Misteri Rumah PENA: Bilik air luar...
Rimau akan menginap di rumah Nazmi. Atau, Rimau akan menginap di rumah PENA sahajalah...
"Hotel taraf satu bintang satu bulan." Katanya. Via SMS.
"Oit! Bilik di rumah PENA (GAPENA?) ada hantu! Bilik air di luar... UuuuUUuuueeeeiiiooooo!" Kata aku. Via SMS juga. Entah iya, entahkan tidak.
Pernah, kerana 'dorm' di PUSPANITA penuh, aku 'sumbat' dua orang budak perempuan dari Projek Kalsom (UK?) ke 'dorm' di rumah GAPENA. Kadar sewa? Ikhlas nak bagi berapa. Dan aku suruh budak perempuan berdua itu bayar sepuluh ringgit; lima ringgit lima ringgit, untuk satu malam. Bersepadanlah untuk ruang bilik dengan katil 'double decker', mentol 60 watt, kipas angin macam dalam 'teksi balik kampung', dan bilik air di luar.
Esoknya aku diberitahu: pada tengah malam tersebut, budak perempuan berdua itu telah lari panjat pagar dan menginap di hotel bertaraf tiga bintang di Bukit Bintang.
"Hah, apa pasal?"
"Ya Allah bang... Erma tak sangguplah... menyeramkan! Bilik air di luar. Gelap pula tu... Terpaksa tahan kencing... EEeeee... Sunyi, sepi! Kadang-kadang Erma terdengar bunyi mesin taip... EeeeeiiiiiiiuuoooOOOoooo..."
Laa... memanglah mereka boleh terdengar bunyi mesin taip... Tan Sri (Prof. Ismail Hussein) memang suka duduk berlama-lama di rumah GAPENA. Menulis. Menaip.
Tapi, sungguh! Bilik airnya di luar. Dan apabila malam, suasananya menjadi begitu menyeramkan. Kunci bilik tersebut? Sampai sekarang budak perempuan berdua tu tak serahkan semula ke rumah GAPENA, alahai!
"Tan Sri! Semalaman di sini?"
"Tak! Baru sampai kejap ni..."
(runut bunyi: twilight zone)
Rimau,
Oit! Hantu rumah GAPENA memang suka hisap darah dari tengkok orang lelaki pergi 'outstation' tak bawa bini! He he.
UUuuuUUuuuueeeeeiiiiuuuuUUUuuuUUUuuuuuoooooooooo uhuk uhukk hukkk... Cis! Nyamuk masuk ke dalam mulut...
7 Comments:
UuuuUUuuueeeeiiiooooo? Hantu apa yang bunyi camtu tuh?
Januari 27, 2005 4:40 PTG
entah!
macam mana nak sebut "EeeeeiiiiiiiuuoooOOOoooo" tu???
seramkah bunyi itu?
Januari 27, 2005 9:50 PTG
Tok R mungkin akan tidur di rumah aku sabtu Malam Ahad. Umah aku takde hantu, ada lembaga jer.
Cik Naga, jemput datang umah aku makan BBQ hehehe..
http://basrie.tk
Januari 28, 2005 11:23 PG
Bunyik yang Uncle Nage maksudkan ni mcm bunyik Cikgu Siti Hajar ajar vokal budak2 AF (pendapat aku semata2).
Uncle, saye dah buatkan nedstat tu. Saye buat sendiri tau, atas bantuan sedare Samurai. Hehehehe (hnsf.. hnsf.. hnsff.. bunyik hidung kembang sebab riak dan takbur. Lagi susah nak buat, kan??)
Januari 28, 2005 11:28 PG
Basrie,
Rimau beritahu. Via SMS. Dia tak tidur di KL. Dia balik ke JB malam itu juga. Jam dua belas. Aku syak dia takut nak tidur di rumah PENA; takut kena gigit ngan hantu rumah PENA kot, ntah! UUUuuUUUuuueeeeeiiiiooOOoooo....!
Januari 28, 2005 11:59 PG
Tok Rimau kata:
UUUuuUUUuuueeeeeiiiiooOOoooo....!
Saya mahu beli satu vowel. Vowel "A".
Apa pasal Roda Impian kata Vokal? Padahal A E I O U adalah vowel.
Januari 28, 2005 5:09 PTG
tokr tak bawak lesen agungnya bersama. jadi ada time limit untuk bersukaria di kl. lambat kalu - luar tidolah.
Januari 29, 2005 7:29 PG
Catat Ulasan
<< Home