Bukan senang nak cari Dragon Ball
"Kau nampak buku-buku ni? Baca! Bukan bakar, bukan ambil abunya, bukan campur dengan air dan bukan minum... aku tahu benar perangai 'orang kau'!"
"Wakata, Tok Moh!"
Dulu, JICA Komagane Training Centre menempatkan sukarelawan Jepun yang akan ditugaskan ke Malaysia. Itu dulu. Lama dulu.
Kini, pusat latihan ini menempatkan sukarelawan Jepun yang akan ditugaskan ke Nepal pula. Di sini, kau akan diajar bahasa Nepal dan cara hidup orang Nepal sehari suntuk. Yang banyaknya, kau akan diajar ilmu ikhtiar hidup. Kau akan di ajar memasak, bertukang, membuat saliran, menggali telaga, (mengorat?), hatta membaiki basikal pun.
Jarang ada profesor yang datang mengajar sukarelawan ini. Cuma pakcik kedai basikal di pinggir bandar itu sahajalah yang sering memberi tunjuk ajar.
Kerap basikal di Nepal tidak cukup sifat, katanya. Dan kau diajar untuk menggunakan apa sahaja benda yang terdapat di sekeliling untuk merealisasikan fungsi sesebuah basikal. Untuk nanti. Di Nepal.
Aku? Aku cuba menggunakan tudung periuk sebagai ganti roda.
"Ermmm... Ada cita-cita! Kreatif!! Pakcik nak tengok apa kesudahannya... Labu, hai Labu!"
Bukankah bagus kalau ada program yang serupa di tanah air sendiri. Makin banyaklah Mat Rempit agaknya nanti, alahai!
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home