Orang Kerinci boleh 'morph' jadi Rimau
Gemulah Mak Long Lijah bercerita. Kononnya, orang Kerinci boleh bertukar bentuk menjadi harimau.
Pada suatu senja, singgah seorang pengembara (disyaki berketurunan Kerinci) ke sebuah teratak untuk menumpang bermalam.
Dipendekkan cerita, oleh kerana teratak itu hanya mempunyai dua buah bilik tidur, tuan punya rumah suami isteri mempersilakan pengembara untuk tidur sebilik dengan anak lelaki mereka (baya-baya Nazmi). Pada malam itu, mereka mendengar seakan-akan bunyi harimau "eermmm" di bilik sebelah...
Esok paginya, sekitar waktu subuh, pengembara pun meminta izin untuk pergi.
"Makcik! Pakcik! Saya minta diri dulu. Terima kasih kerana menumpangkan saya tidur. Tengah malam tadi, saya makan (buah) 'nangka'. 'Getah'nya bersepah. Tak sempat saya nak kemaskan. Minta pakcik dan makcik kemaskan nanti ya!"
"Ok!" Kata tuan punya rumah suami isteri.
Dan apabila tuan rumah suami isteri ke bilik sebelah untuk mengemaskan 'getah nangka' yang dikatakan tadi... mereka terkejut melihat anak lelaki mereka (yang baya-baya Nazmi) hanya tinggal kepala + tulang temulang + darah berselerakan.
Dari cerita gemulah Mak Long Lijah, aku belajar satu: See! Rimau Jadian pun pandai bersastera... Metaforanya kelas, taraf super sayah empat!
Beberapa tahun yang lalu. Aku ke Kerinci Sebelat, Sumatera Barat (Sumbar), Indonesia. Berkelana bersama-sama Not. Cuma kami berdua. Dan kami tanyakan kepada masyarakt setempat tentang cerita kononnya orang Kerinci boleh bertukar bentuk menjadi harimau.
"Bapak bisa 'morph' jadi macan ngak? Boleh kasi keluar ekornya ngak?"
"Loh! Gila kamu. Mana bisa akuu... untuk menjadi orang pun masih belum tentu suksesss..."
Rata-rata mereka tidak mahu mengaku (tentang kebolehan mereka yang satu itu). Tapi, aku dan Not perasan, ada sebuah tugu harimau besar dibina oleh pemerintah di pintu masuk ke Kerinci Sebelat. Berhampiran dengan ladang teh dan ladang pokok kayu manis. Gambar-gambar? - Rujuk Dewan Siswa, Oktober 1998.
9 Comments:
Naga,
Tok Rimau tu orang kerinchi ke?
Februari 04, 2005 4:45 PTG
"bunyi harimau "eermmm" di bilik sebelah..." - itu cerita nak cover jenayah sebenarnya. dia gay.. lepas 'ermmmm' dia nak musnahkan bahan bukti.. nak cari jambatan utk sorok n bakar, takde lg zaman tu.. :-)
thank for belanja.. nasi goreng tu memang sedap.. err.. ke aku yg lapar??
maaf, aku dah baca gt4 ko.. dan aku masih ulang gelak.. takkk.. sengih aje..
Februari 05, 2005 7:07 PG
uik... banyaknya citer citer "misteri" lately dlm blog ni... rudy bluehikari
Februari 07, 2005 9:17 PG
Jadi Rimau itu enteng. Mengaum dan makan orang. Jadi orang itu sulit sekali. Bagaimana mahu menginsankan manusia. Susah.
Ada yang jadi haruan makan anak, ada yang jadi monyet tak mau pakai baju, ada buaya baham perempuan, ada yang jadi lintah darat.. ya macam-macam lagi.
Cuba kau teka, kalau aku jadi rimau, ekor aku dalam kaki seluar sebelah kanan atau kiri?
---------------Tok Rimau----------------
Februari 07, 2005 9:32 PG
disebabkan kau lahir pada tahun monyet (jenis tak reti duduk diam) - maka, aku syak, 'ekor rimau' kau akan berada pada kedua-dua belah kaki seluar. kejap pada sebelah kaki kiri, kejap pada sebelah kaki kanan.
Februari 07, 2005 3:09 PTG
mungkin juga menghala ke atas. barangkali?
-resaksa-
Februari 07, 2005 4:23 PTG
ekor tok rimau duduk di sebelah depan... *icon bersiul*
Februari 07, 2005 11:35 PTG
uncle, hamba patik yang hina lagi kurang ilmunye dalam kesusasteraan melayu ni nak tanye, gemulah tu ape? bace2 tapi tak paham pon bosan jugak. arigato.
Februari 08, 2005 4:41 PTG
pakcik makcik tu lupa jemput pengembara makan malam. kesian dia lapar.
Februari 09, 2005 8:08 PG
Catat Ulasan
<< Home