Orang Kansai orang Kanto
Aku perhatikan, ada perbezaan jiwa dan tingkah laku di antara orang Jepun yang berasal dari daerah Kansai dan daerah Kanto. Jika kau berlawak bodoh, orang Kansailah yang akan ketawa mengekek. Hatta, ketawa berguling-guling pun pernah. Orang Kanto? Entah, hati mereka 'sejuk'. Kalau ketawapunlah, tidak bersungguh.
Kalau naik eskalator di daerah Kanto, kalau mahu berdiri pegun - berdiri di sebelah kiri laluan. Laluan kanan untuk mereka yang mahu cepat-cepat sampai ke atas (atau ke bawah). Hal ini jadi sebaliknya di daerah Kansai.
Jadi, kalau kau melihat seseorang pegun di laluan kanan (di daerah Kanto), ada dua kemungkinan. SATU, dia mungkin dari daerah Kansai. DUA, dia mungkin orang dari negara luar.
Aku? Aku macam orang dari Malaysia yang lainnya. Kiri boleh, kanan boleh, suka-suka hati saja nak berdiri pegun di sebelah mana apabila naik eskalator.
5 Comments:
Kereta perlahan ikut lorong kiri. Kereta laju ikut kanan. Kereta pegun lorong paling kiri, bahu jalan atau lorong kecemasan. Sila letak simbol kecemasan 100 m dibelakang kereta. Jika tidak pemandu Malaysia yang sesuka hati memotong kiri atau kanan akan langgar kau.
November 23, 2004 3:22 PTG
memandu kat daerah kansai tak mcm memandu kat Kl tu..siap leh tido atas jalan he he..azlyna.tblog.com
November 24, 2004 2:56 PTG
kucarikantodankansaididalampetatapitakjumpa
November 24, 2004 6:37 PTG
Dipersembahkan langit yg tuan cari.
http://jali.fotopages.com/?entry=272730
November 25, 2004 9:58 PG
Lagi langit yang tuan cari?
http://jali.fotopages.com/?entry=273642
Bila la kau nak update.
November 26, 2004 9:17 PG
Catat Ulasan
<< Home