Katering Le RimauNaga
Rimau SMS. Suruh tengok drama di saluran TV yang satu itu. Ada cerita orang buat filem murah modal. Kami ketawa secara telepati. Aku di sini, Rimau di sana. Dan ada semacam rasa 'bagaikan melihat diri sendiri di dalam cermin'.
"Kita buat filem macam gerila!" Kata Rimau. "Ya ya!" Kata aku. Bersetuju. Dalam hati.
Aku ajak Rimau berhenti 'bikin' filem dan buat katering sahaja.
"Bukan tak mahu. Aku, masak maggi pun mentah. Terkurang santan. Barangkali..."
"Bukan terkurang santan, terkurang ilmu (memasak)... Barangkali!"
Dan cakap-cakap tentang 'terkurang santan' itu berlanjut-lanjutan kepada cerita-cerita - kelapa tua, kelapa muda, tempurung bermata (berlubang) tunggal, buluh tumpat, binatang buas, zoo...
Rimau,
Kau rasa, kita ni, kalau jadi TOKMOH, sesuai tak? muerekekekekekkeeee...
NOTA KAKI BANGKU: Gemulah Pak Long pernah tak bagi gemulah abah ikut berburu. "Kalau Usin ikut, tak pernahnya berselisih dengan napuh (sang kancil?)."
Gemulah abah dah biasa. Sebelum masuk ke hutan (berburu atau bertugas menjejaki komunis), dia akan ikat azimat 1. cebisan buluh tumpat, 2. cebisan tempurung bermata tunggal di pinggang. Supaya tak berselisih dengan binatang buas, katanya.
Susah nak percaya atau tidak. Tetapi, selepas gemulah abah dan aku tinggal menyangkung di bibir jalan, jauh dari 'hati' belantara - gemulah Pak Long 'dapat' dua tiga ekor napuh. Gemulah Pak Long jarang pulang dengan tangan kosong. 'Bangsat-bangsat'pun, dia akan bawa keluar ulam kerdas. Ha ha.
Aku tahu, gemulah Mak Long (di rumah - Pasir Besar, Gemas) dah 'standby' dengan bara api untuk memanggang napuh. Esok pagi, sudah tentu kami akan makan nasi berlaukkan napuh panggang masak lemak cili api 'kaw-kaw'. Gemulah Mak Long guna santan lebih. Itu sebab gemulah Pak Long dan gemulah Mak Long banyak penyakit agaknya. Sebab, santan lebih!!!
Nanti aku cerita, kenapa orang tak makan kaki belakang belah kanan napuh...
5 Comments:
gathering 2005 taulah kami nak order katering yang mana hehehehe
Januari 18, 2005 11:11 PG
WELKAM BEK! Hehehe... patut la kamu dah tak call aku! Kamu udah kembali! Wokey teruskan lagi dan lagi!
Rostam 78
Januari 18, 2005 1:37 PTG
Tok Rimau
1. Aku terputus hubungan. Kredit Telefon habis dan network down.
2. Sekarang berkampung dalam makmal komputer.
3. Cara kau bercerita tentang ilmu buluh tumpat itu buat aku syak bahawa kau adalah Tamar Jalis, penulis Bercakap Dgn Jin.
Januari 19, 2005 1:30 PTG
Oit Rimau,
Bila masa pula Tamar Jalis pernah kerja dengan DBP? Sah-sah aku bukan Tamar Jalis.
Dan paling jauh kerjaya aku terlibat dengan jin adalah ketika menemankan Mas ZZ (kawan aku) makan makanan Jin (sup tulang).
Maklum!
Januari 19, 2005 2:22 PTG
pasir besar?
cuti krismas aritu aku baru singgah sana. kg mak mentua. felda. (byk2 yg ko tulis, itu yg aku komen. hehe.. ).
org tua2 kg aku plak cerita, tok nenek depa dulu boleh seru binatang. berdiri tepi hutan. jerit. "oooo *nama toknenek*(penjaga binatang), ni anak cucu nak makan, bawaklah keluar kancil, rusa seekor dua.."
Januari 19, 2005 6:13 PTG
Catat Ulasan
<< Home