"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

09 Disember 2004

Entry enam hari tanpa AntaraPukat

Entry 4/12/2004
SHAH ALAM: Kawasan Penternakan Pelangi

Pagi. Aa SMS lagi. Aa nampak pelangi. Lagi.

"Yang, pelangi di Shah Alam pagi ni sungguh jelas dan cantik! Tapi, tiada siapa yang perasan tentang kehadirannya. Semua orang sibuk memandu... Tak ada siapa yang nak tengok pelangi tu. Pelangi tu tak berjaya nak ceriakan semua orang. Kasihan pelangi!"

Aku dongak langit. Tak ada pun. Pelangi?

Ermmm... aku syak dia orang tak ternak pelangi di Kuala Lumpurlah. Dia orang ternak di Shah Alam. Kot. Ntah!


Entry 5/12/2004
POTLUCK

Kami sepatutnya mengadakan jamuan Hari Raya. Kerana masing-masing sibuk, kami terlepas perhatian. Agaknya, ntah!

Sudahnya, kami memilih sembilan belas hari bulan dua belas sebagai tarikh acara. Dah Zulkaedah. Bukan lagi Syawal. Tak apa.

Jegang arah aku cari tempat. Dapat. Aku arah Itote (bini Jegang) dan Mas buat itu buat ini buat itu buat ini.

"Baik boss!" "Baik boss!" Mereka panggil aku boss. Pakat ke?

Baim bawa bir akar terapung. Nanti. Aa bawa nasi himpit dan kuah kacang. Nanti. Itote bawa nasi minyak dan rendang. Nanti. Mas bawa satey. Nanti. Pojie bawa girlfriend. Nanti. Aku bawa sudu garfu plastik, mangkok foam, pinggan kertas, cawan kertas dan tisu kertas. Dah beli dah!

Aku offline. Lima hari. Berbengkel. Pada masa yang sama sempat SMS kawan-kawan.

Pojie: "Potluck tu apa Bro?"

Naga: "Bir dua baldi kot, ntah! Kau tanya Jegang. Aku di Uganda, tak boleh nak SMS kau selalu. Mahal!"


Entry 6/12/2004
BINI JEGANG EXPLAIN POTLUCK

Definitions for POTLUCK: Whatever happens to be available especially when offered to an unexpected guess or when brought by guests and shared by all.


Pojie: "Aku ingat nak bawa girlfriend tapi nanti kena share dengan semua orang pula..."


Entry 7/12/2004
SENSITIF

Datin D sakit. Hari itu, dia tak larat nak memasak untuk suaminya. Dia perlu rehat. Dan suaminya perlu makan. Suami Datin D masak. Untuk diri sendiri or untuk Datin D or untuk seisi keluarga.

Datin D mengadu, suaminya hempas-hempas pinggan, hempas-hempas sudu, hempas-hempas kuali, hempas-hempas sudip, hempas-hempas... ya ya, hempas-hempas semua benda!

Aku belajar satu dari Mas ZZ: Kadang-kadang, apabila kita 'jatuh' sakit, kita akan jadi sensitif sangat. Sudu plastik TERjatuh pun kita segera anggap ianya hal yang 'hempas-hempas'!

Aku? Tak sakit pun aku sensitif!!! Aku macam rasa nak 'hempas-hempas' juga!


Entry 8/12/2004
RESTRICTED VISA

Mesyuarat Alumni selalunya pada malam hari. Setiausaha akan mengingatkan ahli satu hari lebih awal. Ini membolehkan ahli (terutamanya dari puak bapa) memohon kelonggaran (dari puak yang satu lagi) untuk 'keluar masuk' (rumah).

Apapun, ia turut bergantung kepada status pasport yang dimiliki oleh seseorang ahli. Sama ada ianya pasport antarabangsa, pasport terhad singapura, atau pas lawatan harian...

Nazim? Nazim hanya ada kad pengenalan. Tak boleh keluar...

WakTam? WakTam ada pasport. Cuma...

"9 pm lah. Make my agenda first. Restricted visa!"

Aku? Perintah berkurung! Bengkel tak habis lagi. 'Naik' pejabat nanti nak dikenakan tahanan reman pula, aduhai!


Entry 9/12/2004
LOST IN SPACE

Nanti. Semasa jamuan Hari Raya, Itote akan bawa nasi minyak dan rendang. Aku suruh dia bawa TV kecil dengan pemain VCD juga.

"Bro, TV kecil tak ada. VCD player ada. Tapi, penuhlah kereta kalau nak kena bawa semua. Mana nak bawa nasi minyak, mana nak bawa rendang, mana nak bawa anak-anak lagi..."

"Itote, kau bawa nasi sahajalah. Minyak tak payah bawa. Jimat space!"

"Tak apa. Minyak tu aku rendam dalam nasi. Jimat space!!"

3 Comments:

Blogger Tok Rimau said...

Aku kalau travel lama bawak DVD player dan cucuk pada TV hotel. Angkut DVD banyak2.

Disember 09, 2004 5:44 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

jegang tu saifulhadi lah kan??..
kim salam kat dia.. ckp kat dia aku 'tom'..
p/s ko jgn korek cerita lebih2 dari dia..
hahaha..

spyz

Disember 09, 2004 6:27 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

Baim? Pojie? Mcm penah dengarrr!!!! rudy bluehikari

Disember 14, 2004 8:41 PG

 

Catat Ulasan

<< Home