Buku cerita kanak-kanak pra-sekolah: Naga naik kapal terbang
Bad. Kawan aku sejak sekolah. Kecil molek orangnya. Kerja - 'bawa' kapal terbang.
Kalau aku naik kapal terbang dan dapat tahulah Bad yang 'bawa' kapal terbang itu - nescaya aku akan angkat tangan dan minta kebenaran untuk turun serta merta... Aku cuak! Bukan aku cuak untuk naik kapal terbang. Aku akan cuak kalau Bad yang 'bawa' kapal terbang. Ha ha
Bad, Selamat Hari Raya. Raya di mana tahun ini? Milan? London? KL?
KOMA
Ada kerja di Singapura. Aku kena pergi naik kapal terbang. Ini kali pertama aku naik kapal terbang. Cuak juga.
"Jangan lupa bawa telur rebus! Di dalam kapal terbang tak ada sarapan!"
Encik Hamid Hadi cuba nak tipu aku dan aku hampir-hampir nak percaya.
Kalau bekerja dengan kerajaan, selalu kena naik kapal terbang tersangat pagi atau tersangat tengah malam. Kenapa entah. Sebab tambang lebih murah kot, ntah!
Telur rebus tu? Ya ya, telur rebus tu aku makan apabila dah sampai di RELC, Singapura. Malunya. Ha ha.
KOMA
Dulu, semasa bekerja 'di bawah' Kak Nor, naik kapal terbang macam naik teksi. Selesai buat kerja di KB terus balik KL. Rehat sehari terus sambung kerja di JB.
Macam Touch and Go. Nasib baik bukan macam Plus Tag, alahai!
Kak Nor akan bawa buku-buku pameran berkotak. Kalau tak dibungkus kemas, kotak akan terbungkas dan buku-buku akan melambak keluar. Pernah aku dengan Jalil (our Photographer) kena kutip buku-buku yang melambak dari atas 'railing' tu. Satu-satu, alahai!
Kak Nor? Kak Nor pun kutip juga. Satu.
KOMA
Kapal terbang tu dah pusing dua tiga kali di atas Subang. Aku perasan. Marina pun perasan juga. Aku cengkam 'handrest' tu macam... macam... macam aku cengkam 'handrest'. Aku mengucap. Aku baca doa macam-macam. Aku pandang Marina dan cuba nak buka mulut... Marina cakap: "Shut up you..." Marina pun mengucap juga dan baca doa macam-macam. Sumpah, lepas ni kami tak mahu naik kapal terbang lagi.
Esok, di pejabat, Kak Nor bagi tugasan lagi. Aku kena pergi Sabah. Marina kena pergi Bologna, Italy. Oit! Mana aci. Marina macam seronok saja apabila dapat pergi luar negara. Cit! Semalam dok sumpah-sumpah kata tak mahu naik kapal terbang lagi... Cit cit cit!
KOMA
Sepatutnya Yusof Gajah pergi dua tiga hari lewat. Tapi, dia tetap berkeras nak pergi saing dengan aku. Pegawai ACCU di Tokyo pun dah kata "Borehhh!".
"'Boring'lah kalau pergi seorang-seorang", katanya. A ah, yalah tu...
Yusof Gajah pergi atas tiket Noma Concour dan aku pergi atas tiket Asian/Pacific Ocean Co-Publication (ACP). Kami 'check in' bersama-sama.
"Nak ke mana, encik?"
"Tokyo. Ada kerja sikit. Kerja untuk UNESCO."
Yusop Gajah belajar satu: Kalau kita sebut 'UNESCO', kita akan dapat 'privilege'. Dan aku belajar dari Yusof Gajah tentang perkara yang satu ini.
"Kejap ya encik!"
Kejap? Kejap ke apa... Lama. Tak dapat 'privilege' pun?
Macam biasa, kalau naik kapal terbang besar dua lorong, kita akan tunjukkan tiket tempat duduk kepada pramugari; untuk tahu lorong mana yang perlu kita ambil/lalu untuk sampai kepada tempat duduk kita.
"Encik berdua di atas ya!"
Hah? Atas? Di atas tu tempat duduk 'golden class'...
Aku tak tahu kenapa tiket kami di'upgrade'kan ke 'golden class'... samada, tadi, Yusof Gajah sebut perkataan UNESCO atau janggut Yusof Gajah panjang macam profesor. Ha ha.
KOMA
Kau tahu tak kenapa pramugari selit pen di celah bukaan kolar baju seragam mereka?
Ya ya, sebab pen itu akan berfungsi sebagai pengepit yang mengepit baju kepada kutang mereka. Supaya, apabila mereka membongkok mengambil bungkusan biskut yang sengaja aku jatuhkan itu - tidaklah boleh terlihat dek aku tentang sebahagian daripada pangkal buah dada dari celah-celah bukaan kolar baju seragam mereka.
"Hah! Encik ni nakal ya?"
"Tak tak, sumpah, biskut tu memang terjatuh..."
KOMA
Kalau kita sedang duduklah dalam kapal terbang dan berkehendakkan lampu untuk membaca - aku akan ambil pen dan tujah suis lampu yang terletak di komponen di atas kepala. Sayang, hari itu aku terlupa bawa pen. Dan terpaksalah aku cuba-cuba tujah dengan jari. Tak sampai. Sebab jari-jari aku ketot.
"Ya encik, nak lampu ke?"
"Tak. Nak ngorat!"
KOMA
Penerbangan balik dari Narita ke Kuala Lumpur ambil masa dua belas jam. Transit di Langkawi dan Pulau Pinang. Biasanya enam jam sahaja kalau penerbangan terus.
Mamat Cina yang naik dari Pulau Pinang tu buat kecoh. Mabuk kot, ntah!
"Kenapa tu?"
"Isteri dia tertinggal di 'airport', encik..."
Laaa...
NOTA KAKI BANGKU: Sejak bekerja dengan DAWAMA aku dah tak naik kapal terbang lagi. Aku lipat kapal terbang kertas sahaja.
2 Comments:
Laaa..tadi aku gugel 'cerita kanak-kanak pra sekolah. Jumpa entri lama ko ni bang..pesal tak de orang komen.
Masa tu Naga belum femes kut hahaha!
Aku fisrt!
Ogos 24, 2009 12:25 PTG
stailoooo cite ni.
Mei 30, 2010 11:43 PTG
Catat Ulasan
<< Home