"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

18 Disember 2004

Carik-carik Bulu Ayam

Image Hosted by ImageShack.us
Apabila, cuti semesta, jika 'anak kucing dua beradik' ini tidak kemana-mana, tidak tinggal di asrama universiti masing-masing, mereka lebih suka tinggal lama di asrama PUSPANITA yang terletak berhampiran DBP. Mereka belajar bertanak nasi, menyiang ikan, menumbuk sambal, memetik bunga-bunga di taman, makan roti canai, minum teh tarik 'jangan manis', shopping di Jalan Petaling, berlakun CLASS MALAM, mandi tiga kali satu hari, bergaul dengan orang Melayu, bercakap Melayu, berguru dengan Datuk Anwar, dan belajar tidur bertemankan nyamuk.

Aku? Aku sekadar menjadi teman berbual dan tempat bertanya hal-hal yang mereka agak keliru.

"Ayako, kau tahu tentang peribahasa Melayu?"

"Sedikit. Abang ajarlah satu..."

"Carik-carik BURIT ayam, akhirnya bercantum semula. Maksudnya, bla bla bla..."

Seminggu selepas pertemuan di tangga PUSPANITA itu, Ayako menemui aku di studio.

"Oit abang! Bukan buritlah... buluuuuuuu! Mahu tipu ya? Burit itu benda lain. Saya dah tanya Datuk Anwar dan dia kata: Ini mesti abang Naga kamu punya kerja ni. Ketahuilah, kamu bukan orang Jepun yang pertama ditipu-tipunya hidup-hidup. Ha ha."

"Oh, iya ke? Mati-mati abang ingat bur...!"

NOTA KAKI BANGKU: Nami Komeda dan Ayako Maki sudah tamat pengajian di Tokyo University of Foreign Studies. Sudah bekerja. Masih tinggal dengan ibu bapa di Yokohama.

2 Comments:

Anonymous Tanpa Nama said...

Teringat cerita negro pergi restoran Melayu di US, sambil dengan riang menjerit, "BONTOT AKU HITAM." Ada kawan Melayunya yang ajar itulah terjemahkan kepada , "HOW ARE YOU?" - Tok Rimau

Disember 21, 2004 10:53 PG

 
Blogger atiqnabil said...

salam..
pertama sekali, saya ingin memohon maaf andai email yang saya kirimkan
kepada tuan ini adalah kepada orang yang salah.
maaf juga kerana saya tidak arif menulis.
saya tidak tahu mana untuk memulakan kisah saya ini.
sebelum itu, biarlah saya kenalkan diri saya sebagai atiq. sudah
berumur 20 tahun. seorang perempuan.
begini, mungkin sudah ditakdirkan, pada malam tadi, saya terfikir
untuk mencari kenalan yang sudah lama terpisah.
nama kenalan tersebut adalah Nami Komeda.
lalu, setelah mencari, nama kenalan tersebut tertera di blog tuan.
iaitu blog Hikayat Sinaganaga Origami III.
alangkah gembiranya hati saya apabila dapat mengetahui perkembangan
kenalan yang saya rindui itu telahpun berumah tangga.
untuk pengetahuan tuan, Nami Komeda pernah menjadi keluarga angkat
kami sekitar tahun 1998 (ketika saya berusia 8 tahun)
namun begitu, kami terputus hubungan. kali terakhir kami menghubungi
beliau adalah pada tahun 2002 atau 2003 (jika tidak silap saya)
puas mencari sekian melalui Facebook, namun, pencarian tidak membuahkan hasil.
surat yang dikirimkan juga, sepi tanpa jawapan.
sudah buntu untuk mencari, saya ingin meminta jasa baik dari pihak tuan,
agar dapat memberikan saya alamat untuk saya mengubungi semula Nami Komeda.
sekali lagi, saya saya menyusun jari, andaikata email yang dikirimkan
ini adalah pada orang yang silap.
sekian, jutaan terima kasih saya ucapkan.
salam Ramadan.

Ogos 27, 2010 12:53 PG

 

Catat Ulasan

<< Home