"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

10 Disember 2004

Pakai SUKATO di pagi hari raya

>>>bluehikari said...
Ok Naga aku tunggu criter PENGALAMAN ONSEN ko.. yay!

Komen dari Rudy Bluehikari mengingatkan aku. Ok, aku akan tulis pengalaman ofuro di onsen. Secara rinci. Nanti. Tapi kau kena ingatkan aku selalu Rudy. Aku dah tua. Selalu lupa.

...

"Hello! Oit, kau dah bangun ke? Jom, sembahyang raya! Jumpa di International House!!"

Siapalah yang mengejutkan aku pagi-pagi ni... Oh, lupa! Hari ni hari raya. Beberapa minit kemudian kami berkumpul di International House. Terletak di hadapan pintu utama universiti.

"Hah?"

"Hah??"

"Hah, apa?

"Hah, hah??"

"Siapa nak jadi imam ni?"

"Siapa nak jadi imam tak jadi masalah. Siapa nak baca khutbah ni?"

"Hah?"

"Hah, hah?"

"Hah, hah apa?"

"Hah, hah..."

Begitulah payahnya nak bersembahyang sunat hari raya kalau dah 'adik-beradik' tak cukup sekandang, alahai!

"Jadi... nak sembahyang apa saja ni?"

"Anone... kita sembahyang ghaiblah. Boleh?"

"Nagaaaaa....!!!!!!"

Sudahnya kami berkawat-kawat kaki ke Dunkin' Donuts berhampiran Koshi-Kaikan sajalah. Berbaju Melayu, bersamping, bahkan ada yang bertengkolok seperti helang menyonsong angin.

Dan aku tahu, pakcik Jepun yang kerjanya menghantar susu segar di depan pintu rumah orang setiap pagi tu kutuk aku.

"Sukato? He he... Sukato?? He he he..."

Dia mengata akulah tu. Orang lelaki pakai skirt...!

NOTA KAKI BANGKU: Miyuki pernah sangka aku kaya apabila aku beritahu yang benang songket itu diperbuat daripada emas. "Berapa banyak kau ada sukato ni Labu? Enam helai ya?"

1 Comments:

Anonymous Tanpa Nama said...

hah!!!! kelako cite nih.. :)

Mei 08, 2009 3:11 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home