut tertib (yang dahulu didahulukan, yang kemudian dikemudiankan).
aku ingat kau akan pilih option "Jason sudah mati dan Orked bercakap dengan roh Jason". EEEiiiiuuuuoooOOOoooo...
Mac 07, 2005 4:11 PTG
tambah:
KANINA(bu) itu apa?
Mac 07, 2005 4:14 PTG
Mat Jan,
'Kanina...(bu)' itu kata carutan yang membawa maksud (lebih kurang) = 'mak kau punya barang...'
Di dalam panggong, tak ramai penonton yang ketawa semasa 'part' kawan Orked mengeluarkan perkataan ini.
Aa faham, sebab dia bekerja dengan syarikat Jepun yang ramai pekerja berketurunan Cina.
Mac 07, 2005 6:07 PTG
wahhhhh......
aku nak tengok SEPET sekali lagi!!!
untuk gelak pada part "Takeshi KANINA"
Mac 07, 2005 6:15 PTG
Oit! Mat Jan!! Kita pergi tengok bersama-samalah. Kalau dapat sebaris bangku dengan Rimau, Spyz, Yasmin dan Wahab (Wahab Hamzah) seronotttttt ni...
psssst... kita jangan bawak Aa lagi! *wink*
Mac 07, 2005 7:09 PTG
About the ending...obviously Jason was in a hurry to catch up with Orked. Jason did mention his intentions of seeing Orked at the airport. Quote, "Maybe if she sees my face, she will forgive me".
He didn't fastenen the belt of his helmet tightly. He rode in criss-cross. He fell sideways to his left.I believe the impact was very strong that caused internal bleeding. Blood trickled from his ears. There is no way he could have crashed & then pick up the phone.
Option 2. Jumbled up timeline... Answer the phone first & then crash. If so, why was the 'other end' very quiet? No traffic noises & he was very calm. Did he actually have to press the phone to his ears inside the helmet? Did her phone call cause his death? Oh, God. I won't opt for option 2.
Option 3. Someone else answered the phone. Actually this was my first hunch coz the guy sounded very calm & unlike him. The only things he said were
"I know"
"It's OK, I know".
&
"Me too"
That's weird. But the voice IS Jason's voice! So, I won't opt for Option 3 either.
My own deduction is that the conversation was imaginary in a REALISTIC state coz the dead communicating on digital waves? I don't think so. When Orked tried dialing the 2nd time, is when Jason was already lying on the road. the last thing he heard was silence, except for the ringing of the phone. His last memories were of him & Orked. I think he was at peace. Maybe Orked believed what she wanted to believe?
Option 5. Ok. we can be crazy & say dead Jason spoke to Orked on the PHONE!! But that's just crazy for Yasmin Ahmad.
I guess the ending..."we can never wholly know it"..hahaha..it's limitless.
"But it is love, my beloved.
Its pleasure and pain are boundless,
and endless its wants and wealth.
It is as near to you as your life, but
you can never wholly know it."
-Rabindranath Tagore-
April 13, 2005 10:31 PG
Catat Ulasan
<< Home