"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

12 Disember 2004

Pepohon epal yang meranggas

Image Hosted by ImageShack.us

Ladang epal kepunyaan keluarga Takemae. Di Nagano.

"Kau jangan bimbang. Noriko dah memberitahu awal yang kau akan tiba ke sini. Pakcik dah petik epal tu sebelum masuk musim sejuk tempoh hari. Untuk kau - pakcik dah ketepikan."

"Tapi, kan aku sudah memberitahu... aku mahu memetiknya sendiri!"

"Sekarang musim sejuk. Kau pergi bermain dengan salji sahajalah, Labu!"

NOTA KAKI BANGKU: Epal keluarga Takemae tidak disembur dengan sebarang bahan kimia.

2 Comments:

Blogger Tok Rimau said...

Pengelaman terhampir aku melibatkan Jepun adalah menonton cerita hantu "Missed Call." Moshi moshi. Aku sakit hati dengan hantu Jepun. Kenapa power gila tanpa had pada kuasa dia.

Sekurang-kurangnya pontianak boleh dipaku dan drakula boleh di tikam jantung.

Tiba2 aku dapat "tit tot tit tot." sms dari kau. Mmmm... dalam hati nasib baik bukan hantu Jepun meramalkan tarikh mati aku.

Disember 13, 2004 11:29 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Rimau,
Aku belajar satu: Ciri-ciri layak untuk menjadi hantu (hantu Jepun or hantu Korea) - mestilah berambut panjang sehingga menutupi sebahagian muka. Dan, Aa selalu tambah: "Kena pakai lipstick merah juga."

Aku dan kau? Kita tak ada peluang nak jadi hantulah... muerekekekekekekekeeee...

Disember 13, 2004 12:48 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home