"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

30 November 2004

Sensei semestinya bergeliga

Kalau aku ke luar negara, mahu tidak mahu, aku akan belikan omiyage (cenderamata) untuk kawan-kawan. Kalau aku mempunyai ramai kawan-kawan - maknanya aku akan terpaksa berbelanja besar untuk hal-hal omiyage ini.

Untuk Bob dan Ben, selalunya mereka memesan senaskhah dua majalah gambar-gambar orang perempuan terlanjang. Untuk kawan-kawan yang lain, selalunya aku ke kedai Yen100; aku beli cawan-cawan sake sepaket lima (kadang-kadang sepaket enam). Maknanya, dengan sepaket cawan-cawan sake sebagai omiyage itu aku dapat memuaskan hati lima orang kawan-kawan apabila aku kembali ke tanah air nanti.

Sensei (cikgu) aku, Encik Seizo Tashima, datang ke Malaysia... Aku bawa dia jalan-jalan di pasaraya sahaja (sebab dalam pasaraya ada banyak design). Dia tak membantah. Bahkan dia macam seronok semacam sahaja.

"Apa kebendanya ni?"

"Ubat nyamuk."

"Ubat nyamuk?"

"Ak aaaahh, ubat nyamuklah. Lingkaran ubat nyamuk!"

Biasalah cikgu aku ni, 'darat' semacam, semua benda pelik baginya.

"Nak beli. Nak beri omiyage kepada kawan-kawan di Jepun. Kau bayangkan sudah berapa banyak yang cikgu sudah save... Satu keping ni dah boleh dibahagi dua. Pergh! Berapa banyak sudah save ni..."

Biar benar! Dia lebih bergeliga dari aku rupanya, alahai!

NOTA KAKI BANGKU: Aku rasa, Encik Seizo Tashima merupakan orang pertama yang memberi ubat nyamuk sebagai cenderamata.

9 Comments:

Blogger eton said...

hahaha..kelako entry kali nih..ada ke beli ubat nyamuk jadi hadiah...hahhaha...
nak buat apala...si jepun-jepun tuh nanti bila sensei bg depa ubat nyamuk tuh...hhihiihi

Disember 01, 2004 9:05 PG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

gamkan lingkaran ubat nyamuk di atas kertas keras, taruk frem letak kat dinding bwahahahahahahhaha....

kreatif!

adeh kedekut betul aaaa

http://basrie.tk

Disember 01, 2004 9:50 PG

 
Blogger Tok Rimau said...

Kalau kau pi Jepun lagi, belikan aku ubat lalat. Lalat kat rumah aku membiak macam nak gila. Aku nak ubat perancang keluarga untuk lalat.

Disember 01, 2004 10:19 PG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

hahhaa..kelako entry kali ni...ade ke beli ubat nyamuk buah omiyage..apalaa si jepun-jepun tu nak buat bila dapat ubat nyamuk dari sensei..tuh hahahhaa..

Disember 01, 2004 12:28 PTG

 
Blogger spyz said...

hahaha..

mungkin dia tak pernah tgk ubat nymauk. menurut org sirim utk ujian ISO (ntah berapa) di sseluruh dunia, standardnya dibuat oleh sirim malaysia kerana negara lain tak pakai ubat nyamuk lingkaran.

kalo soh dia beli penyapu lidi ok tak??
:D

Disember 01, 2004 10:24 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

vavavavavava...

aku khatam baca semua blog encik naga hari ni.

nak lagi.. nak lagi..

update lagi cik naga hehehhe

http://basrie.tk

Disember 02, 2004 11:29 PG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

lawak giler entry ko nie...:)hehehehehe

~xmen~

Disember 02, 2004 7:50 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

kau tau perca-perca? omiyage aku setiap kali mahu pulang semula ke jepun adalah guntingan perca-perca batik malaysia sebesar tapak tangan lebihan tukang jahit. Aku pergi rumah maksu seorang tukang jahit dan minta lebihan itu sebelum aku gunting-gunting, jahit tepi dan bungkus elok2 dalam plastik. Menarik dan menjimatkan! Rudy Bluehikari

Disember 14, 2004 8:33 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Rudy,
Bergeliga otak kau. Lain kali aku akan beri perca kain sebagai omiyage!

Disember 14, 2004 8:58 PG

 

Catat Ulasan

<< Home