"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

24 Disember 2004

Chot simpan daun 'ACE'

NZ. 2:00 pagi.

Tahun hadapan. Giliran 'batch' aku untuk menganjurkan aktiviti tahunan alumni sekolah kami.

Chot, 'junior' aku tiga tahun. [RALAT: mereka 'junior' aku dua tahun]. (Haji?) Amir ZZ. Zalizan. Maryus. Izham TV Lapan. Amir Mahmood 'pilot' jet pejuang TUDM itu pun sama.

Chot sudah berkira-kira dengan aktiviti-aktiviti yang hendak dibuatnya. Apabila sampai giliran 'batch' mereka menganjurkannya kelak. Lagi tiga tahun, alahai!

"Ehhhh! Tak bolehhhhhhh... Itu 'ace' aku tu... Aku nak panggil artis POSITIVE TONE menyanyi... Innuendo. Ferhad. OAG. bla bla bla... nak buat 'dinner' di Restoran Maryus di Banting... nak mandi-mandi di Morib... bla bla bla... nak suruh Amir Mahmood buat PERTUNJUKAN UDARA... 'Ace' aku tuuuuu, BRO!"

"Iyalah, iyalah! Aku tak ambillah 'ace' kau tu... aku nak suruh Kijal (batch aku) bawa balik 'helicopter'... nak suruh dia buat PERTUNJUKAN UDARA jugalah! Hah! Usin Janggut Panjang pandai main silap mata... aku nak suruh dia buat pertunjukan jinakkan ular, nanti... aku nak suruh Aru pikul kavadi... cucuk-cucuk limau! Haaaah!!!"

'Super senior' minta undang Anita Sarawak menyanyi. Kalau boleh, dapatkan Black Dog Bone. Lagi menarik. Amir ZZ minta undang Scorpions, alahai!

Ipin (batch aku), lama dia SRC. Tapi, tidaklah menjaga Siti N. Menjaga seorang dua artis Cina. Katanya. Tapi, itu dulu. Mungkin masih boleh minta pertolongan dari dia.

"Artis Cina boleh tak bang? Nyanyi lagu Cinalah... chong cheng chong cheng! Boleh kot, ehh!!!"

2 Comments:

Anonymous Tanpa Nama said...

Ooops.. pembetulan. Dia orang.. junior dua tahun.

DUA SEN

Penjual kavadi :)

Disember 24, 2004 3:04 PTG

 
Blogger golfer melayu said...

Buat show "wushu" le, pas tu suruh "wushu masters" tu rentap ngan bebudak Silat Fatani from Sekolah. Suruh dia orang buat show terbang-terbang, dah jimat ooooo, tak perlu helicopter...

Disember 28, 2004 1:37 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home