"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

20 November 2004

Yasmin ajak aku berlakun filem SUNDAL (SG30)

Aku yang gatal. Suruh Yasmin bikin 'short movie' dari sajak tu (sajak sundal?). Yasmin kata, dia nak cuba juga buat filem sundal, nanti.

"Weh, jangan lupa, kalau kau buat cerita sundal - panggil aku. Aku nak tumpang tengok."

"Tumpang tengok je? Tumpang berlakun sekalilah."

Ha ha. Yasmin pelawa aku berlakun filem. Filem sundal.

"Rimau, Yasmin ajak aku 'main' filem sundal. Ha ha."

"Sundal seni atau sundal komersial? Untuk Petronas atau TV3? + SKRIP: Aku lebih rela ada anak yang mati dari sundal yang hidup :-)" NOTE: Rimau petik teks iklan Petronas dan gubah dalam bentuk lain sedikit.

"Sundal seni kot. Entah, aku berlakun jadi katil agaknya. Kalau tak pun, berlakun jadi kertas tisu."

NOTA KAKI BANGKU: Sundal pun orang juga... Aku tak prajudis!

3 Comments:

Blogger Tok Rimau said...

Top 3 Raya ads:
1. Anak Pemandu Bas - TV8
2. Hero yang (tidak mati) -Petronas
3. Raju dan Parjo - TV3

November 22, 2004 5:19 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Iklan hari perayaan tahun ini yang aku suka:

1. Ayah anak ramai tak dapat cuti raya ni (TV8)

2. Majlis pelancaran rumah baru Encik Samy (TENAGA)

3. Hero emak mana boleh mati (PETRONAS)

4. Boboi tak ada hadiah nak bagi ayah (KURNIA?)

5. Super Joe: Ikan di laut asam di darat (TV3)

November 22, 2004 8:35 PTG

 
Blogger Joesewel said...

Sundal tu apa?? Adakah dia satu perkataan yang negatif? Adakah dia hanya untuk jantina tertentu saja?

Sebab ia digunakan atas pontianak.... jadi aku keliru! Dan sundal ini boleh mengikut waktu saja??

Emmm... korang ni ahli bahasa, mengelirukan aku jer wei!!!!

November 23, 2004 10:10 PG

 

Catat Ulasan

<< Home