Bungkus
Salji. Sejuk. Sudah dua tiga kali aku pergi balik pergi balik ke hujung simpang, berhampiran pejabat ACCU di Fukuromachi, Shinjuku-ku itu. Bukan disebabkan aku kemaruk nak makan nasi kosong berlaukkan kari kentang 'alat-alat' di kedai hujung simpang... Aku perlu ke kedai menjual majalah. Aku KENA belikan majalah perempuan telanjang itu untuk Ben dan Bob!
Semalam, waktu ke kedai AM:PM (macam 7-eleven juga), aku ternampak majalah-majalah itu di rak. Tak beli. Malu. Aku cuma beli rokok berjenama PEACE. Tapi, aku sempat selak sekali lalu, alahai!
Hari ini aku KENA beli majalah yang mereka pesan. "Naga, guna duit kau dulu! April punya hah!!"
April? Ni baru Januari... Hish! Keluaran April yang lepas kot, ntah!
Aku capai dua naskhah. Lain-lain. Agar mereka dapat bertukar-tukar majalah (dan pandangan?) kelak. Tak sempat tengok keluaran bila. Aku sua ke kaunter.
Amoi Jepun tu beri isyarat tangan: (Mahu bungkus sekali?). Aku beri isyarat tangan juga: Aku angkat kedua-dua tangan dengan kedua-dua jari telunjuk mencanak ke atas. Aku rapatkan kedua-dua jari telunjuk, kemudiannya aku pisahkan kedua-dua jari terlunjuk (Asing-asing!).
Ooo... amoi Jepun ni 'pakaikan baju' kepada majalah perempuan-perempuan telanjang tu. Ooo...
5 Comments:
1. Hantu metal rambut panjang pasti ganas. Love the idea.
2. Teringat masa kat Texas. 1st day aku sampai je senior keluarkan majalah dia penuh khutubkhanah dgn riaknya. Dari tak pernah tengok sampai nak termuntah-muntah. Lepas itu, cuci mata dgn clorox pun tak pasti mata ni boleh bersih.
Disember 03, 2004 12:29 PTG
Aku rasa-rasa macam tahu sahaja siapa yang berselindung di sebalik nama 'MR. G' ni.
Disember 03, 2004 12:48 PTG
clark kent jadi Supeman. Mr. G itu adalah alernate ego utk harimau jadian.
Disember 03, 2004 3:26 PTG
ehemmm.. ye ke ko beli 2 aje.. bukan 3 ke?
satu lagi utk ko kan? :-)
Disember 03, 2004 9:06 PTG
kwnku dulu simpan gambar2 best dlm fail sijil... dia akan tunjuk pada kami sijil2nya itu... bila mak dia tanya dia akan cakap dia tgh tunjukkan sijil2nya yang byk dan best kepada kami... :)
Disember 06, 2004 5:40 PTG
Catat Ulasan
<< Home